Monday, December 29, 2008

KEHIDUPAN : PENGHIJRAHAN KAUM MUSLIMIN




Orang-orang Islam, termasuk Nabi saw sendiri menerima seksaan daripada orang kafir secara berterusan. Hari demi hari berlalu, seksaan itu tidak juga berkurangan malah semakin bertambah. Maka Rasulullah saw telah membenarkan para sahabat r.anhum meninggalkan kota Mekah dan pergi ketempat lain.Oleh sebab itu, ramai daripada kalangan mereka yang telah berhijrah ke Habshah. Walaupun Raja Habshah merupakan seorang Nasrani dan belum memeluk agama Islam sehingga saat itu tetapi beliau terkenal dengan hati yang pengasih dan pembawaannya yang adil.

Maka pada bulan Rejab selepas lima tahun Rasulullah saw menjadi nabi, jemaah pertama yang terdiri daripada sebelas atau duabelas orang lelaki bersama empat atau lima orang wanita telah berhijrah ke Habshah. Orang Mekah telah cuba mengejar mereka agar mereka tidak dapat pergi tetapi mereka tidak berjaya ditangkap.

Setibanya disana mereka mendapati berita bahawa semua orang Mekah telah memeluk Islam dan Islam telah mendapat kemenangan. Mereka sangat gembira dengan berita tersebut dan kembali semula ketanah air. Namun demikian, apabila mereka hampir tiba diMekah mereka mendapat tahu bahawa perkhabaran itu palsu dan orang Mekah masih seperti dahulu malah lebih hebat dan bersungguh-sungguh memusuhi dan menganiaya orang Islam. Mereka tersangat kecewa dan keadaan itu. Antara mereka ada yang terus pulang keHabshah dan ada yang masuk ke Mekah dengan jaminan keselamatan seseorang. Ini ialah penghijrahan ke Habshah yang pertama.

Selepas itu satu kumpulan besar yang terdiri daripada lapan puluh tiga orang lelaki dan lapan belas wanita telah berhijrah ke Habshah secara berasingan. Ini dinamakan penghijrahan ke Habshah kedua. Sebahagian para sahabat r.anhum melakukan kedua -dua hijrah tersebut dan sebahagian yang lain hanya satu penghijrahan sahaja.

Orang kafir mengetahui bahawa orang Islam dapat hidup dengan tenang di Habshah maka kemarahan mereka bertambah. Mereka telah menghantar rombongan bersama segala macam hadiah kepada Raja Habshah, Najashi. Hadiah-hadiah itu ialah untuk Najashi sendiri, pembesar-pembesar dan juga para pendeta Habshah.

Setiba disana, pertama selaki mereka berjumpa dengan para bpembesar dan para paderi sambil menyogok mereka dengan hadiah-hadiah dan supaya mereka berjanji untuk memberi bantuan apabila berhadapan dengan raja. Selepas itu baharulah bertemu dengan Raja. Mereka masuk dan sujud kepada raja kemudian mempersembahkan hadiah-hadiah lalu membentangkan permohonan mereka. Orang kafir Mekah itu berkata " WAHAI RAJA BEBERAPA ORANG YANG BODOH-BODOH DARIPADA KAUM KAMI TELAH MENINGGALKAN AGAMA LAMA MEREKA DAN TELAH MASUK KE DALAM AGAMA BARU YANG TIDAK DIKETAHUI OLEH KAMI DAN TIDAK JUGA DIKETAHUI OLEH TUANKU. MEREKA TELAH DATANG KENEGARA TUANKU DAN TELAH TINGAL DISINI. KAMI TELAH DIHANTAR OLEH PEMBESAR MEKAH, BAPA-BAPA DAN BAPA-BAPA SAUDARA SERTA SAUDARA MARA MEREKA UNTUK MEMBAWA MEREKA PULANG. TUANKU SERAHLAH MEREKA KEPADA KAMI."

Raja pun menjawab, " SAYA TIDAK DAPAT MENYERAHKAN MEREKA YANG DATANG MEMINTA PERLINDUNGAN DARIPADA SAYA TANPA MENYIASAT TERLEBIH DAHULU. OLEH ITU M,EREKA DIPANGGIL DAN DIPERIKSA. SEKIRANYA DAKWAAN KAMU BETUL MAKA SAYA AKAN SERAHKAN MEREKA,"

Lalu orang Islam dipanggil . Pda mulanya orang Islam sangat bimbang terhadap tindakan yang harus mereka lakukan. Walau bagaimana pun dengan bantuan kurniaan Allah swt mereka membuat keputusan nekadbahawa mereka hendaklah pergi mengadap dan menjelaskan keadaan sebenar. Sebaik sahaja tiba di hadapan raja , mereka memberi salam. Ada orang membantah " KAMU TIDAK SUJUD KEPADA RAJA SEBAGAIMANA ADAT DIRAJA YANG SEPATUTNYA." Mereka menjawab, "NABI KAMI TIDAK MEMBENARKAN KAMI SUJUD KEPADA SESUATU SELAIN DARIPADA ALLAH SWT."

Selepas itu raja mula bertanyakan keadaan mereka. Hazrat Ja'afar ranhu maju kehadapan dan berkata,' KAMI DAHULU BERADA DALAM KEJAHILAN. KAMI TIDAK MENGENALI ALLAH SWT DAN TIDAK JUGA PARA RASUL. KAMI MEMUJA BATU-BATU, MEMAKAN BANGKAI, MELAKUKAN PERBUATAN KEJI DAN MEMUTUSKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN. ORANG YANG KUAT DIKALANGAN KAMI AKAN MENINDAS ORANG YANG LEMAH. SEMASA KAMI BERADA DALAM KEADAAN TERSEBUT ALLAH SWT TELAH MENGUTUSKANSEORANG RASULNYA YANG KAMI SANGAT-SANGAT KENAL TENTANG KETURUNANNYA, KEBENARANNYA, AMANAHNYA DAN KETAKWAANNYA. bAGINDA SAW TELAH MENYERU KAMI KEPADA MENYEMBAH ALLAH SWT YANG ESA LAGI TIADA SEBARANG SEKUTU BAGINYA. BAGINDA JUGA TELAH MENGHALANG KAMI DARIPADA MENYEMBAH BATU-BATU DAN BERHALA-BERHALA. BAGINDA MEMERINTAHKAN KAMI MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG BAIK DAN MENCEGAH KAMI DARIPADA KEMUNGKARAN. BAGINDA MEMERINTAHKAN KAMI BERCAKAP BENAR, BERAMANAH, MENYAMBUNG SILATURRAHIM, BERBUAT BAIK DENGAN JIRAN JUGA MEMERINTAHKAN KAMI SUPAYA MENDIRIKAN SOLAT, BERPUASA, MEMBERI SEDEKAH SERTA KHAIRAT. BAGINDA SAW JUGA MENGAJAR KAMI AKHLAK YANG MULIA. BAGINDA SAW MELARANG KAMI DARIPADA BERZINA, BERBOHONG, MEMAKAN HARTA ANAK YATIM, MEMFITNAH SESEORANG DAN PERBUATAN-PERBUATAN KELI SEUMPAMA ITU. BAGINDA SAW JUGA MENGAJAR AL QURAN KEPADA KAMI MAKA KAMI BERIMAN DENGANNYA DAN BERAMAL DENGAN AJARANNYA. AKHIRNYA KAUM KAMI TELAH MEMUSUHU KAMI DANAGN BERBAGAI CARA. KAMI TERPAKSA DATANG MEMINTA PERLINDUNGAN TUANKU DENGAN PERINTAH NABI KAMI."

Raja berkata, " PERDENGARKANLAH AL-QURAN YANG DIBAWA OLEH NABI KAMU KEPADAKU."

