Sunday, December 28, 2008

KEHIDUPAN : RONDA-RONDA PENANG













Hari ini aku betul-betul ronda dari pagi sampai malam. Aku mulakan dengan makan tenghari di Tepian damai di Bkt mertajam dan terus ke Masjid Negeri untuk menunaikan solat zohor. Lawatan pertama ke Akuarium Pulau Pinang yang terletak di Batu Maung lebih kurang 10 kilometer dari bandar Georgtown. Akuariumnya sederhana besar kerana ia merupakan tempat penyelidikan Pusat Perikanan Negara kemudian diikuti dengan lawatan ke Muzium Negeri yang terletak dipusat bandar. Sembahyang Asar di Masjid Negeri yang terletak diAir Itam dan selepas menunaikan tanggungjawab terhadap Allah swt terus ke Botinical Garden tetapi tak singgah pun kerana tak dapat parking penuh dan sesak. Lawatan diakhiri dengan Window shopping di Sunway Carnival Mall yang terletak diSeberang Jaya, Bkt Mertajam. Makan malam di Nan Food Court Centre di Kepala Batas yang terkenal dengan Sizzling Hot Platenya.

1 comment:

Unknown said...

botanical garden? tempat kenanganku di kejar monyet...miss that place