Wednesday, December 31, 2008

KEHIDUPAN : END 2008 WITH WINDOW SHOPPING
















































































































Baru balik dari window shopping dengan my family. Rancangan asalnya hanya dinner untuk meraikan keputusan PMR anak lelaki tetapi terus shopping sekali memandangkan tawaran 70-80% tawaran yang diberi oleh pihak Jusco. Tawaran yang tidak boleh di elakkan kerana memang berbaloi membeli pinggan mangkuk yang berjenama dengan harga cukup-cukup runtuh. Apa lagi angkut sakanlah. Memang masa-masa beginilah aku dan keluarga ambil kesempatan untuk membeli belah dengan tawaran yang cukup istimewa apatah lagi aku ini kuat berjalan dan cukup peka dengan harga barangan dipasaran.
Untuk dinner tadi sebenarnya nak ambil hati anak-anak untuk belajar lebih kuat lagi. Walaupun keputusannya bukanlah satu yang membanggakan tetapi mengikut tahap IQ nya ianya satu pekara yang patut dibanggakan dengan kegigihan dan kesungguhan yang diberi oleh anak lelaki ku. Ini bermakna segala penat lelah isteri ku berbaloi dalam hal-hal pelajaran. Isteri ku mengambil inisiatif untuk mengajar sendiri dengan merujuk kepada buku rujukan serta mengunakan internet untuk bahan-bahan mengajar. Ku ucapkan ribuan terima kasih kepada isteri tersayang dan anak-anak ku. Ku akhiri untuk tahun ini dengan ucapan.........
SELAMAT TINGGAL TAHUN 2008 DAN SELAMAT DATANG TAHUN 2009 DENGAN HARAPAN KEBAHAGIAN RUMAHTANGGA DAN KEJAYAAN UNTUK SEKELUARGA.









No comments: