Thursday, December 18, 2008

KEHIDUPAN : SAKIT


Aku ni Alhamdullillah jarang sangat sakit tetapi kalau sekali sakit kena dua tiga kali jumpa doktor baharu lega. Yang paling aku malas dalam dunia ni adalah makan ubat. Cukup menyeksakan kerana tak tahan nak geli geliman rasanya terutama apabila telan pil dan tersangkut pula kat tekak mulalah melompat mulalah nak meloya dan termuntah. Sampailah aku berkhawin dengan isteri yang ku sayangi ni dan ajar aku cara telan pil yang betul dan semenjak itu tidak ada masaalah lagi nak telan benda tersebut. Bukan susah kadang-kadang malu juga dah tua-tua pun takut makan ubat dahlah tu marah anak kecil aku pula yang bapak pun takut makan ubat, yang pastinya aku tak pernah makan ubat habis.


Melihat gelagat anak kecil aku makan ubat punyalah seksa tak macam abang dan kakaknya mudah dan sedia gangga mulut tetapi yang ni Masaaallah susahnya terpaksa pegang kaki tangan kemudian picit hidung supaya buka mulut kemudian paksa tuang dengan sudu. Itu pun masuk sedikit kerana selepas itu ia akan muntahkan kembali. Geram juga kerana duit ubat bukan murah sekali jumpa Pakar kanak-kanak dah tentu habis RM30-RM50 itu kira murahlah kerana sejak anak aku lahir sampai sekarang doktor inilah yang jadi rujukan aku. Seorang doktor singh yang berumur tetapi mempunyai kepakaran yang luas dalam mengendalikan kes kanak-kanak. Nak jumpa doktor ni pun kena Q kerana sentiasa penuh mungkin serasi kot kata orang tua-tua.


Satu sahaja yang aku minta jangan masuk wad setakat ini Alhamdullillah belum lagi kerana takut........................


No comments: