Wednesday, December 24, 2008

KEHIDUPAN: KERETA OH KERETA

Boleh dikatakan tiap-tiap bulan kena service kereta kerana banyak bergerak. Memandangkan kerja banyak bergerak dari satu kawasan kesatu kawasan, aku sentiasa pastikan kenderaan ku dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. Dalam lapan jam berkerja kebanyakan masa dihabiskan didalam kereta. Maka keselamatan perlu diutamakan. Sejak dahulu lagi aku lebih suka memilih mekanik kereta yang veteran kerana berpengalaman dan jujur dalam menjalankan kerja membaiki.

Kereta ku dah pun berusia lebih tiga tahun maka banyak alat ganti kenderaan yang harus ditukar untuk melancarkan perjalanannya. Bulan lepas aku tukar keempat-empat absober depan dan belakang. Hari ini aku kena tukar tetulang digandar belakang kerana getah yang memegangnya telah haus dan berbunyi setiap kali berjalan diatas permukaan yang tidak rata. Kos alat gantinya menelan belanja sebanyak Rm 100.00 satu set dan aku rasakan harga yang patut sekiranya aku membandingkan harga yang harus dibayar sekiranya aku mengunakan perkhidmatan Proton service. Chargenya harus dua kali ganda.



Meter kereta aku dah pun mencecah 150,000km ini bermakna dalam masa dua bulan lagi timing belt harus ditukar untuk kali kedua. Anggaran kos nya adalah lebih kurang Rm160-180. Kereta oh kereta bagaikan isteri kedua yang harus dijaga dan dipelihara dengan baik kerana keretalah asbab rezeki ku.



1 comment:

nookie said...

biasa la tu paktam...kereta ni mmg ibarat bini no 2...mmg sentiasa kena dijaga...