Hazrat Ja'afar r anhu telah membaca beberapa ayat daripada permulaan surah Maryam. Mendengarkan bacaan itu raja pun mula menangis, demikian juga pendeta-pendeta yang ramai hadir pada masa itu. Mereka semua menangis begitu sekali sehingga air mata membasahi janggut-janggut mereka. Selepas itu raja berkata ," DEMII ALLAH, KALIMAH-KALIMAH INI DAN KALIMAH-KALIMAH YANG DIBAWA OLEH HAZRAT MUSA A.S. KELUAR DARIPADA NUR YANG SAMA."

Raja juga telah menolak bulat-bulat permintaan orang-orang Quraish itu. " SAYA TIDAK BOLEH MENYERAHKAN MEREKA KEPADA KAMU."

Mereka semua sangat-sangat kecewa kerana terpaksa menerim,a penghinaan yang besar. Oleh sebab itu mereka telah bermesyuarat. Salah seorang daripada mereka berkata ' ESOK AKU AKAN MELAKUKAN SESUATU RANCANGAN YANG AKAN MEMOTONG AKAR UMBI MEREKA." Teman-temannya berkata, "JANGAN LAKUKAN DEMIKIAN, WALAUPUN ORANG INI TELAH MEMELUK AGAMA ISLAM, MEREKA TETAP SAUDARA MARA KITA." Namun , dia tidak menghiraukannya.

Pada keesokan hari, dia telah pergi menemui raja dan menyatakan bahawa orang Islam itu telah menghina Nabi Is a.s. mereka tidak mengaku Nabi Isa a.s. ialah anak Allah swt. Maka sekali lagi raja memanggil orang Islam. Para sahabat r. anhum berkata "PANGGILAN RAJA KALI KEDUA MENAMBAHKAN LAGI KEBIMBANGAN KAMI." Walau bagaimanapun mereka pergi mengadap raja. Raja telah bertanya "APAKAH YANG KAMU KATA TENTANG NABI IS A.S.?
Mereka menjawab," KAMI BERKATA SEBAGAIMANA WAHYU YANG DITURUNKAN KEPADA NABI KAMI BAHAWA BAGINDA ISA A.S. IALAH SEORANG HAMBA ALLAH SWT, RASULNYA, ROHNYA DAN KALIMAHNYA YANG TELAH DILETAKAN PADA MARYAM A.S. YANG DARA LAGI SUCI."
Kata Najashi, "NABI ISA A.S. SENDIRI PUN TIDAK BERKATA LEBIH DARIPADA ITU"
Para Paderi yang ada mula mengdengus.
Nasjashi berkata" APA-APA YANG HENDAK KAMU KATA, KATAKANLAH." Seleps itu Najashi telah memulangkan hadiah-hadiah orang quraish itu dan berkata kepada orang Islam," SEKARANG KAMU SEMUA AMAN, SESIAPA YANG MENGANIAYA KAMU AKAN MENERIMA BALASANNYA. DISAMPING ITU PENGISYTIHARAN DIBUAT BAHAWA SESIAPA YANG MENYUSAHKAN ORANG-ORANG ISLAM MAKA AKAN DIHUKUM."
[TARIHUL KHAMIS]
Dengan sebab itu, penghormatan orang disana terhadap orang-orang Islam semakin bertambah dan rombongan Quraish itu telah kembali dengan penuh hina.Dengan ini jelas kepada kita bahawa semangat kemarahan orang kafir Mekah bertambah. Bersama itu keislaman Hazrat Umar r.anhu membakar lagi kemarahan mereka. Mereka sentiasa berfikir mencari jalan untuk menghentikan segala jenis perhubungan dengan orang Islam dan pelita Islam dapat dipadamkan dengan apa-apa cara sekali pun.
Sebahagian daripada pembesar-pembesar Mekah telah bermesyuarat cara untuk membunuh Nabi Muhammad saw secara terbuka. Namun demikian pembunuhan Baginda saw bukanlah satu kerja yang mudah. Banu Hashimialah satu kumpulan yang besar dan dikira sebagai orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi. Walaupun kebanyakannya mereka masih belum memeluk Islam tetapi mereka tidak akan rela sekiranya Muhammmad saw dibunuh.
oleh sebab itu, semua orang kafir telah berpakat dan membuat satu perjanjian bahawa seluruh Banu Hashim dan Banu Muttalib akan dipulaukan. Tiada seorang pun dibenarkan duduk bersama mereka dan tiada urusan jualbeli dengan mereka, tidak boleh berbual dngan mereka, tidak boleh pergi kerumah mereka, tidak boleh membawa mereka kerumah sendiri dan perjanjian ini berterusan selagi mereka tidak menyerahkan Baginda Muhammad saw untuk dibunuh.
Perjanjian itu tidak terhenti setakat perbualan mulut sahaja bahkan perjanjian itu telah ditulis pada tanggal 1 Muharram tahun ketujuh kenabian Baginda saw. Perjanjian itu telah digantung di Baitulah supaya setiap orang menghormati keputusan itu dan berusaha untuk memenuhi tuntutan perjanjian itu.
Akibat perjanjian itu mereka semua dipulau disatu lembah diantara dua bukit selama tiga tahun. Tiada seorang pun yang boleh menemui mereka dan mereka tidak boleh menemui sesiapa pun. Mereka tidak boleh membeli apa-apa daripada orang Mekah dan tidak juga boleh menemui mana-mana peniaga luar. Sekiranya ada sesiapa yang keluar, dia terus dipukul dan jika dia cuba menyatakan keperluannya maka akan ditolak mentah-mentah.
Setakat manakah mereka boleh mengunakan sedikit sebanyak makanan yang ada dalam simpannan mereka? Akhirnya mereka hidup dalam keadaan kebuluran. Wanita dan kanak-kanak menangis kerana tidak dapat menanggung kelaparan. Kaum keluarga yang dewasa merasa terseksa akibat melihat penderitaan kanak-kanak tersebut lebih dahsyat daripada derita kelaparan mereka sendiri.
Akhirnya, dengan rahmat Allah swt selepas tiga tahun surat perjanjian itu pun reput dimakan anai-anai. Oleh itu mereka terselamat daripada musibah tersebut. Selama tiga tahun mereka dipulau dan disisihkan dan dalam keadaan sedemikian segala kesusahan yang ditanggung oleh mereka begitu jelas. Sungguhpun demikian, semua para sahabat r.anhum tetap teguh berpegang kepada agama Islam, malah berusaha untuk menyebarkan Islam.
Segala kesusahan dan penderitaan itu telah ditanggung oleh para sahabat r. anhum yang kita semua berbangga dengan nama-nama mereka, kita menganggap dan mengaku sebagai pengikut mereka. Kita selalu mimpikan kemajuan seperti yang telah dicapai oleh mereka tetapi cubalah renung dan berfikirkan sejenak sebanyak mana mereka telah berkorban untuk itu dan apakah pula yang telah pula yang telah kita buat untuk agama dan Islam? Sedangkan setiap kejayaan ialah sesuai dengan usaha yang gigih. Sementara kita pula mencari kesenangan, kemewahan, kehidupan yang jauh dari agama, mengumpulkan harta benda sama seperti cara yang telah dilakukan oleh orang kafir dan masih kita inginkan kemajuan Islam. Bagaimana keadaan ini mmungkin terjadi?
"WAHAI PENGEMBARA, AKU BIMBANG KAMU TIDAK AKAN SAMPAI KE KA'ABAH KERANA JALAN YANG KAMU LALUI ITU MENUJU KE TURKISTAN."
[Petikan dari Fadhilat Amal dalam bab kisah para sahabat]




No comments: