Thursday, July 31, 2008

KEHIDUPAN : JOHARI WINDOW

Apabila kita mempelajari subject Human Behaviour, kita juga akan diajar teori Johari Window. Agak menarik untuk diperbincangkannya yang berkait hubung dengannya. Ia membincangkan tingkahlaku manusia yang berkait dengan diri manusia itu sendiri.


1. Tingkap pertama saya tahu dan orang lain juga tahu.
2. Tingkap kedua saya tahu dan orang lain tidak tahu.
3. Tingkap ketiga orang lain tahu dan saya tidak tahu.
4. Tingkap keempat saya tidak tahu dan orang lain juga tidak tahu.


Monday, July 28, 2008

KEHIDUPAN : KEMANA ARAHTUJU PAS


Jangan lupa pada sejarah kerana kalau terlupa, sejarah akan mengajar kita. Itulah kata-kata yang dikeluarkan oleh seorang Profesor universiti tempatan. Sebenarnya pergabungan Pas dan Umno bukanlah pekara baharu kerana Pas telah pun mempunyai pengalaman dan titik hitam berhubung pekara tersebut. Apakah yang membuatkan Umno begitu terdesak untuk bergabung atau ada dikalangan Ahli tertinggi Pas bercita-cita untuk menjadi Penguasa?






Berikut kenyataan penuh "permohonan maaf" Mahfuz, yang juga ahli parlimen Pokok Sena:Kepada, Semua ahli, penyokong dan pengundi PAS. Pertamanya marilah kita bersyukur kepada Allah di atas segala nikmatnya. Saya menuliskan surat terbuka ini adalah dengan tujuan untuk memohon maaf kepada semua ahli dan penyokong PAS di atas kenyataan saya baru-baru ini yang menafikan wujudnya sebarang pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno. Saya memohon berbanyak kemaafan di atas keterlanjuran ini. Sebenarnya kenyataan yang saya buat sebelum ini bukanlah atas sifat peribadi saya, tetapi dibuat atas kapasiti sebagai ketua penerangan PAS berdasarkan keputusan parti yang mengarahkan saya berbuat demikian. Saya tidak menyalahkan pimpinan PAS yang mengarahkan saya berbuat demikian, tetapi ia adalah kesalahan beberapa individu yang gagal memberikan maklumat sebenar kepada pimpinan PAS. Tindakan mereka merahsiakan perkara-perkara tertentu berkaitan pertemuan dengan Umno telah menyebabkan pimpinan PAS mengambil pendirian bahawa tiada pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno. Saya berharap individu terbabit dapat tampil ke hadapan membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan penyokong PAS tentang pertemuan berkenaan termasuk butir-butir perbincangan seperti yang didedahkan oleh presiden Umno baru-baru ini. Mereka juga harus bertanggungjawab secara khusus dalam masalah ini kerana tindakan peribadi mereka. Saya sendiri amat terkejut dengan pendedahan tersebut yang sama sekali bertentangan dengan kenyataan saya sebelum ini. Ia kemudian disahkan oleh Presiden PAS. Lebih memeranjatkan lagi apabila "muzakarah" tentang kepentingan Islam dan ketuanan Melayu yang didedahkan oleh presiden Umno telah bertukar menjadi rundingan untuk membawa PAS menyertai kerjasama politik dengan Umno/BN. Sebelum ini kami sendiri tidak dimaklumkan tentang apa yang didedahkan oleh Umno ini, bahkan kami diberitahu tiada sebarang pertemuan dan rundingan rasmi antara kedua-dua parti. Apabila bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo turut mendedahkan adanya rundingan khas selama empat hari berturut-turut selepas pilihanraya baru-baru ini, saya berpandangan ia adalah tindakan peribadi individu tertentu tanpa melibatkan sebarang keputusan parti. Kerana itu, saya tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan rundingan yang disebut oleh Dr Mohamad Khir itu. Saya berharap individu yang terbabit ini turut membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan mengambil tanggungjawab di atas apa yang berlaku. Atau saya meminta Dr Mohamad Khir Toyo yang mengaku turut terlibat dalam pertemuan di antara perdana menteri dan beberapa pimpinan PAS agar dapat memperincikan butir-butir pertemuan tersebut supaya kita dapat sama-sama mengetahuinya. Oleh kerana tindakan beberapa individu atas nama PAS tanpa pengetahuan jawatankuasa kerja PAS pusat dan tidak pula memaklumkan tindakan mereka secara terperinci kepada parti, maka PAS mengarahkan saya membuat kenyataan menafikan adanya pertemuan dan rundingan tersebut. Ia adalah salah faham akibat adanya maklumat yang disembunyikan daripada pengetahuan jawatankuasa kerja PAS pusat. Saya sedar kesilapan yang telah saya lakukan apabila mengumumkan tiada sebarang pertemuan dan rundingan antara kedua-dua parti. Saya menerima banyak teguran dan kritikan di atas "pembohongan" ini daripada ahli-ahli dan penyokong PAS baik yang Islam atau yang bukan Islam serta rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat. Kerana itu, dengan hati yang terbuka saya ingin memohon maaf di atas kesilapan yang saya tidak sengajakan itu. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seorang profesor universiti tempatan yang telah mengingatkan bahawa "jika kita lupakan sejarah, sejarah akan mendera kita".Saya amat sedar tentang hakikat sejarah berkaitan kerjasama PAS-Umno yang telahpun saya sebutkan dalam kolum saya di Harakah pada minggu lepas. Saya mengakui bahawa sejarah tidak pernah berulang, sebaliknya yang berulang ialah kesilapan manusia. Saya menyeru pimpinan PAS supaya jujur kepada ahli-ahli dan penyokong parti serta berusaha memperkukuhkan pakatan politik sedia ada. Saya mengajak ahli-ahli PAS memerhatikan hakikat sejarah yang ada supaya kesilapan itu tidak berulang. Akhirnya, sekali lagi saya memanjatkan jutaan kemaafan kepada semua ahli dan penyokong PAS di atas ketelanjuran yang berlaku. Saya bersedia untuk menerima apa sahaja teguran dan kritikan membina untuk kebaikan bersama dan saya juga rela dihukum oleh ahli-ahli di atas kesilapan yang tidak sengaja saya lakukan ini. Maafkanlah saya. Sekian, wassalam. Petikan dari Malaysiakini.




Hakikatnya selagi bernama manusia tidak akan terlepas dari sifat cintakan dunia. Persoalannya apakah mereka ini terdiri dari golongan yang lupa sejarah? Masih teringat lagi kata-kata Tok Guru Nik Aziz memberitahu bahawa Pas akan dibubarkan sekiranya Umno bersedia menjadi Islam itu asas perjuangan dan melaksanakan pemerintahan secara Islam Total. Bahkan beliau juga berkata sekiranya Komponen tersebut ikhlas maka kedua-dua parti tersebut harus bubar dan membentuk parti yang baru berasaskan perjuangan Islam. Mampukah Umno melakukan atas dasar ketuanan Melayu dan Islam?


There are some PAS leaders who are seriously considering the possibility of a political alliance between the Islamic opposition party and its arch rival Umno.
MCPX
This revelation comes from PAS Selangor information chief Saari Sungib amid denials from the party’s top leadership that no such cooperation will take place.
Speaking to malaysiakini today, Saari said PAS deputy president Nasaruddin Mat Isa and the party’s commissioner for Terengganu Mustapha Ali are solidly behind the idea.
"They believe that if PAS leaders can hold some key ministerial posts in the Umno-led federal government, it will be possible to initiate changes from within," he added.
Petikan dari Malaysiakini.






