Friday, December 19, 2008

KEHIDUPAN : BERLAKON


Pada dasarnya manusia itu adalah lemah sifatnya, walau bagaimana pun ianya adalah sebaik-baik ciptaan Allah swt yang dikurniakan dengan akal fikiran. Allah swt meletakan akal itu diatas dan tinggi kedudukannya dari lain-lain mahluk. Kalau kita perhatikan selain dari manusia akalnya adalah selaras dengan punggungnya. Ini menunjukkan bahawa manusia itu mulia disisi Allah swt yang membuatkan manusia itu hina adalah tindak tanduknya sendiri. Kehebatan manusia itu juga bersangkut dengan agama yang dibawanya. Hina dan mulianya manusia itu bergantung sejauh mana taatnya manusia kepada Penciptanya itu.

Manusia juga tidak dapat lari dari ujian kehidupan yang telah ditetapkan sejak azali lagi. Ada yang diuji dengan kesenangan, kemiskinan, kepayahan, kesempitan hidup dan bermacam-macam lagi ujian sebelum manusia itu kembali kepada penciptanya semula. Ujian tersebut hanya dapat diatasi dengan Iman yang sempurna melalui ketaatan dalam segala perintah yang telah ditetapkan. Lantaran itu Allah swt menghantar Nabi-nabi dan Rasul-rasul untuk setiap kaum untuk mengajar manusia bagaimana untuk menjalani kehidupan didunia yang bersifat sementara.

Untuk kita lebih memahami kehidupan ini adalah merupakan satu lakonan hidup yang manusia memegang watak tertentu yang diarahkan oleh pengarahnya. Ada yang jadi orang kaya, orang miskin, raja dan sebagainya. Setelah habis berlakon maka tersedar dia apa yang terjadi diatas pentas hanyalah satu gerakan atau perbuatan yang diarahkan, sekiranya pelakon mengikut arahan dan skripnya dengan tepat maka mendapat pujian dari pengarahnya dan sebaliknya arahan diingkari maka watak tersebut dimatikannya maka tiada apa-apa bayaran yang akan diterimanya akibat ingkarannya dari arahan tersebut.

Oleh itu untuk selamat didunia ini hanya jawapan yang lebih tepat taat pencipta dan ikut segala skrip yang dibuat maka keselamatan akan terjamin apabila kita kembali kepada Pencipta. Setiap penciptaan dan keluaran sesuatu produk akan disertakan dengan manualnya maka manual manusia adalah Al quran dan sunnah. Lakonan akan terhenti apabila Pencipta manusia itu memanggil dan dialam kubur akan disedarkan kembali bahawa kita hanya berlakon. Disisi Allah swt manusia yang berjaya adalah mereka yang kembali dengan membawa Iman yang sempurna.




No comments: