Tuesday, December 23, 2008

KEHIDUPAN : BELUM SEDIA


Kadang-kadang fikir lawak juga member aku ni yang duduk kat Kuala Lumpur. Apa yang tak lawaknya kerana belum sedia untuk menerima menantu. Kisahnya begini, yang sianak itu pun satu hal juga kerana mendesak untuk dikhawinkan kerana mungkin nak berlaki agaknya. Member aku pula risau bukan kerana tak nak bagi tetapi memikirkan tentang umurnya yang masih belasan tahun dan masih lagi menuntut disebuah pengajian swasta diShah Alam. Pening dibuatnya dengan anak remajanya. Oleh kerana nak berlaki sangat maka sisuami member aku ni pun tak mahu cakap banyak terus pergi jumpa mak bapak budak lelaki yang digilakannya itu dan berterus terang tentang hajatnya itu. Dah sahlah yang sijantan pun sama gilanya nak berbini rupanya.

Tidak mahu mengambil risiko yang lebih memeningkan maka bersetujulah kedua-dua belah pihak untuk disatukan mereka itu dengan niat lebih baik khawinkan mereka daripada menjadi merapu yang tidak ketaharuaan. Nak jadi cerita dikhawinkan mereka dengan satu majlis yang serba ringkas tetapi meriah juga. Jadilah mereka pengantin baru yang masih remaja, persoalannya pula mampukah mereka menunaikan tanggungjawab yang berat ini kerana berkhawin itu memang seronok tetapi untuk mengharungi alam perkhawinan dan tanggung jawabnya amat berat. Bersediakah mereka untuk mengorbankan alam remaja mereka yang sepatutnya dihabiskan dengan belajar dan mencari ilmu yang mencukupi untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.

Walau bagaimanapun hakikatnya jodoh dah sampai maka tahulah mereka untuk harungi kehidupan tersebut. Kembali kepada kisah member aku ini pula kadang-kadang tersasul juga kerana memarahi anak perempuannya keluar malam dan balik lewat tanpa disedari bahawa anak perempuannya telah terlepas dari tanggung jawabnya dan bersuami pula. Maka termenunglah member aku itu dan mungkin masih tidak bersedia untuk menerima menantu agaknya................