Sekiranya Pas bergabung dengan Umno dan menagihkan janji tawaran jawatan Menteri, mampukah Pas mengubah dari dalam atau Pas hanya sekadar menjadi Puppet dalam gabungan tersebut? Bak kata perpatah " HABIS MANIS SEPAH DIBUANG". Semua orang Melayu Islam sukakan gabungan tersebut tetapi mampukah Umno menunaikan janjinya atau sekadar tersepit dan terdesak. Persoalannya siapa perlukan siapa untuk meneruskan survival politik yang bercelaru ini? Umno atau Pas, atau atas dasar nama Melayu dan Islam.







Sunday, July 27, 2008

KEHIDUPAN : CARNIVAL WATER THEMEPARK SG. PETANI

Ahad 27July2008, bersama keluarga ke Carnival Water Park Sg. Petani untuk melepaskan penat bekerja.


Beratur untuk tunggu giliran untuk mengelongsor.


Seriau juga apabila menggelongsor, kalau ada lemah jantung jangan cuba.



My little lady dengan her sister.

Abang yang sedang posing dengan patung Angkasawan di Carnival Water Park.






Anak beranak berendam dalam kolam, seronok juga.





My little lady juga tak lepas peluang untuk berendam, release tension agaknya.

Baby, baby pandang abah untuk ambil photo.



Pusing-pusing satu taman dengan pelambung.


Sesak, masing-masing nak dapat tempat yang selesa.


Berendam,berendam sampai kecut.


Mula-mula takut tapi lama kelamaan tak mahu naik. Awak apa khabar dan datang dari mana?






Saturday, July 26, 2008

KEHIDUPAN : HARGA DIRI


Apakah harga diri yang dibayar oleh manusia atau manusia tidak tahu harga dirinya? Ia seumpama satu barang yang tidak diletakan tanda harga dan tawar menawar diperlukan untuk menentukan harganya. Siapakah yang menentukan harga tersebut sipembeli atau sipenjual? Itulah tajuk pembincangan selepas sembahyang subuh disurau pagi tadi.


Saudara Dr. Roslan telah menerangkan bahawa harga diri manusia itu bukanlah terletak pada pangkat, harta, darjat tetapi sejauh mana takwanya manusia itu kepada Allah Swt. Ganjarannya adalah Surga sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah Swt. Manusia menawarkan harga dirinya kepada Allah Swt adalah dalam bentuk ketaatan kepadanya dan mengikut jalan yang telah ditetapkan.


Walaupun jalan kesurga itu bukan mudah dan dihalangi dengan berbagai-bagai ujian mengikut taraf dan darjat manusia itu sendiri. Dr. Roslan menerangkan Orang Palestin mengadaikan harga dirinya kepada Allah Swt dengan pengorbanan berbentuk jihad bagi membebaskan tanah mereka dari pihak Zionist. Mereka sanggup dibunuh bahkan dibom semata-mata kerana yakin dengan janji-janji Allah Swt dan menjadikan jihad mereka itu satu urusan jual beli untuk menunjukan kesedian meraka untuk membela orang Islam dan Agama.


Mereka ini membeli kebenaran untuk petunjuk atau hidayah. Ada juga manusia yang membeli kesesatan untuk dijanjikan dengan surga dunia yang fana. Maka berlakulah kekorupsi oleh penguasa dunia dengan memutar belitkan kebenaran dan keadilan. Bahkan tidak mengejutkan ianya dilakukan oleh orang yang beragama Islam itu sendiri. Maka marilah kita merenung kembali sejauh mana harga diri kita dan dimana letaknya harga diri kita untuk ditawarkan kepada Allah Swt.


Yang pastinya manusia itu sentiasa dalam ujian walau apa kedudukanya. Bagi yang beragama pasti akan diuji dengan keingian hawa nafsu shyawat yang tinggi, yang berilmu pun diuji dengan sifat sombong dan riak, yang dermawan dengan sifat boros manakala yang kaya diuji dengan sifat tamak. Ini bermakna tiada siapa yang terlepas darinya manakala yang berjaya akan diganjarkan harga diri yang mahal tetapi terpaksa melalui liku-liku ujian yang ditetapkan oleh Allah Swt.