Monday, June 30, 2008

KEHIDUPAN : MY ASO

My ASO Bkt. Mertajam.30 Jun 2008 closing sale day. Pada waktu ini menjadi kebiasaannya kami relak sedikit walaupun ada tekanan untuk mencapai sasaran 100% untuk penutup bagi bulan Jun. ABM Mr. Yang Kok Ming yang pastinya mengadap BM untuk memastikan apa yang dijanjikan pada masa Thruput meeting mencapai sasaran.



Dua executive muda Mr. Tengku Ezan dan Mr. JT sempat lagi masak pizza untuk dijamukan kepada seluruh wargakerja Nestle dan CHHK bagi memastikan thruput sampai. Mereka sekarang menjadi Executive Chef pada setiap hujung bulan.



Dua orang Nestle Rep. Mr. William Neoh dan Mr. Zainal Talib. Tunggu Chef masak pizza. Kedua-dua dah hit target melebihi 100%. Tengah cari sale untuk bantu ASO thruput.



Budak baru Nestle Rep. baru tranfer dari Tapah ASO. Baru satu bulan dah hit target 103%, tengah makan pizza. Member lama juga budak Kepala Batas.



walaupun dalam saat genting dan ASO masih kurang RM140,000, sempat main control car yang diketuai oleh Tengku Ezan dan John Lim. Masaalah thruput sap, sap sui yakin pasti hit punya. Mo man tai.



Tolong makan lebih ramai dari tolong nak buat pizza. Tapi my exec. ini pemurah orangnya dan tak pandai nak marah orang. Yang penting everybody must hit theirs own personal target and the balance let me handle it. Perkataan yang biasa dikeluarkan terutama hujung bulan. Work hard and play hard.



Dah siap dan boleh makan sekarang anyway makan makan juga tetapi make sure you hit your number. ASO 2 boleh dan Chin Heng boleh. To me this is the most best Aso i had been working for.

Saturday, June 28, 2008

KEHIDUPAN : CHHK ASO








Photo taken by Zainal Dato Andika Hj. Talib

Thursday, June 26, 2008

KEHIDUPAN : PENGAKUAN

Beberapa hari yang lalu kita dikejutkan dengan statutory Declaration oleh RPK[ Raja Perta Kamaruddin] berhubung kenyataan beliau yang mengaitkan kes Altantuya shaaribu dengan beberapa orang VVIP. Beliau mempunyai bukti dari sumber yang boleh dipercayai berhubung dengan kes tersebut. Saya yakin bagi seorang yang waras, beliau tentu tahu akibat dari kenyataan yang dibuat dan akan menerima kesan dari dakwaan tersebut.

Rata-rata orang yang saya temui hari ini memberi pendapat mereka tentang dakwaan tersebut. Bagi pihak yang pro kerajaan mereka mendakwa kenyataan tersebut adalah satu fitnah dan satu cubaan untuk menjatuhkan individu yang terlibat. Manakala bagi mereka yang cenderung kepada pembangkang berpendapat kenyataan tersebut mungkin ada kebenarannya kerana masakan pokok bergoyang kalau tiada angin.

Setelah mendiamkan diri beberapa indivu yang disebut oleh RPK telah mengeluarkan kenyataan mereka.


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak dismissed Raja Petra Kamarudin’s statutory declaration linking his wife and two others to the murder of Mongolian translator Altantuya Shaaribuu as “total lies, fabrication and total garbage.”

The Deputy Prime Minister said the allegations in the statutory declaration were a “desperate and pathetic attempt to discredit and taint my political image.”

He said his wife Datin Seri Rosmah Mansor had already given her statement to the police. Petikan dari The Star.



KUALA LUMPUR: Rembau MP Khairy Jamaluddin has denied that he is in possession of a military intelligence report on the murder of Mongolian translator Altantuya Shaaribuu.

He said the allegation against him in Raja Petra Kamarudin’s statutory declaration of June 18 was “malicious” because it suggested that he (Khairy) was concealing knowledge of a crime.

He said he had given his statement to the police on the matter on Tuesday night.

“I told the police that I have never received any military intelligence report on the murder of Altantuya from the Prime Minister or from any other quarters. Nor have I received any other report from anyone about the murder.

“I don’t have, I’ve not kept any such report and I don’t know anything about the murder. making his recorded statement to the police. Petik dari The Star.


On Tuesday, the Prime Minister came to Najib’s defence. Abdullah said he had not received such a military intelligence report and that it was unacceptable for Raja Petra to make such a claim,


Apa pun alasan yang mereka berikan yang pastinya hanya RPK sahaja yang tahu motifnya beliau membuat kenyataan tersebut. Walau pun ada pihak yang cuba mengaitkan penglibatan DSAI dalam pekara tersebut tetapi telah dinafikan oleh pihak Keadilan. Manakala YB Lim Kit Siang cuba membawa usul tersebut untuk diperbahaskan didalam Parlimen tetapi usul tersebut telah ditolak oleh Speaker dengan alasan ia masih dalam pembicaraan di mahkamah.

Dr. Mahatdir telah membidas YB Lim kit Siang yang cuba mencari populariti dengan membawa isu tersebut.


PUTRAJAYA: The DAP's attempt to file an emergency motion to discuss a blogger's allegations linking Datin Seri Rosmah Mansor to the murder of Altantuya Shaaribuu was a political ploy to run down "somebody in the government", Tun Dr Mahathir Mohamad said.

"They are not really interested in the crime. They have a political agenda and as far as they are concerned, this is the time to run down somebody in the government.

"So, they just seized the opportunity. It has nothing to do with the law," he said after launching a book, Smart Growth, by his wife, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, at Perdana Leadership Foundation yesterday.

"You just can't write to the court and say you learnt from reliable sources. Hearsay is not evidence, this is my understanding. You need to have proof beyond reasonable doubt. This is very serious," he said. Petikan dari News Strait Time.


Oleh kerana kes pembicaraan tersebut telah dijalankan dimahkamah dan keputusan masih belum dibuat siapa yang bersalah. Yang pastinya Allah Swt jua yang maha mengetahui. Didunia manusia masih boleh berdolak dalik dengan kepintaran lidah yang dibayar tetapi tiada siapa pun yang boleh terlepas di mahkamah Illahi.


Wednesday, June 25, 2008

KEHIDUPAN : NESTLE BUSINESS SERVICES [NBS]


MEYCAUAYAN CITY, Bulacan — President Gloria Macapagal Arroyo inaugurated this week the Nestle Philippines’ Nestle Business Services (NBS) in Barangay Malhacan, Meycauayan City in the province of Bulacan. Nestle NBS-Asia-Oceania-Africa Zone Chair Nandu Nandkishore said the establishment of the NBS, a separate entity from Nestle Philippines, is a “major manifestation of the Nestle Group’s continuing confidence and commitment to support the long-term economic growth of the Philippines.” He said the Nestle Group considered a number of countries as possible site for the NBS, but finally selected the Philippines because of talent availability and cost efficiency.



PGMA inaugurates Nestle Business Services Print E-Mail
Written by Philippine Embassy Webmaster
Wednesday, 05 March 2008


MEYCAUAYAN CITY, Bulacan--President Gloria Macapagal-Arroyo inaugurated on 29 Feberuary 2008 the Nestle Philippines' Nestle Business Services (NBS) in Barangay Malhacan, Meycauayan City in the province of Bulacan.

After formally opening the Manila Ocean Park's Oceanarium in Manila on 29 February 2008, the President motored to this city to inaugurate another foreign investment project that recognizes the country's world-class capabilities in providing financial and employee services.

Nestle NBS-Asia-Oceania-Africa Zone Chair Nandu Nandkishore said the establishment of the NBS, a separate entity from Nestle Philippines, is a ''major manifestation of the Nestle Group's continuing confidence and commitment to support the long-term economic growth of the Philippines.

He said the Nestle Group considered a number of countries as possible site for the NBS, but finally selected the Philippines because of talent availability and cost efficiency.

The NBS would serve the financial and employee service requirements of Nestle companies in the Asia, Oceania and Africa Zone.

The zone includes the Philippines, Malaysia, Singapore, Indonesia, Vietnam, Cambodia, Laos, Australia and New Zealand.

Financial services include the account payables and receivables and accounting operations while employee services cover payroll, human resource administration, time management and benefits administration.

Nandkishore said the Nestle Group has implemented the shared service- model in Europe and the Americas to maximize cost of effectiveness, efficiency and improved quality in financial and employee service transactions.

There are now 130 seats at the NBS but Nandkishore said these would be expanded to 400 next year.

The Nestle Group is a Switzerland-based food company.

In the last five years, Nestle's investments in the country have hit P10 billion. In 2006, Nestle Philippines' sales reached P67.2 billion with exports amounting to P6.4 billion or nearly 10 percent of sales. (OPS)


Hari saya menghadiri satu perjumpaan di Safira Country Resort yang diatur oleh Nestle Penang Branch untuk memberi penerangan mengenai NBS yang disampaikan oleh En. Hanif Lai dari Human Resource. Satu syarikat yang ditubuhkan oleh Nestle untuk mengendalikan semua pekara yang bersangkutan dengan kewangan dan Human Resource.


Ini bermakna semua operasi yang melibatkan kewangan termasuk gaji dan lain-lain diuruskan secara online dari Philipina yang dijadikan pusat untuk AOA. Philipina dipilih kerana berdasarkan kos operasi yang rendah berbanding dengan negara-negara lain termasuk Malaysia.


Diatas adalah petikan dari kenyataan mengenai NBS yang dipetik secara rambang dari Internet untuk tatapan pembaca.





Tuesday, June 24, 2008

KEHIDUPAN : SIAPA YANG BIJAK.

Undi tidak percaya yang diwar-warkan yang sepatutnya dibentangkan diparlimen oleh salah satu komponen BN dari sabah tidak menjadi satu kenyataan setelah Ahli Parlimen tersebut tidak hadir untuk menyertai sidang Parlimen pada hari Isnin yang lalu. Menurut akhbar mereka tidak hadir setelah menerima ancaman dan diarahkan pulang keSabah semula. Adakah ini juga merupakan satu perancangan atau salah satu lagi taktik dalam politik.

Yang menariknya semua Ahli Parlimen BN diarahkan menghadiri semua sessi Parlimen untuk mengelakan kekurangan sokongan sekiranya usul no confident dibentangkan. Walau bagaimana pun pemerintah lebih bijak kerana mereka telah mengusulkan supaya usul kesan kenaikan harga bahanapi dan langkah-langkah untuk menanggani masalah tersebut telah mendapat sokongan penuh dari BN, 129 meyokong manakala 78 pula menentang. Ini memberi makna bahawa PM mendapat sokongan penuh dari parti yang dibawah pimpinannya.

Persoalannya apakah ini satu taktik untuk melumpuhkan usul no confident dari berlaku atau pihak yang akan membawa usul tersebut sedang membuat satu rancangan, menanti masa yang sesuai apabila pihak pemerintah terlalai atau terlupa tentang pekara tersebut. Dalam politik terdapat berbagai bagai cara percaturan atau strategik dalam mencaturkan sesuatu pekara.

Saturday, June 21, 2008

KEHIDUPAN : CUKUP RASA CHALLENGE.

Sabtu 21Jun 2008, sampai agak lewat sekitar jam 6.50 pagi dan kelihatan rakan-rakan sekerja telah pun berada dilokasi lebih awal. Mencari lokasi yang baik untuk menjalankan aktiviti jualan langsung dan promosi Cukup Rasa Maggi. Berinteraksi secara terus dengan pengguna dan memberi penerangan tentang penggunaan Maggi Secukup Rasa. Challenge hari ini adalah untuk mengatasi jumlah jualan yang dibuat di Sungai Siput dibawah ASO Kuala Kangsar. Jumlah tertinggi 53 carton.



Sebelum jualan dibuat briefing diberi oleh Exec. cara susunan dan atur kerja yang harus dilakukan oleh setiap Sale Rep. Jualan dan Promosi ini dibantu oleh En. Zainal Puteh. Walau bagaimana pun beliau ditugaskan menjaga bahagian Nescafe Tongkat Ali dan Ginseng. Target yang ditetapkan oleh Exec. ialah sebanyak 70 ctn dan kami yakin boleh dicapai memandangkan tempat yang diberi agak strategik iaitu pintu masuk kebahagian barang basah.


Susunan telah sedia dan kami bersedia untuk memulakan tugas, masih awal dan kelihatan tiada pengunjung pada masa itu. Jam menunjukan pukul 7.30 pagi dan semua persiapan berjalan dengan lancar. Semua Salerep. telah diberi tugas masing-masing dan penerangan tentang penggunaan serta kegunaan Cukup Rasa telah pun diberi oleh En. Zainal Puteh pada hari Jumaatnya.



Kelihatan pelangan pasar mula membanjiri kawasan promosi kami dan kebanyaknya mencuba minuman Nescafe Tongkat Ali dan ginseng.


" Bang cuba satu cawan, dan kami membuat promosi hari ini dengan harga yang cukup istimewa, satu set hanya RM 10. Abang dapat satu pek Nescafe Tongkat Ali, Cukup Rasa 120gm, kiub mini ikan bilis dan percuma container, cukup murah dan hari ini sahaja. Kalau tak beli rugi" kata Encik Zainal Puteh.



" Bang cuba Cukup Rasa dan ia penganti garam dalam masakan. boleh guna untuk semua jenis masakan kegemaran, hari ini promosi satu set RM10 dan Cukup Rasa dua pek dan percuma kiub mini ikan bilis RM5.00 sahaja, cukup murah." kata my Exec Jt.



Auntie, " Ini cukup Rasa sudah complete ma, ada bawang putih, garam, msg dan perasa ikan bilis tak payah susah-susah bubuh sahaja secukup rasa dah boleh makan. sedap ." kata Teoh Phaik Leong rakan sekerja.


" Mari,mari ini Nescafe Tongkat Ali bukan untuk lelaki sahaja, untuk perempuan juga boleh bagi tenaga dan melancarkan perjalanan darah." mari aso mari cuba kemudian beli satu set, murah.




"mari,mari , hari in kita mahu tnjuk cara-cara menggunakan Cukup Rasa dalam masakan. Pasti sedap. Hari in kita mahu masak Bihun Goreng Singapore lepas makan boleh beli Cukup Rasa satu set ada dua pek Cukup Rasa 120gm dan percuma kiub mini ikan bilis. Guna Cukup Rasa macam kita guna garam dan tak perlu lagi bahan-bahan lain." kata Hirman FPO Maggi Sampling Van.



Mansor merchandiser. " mari,mari kakak dan abang cuba ini Cukup Rasa senang dan mudah, lagi menyedapkan masakan. rugi tak cuba dan beli. murah hari ini sahaja." sambil diperhatikan oleh Exec.


Macam -macam cara untuk mempromosikan keluaran Nestles Product. Hanging panel untuk Nescafe Tongkat Ali. En. Kalimuthu Chin Heng Spiderman untuk Cukup Rasa, Wet Market sale Rep.



Spiderman wet market sedang mempromosikan Cukup Rasa didalam pasar kepada peniaga barang basah dan kering didalam pasar Bagan Ajam. Promosi hari in sahaja.



Macam biasa. lepas jualan yang agak memberangsangkan kita pergi makan tengahari di restoran nasi kandar. Jualan mencapai sasaran. melebihi dari Sungai Siput. 70 ctn Cukup Rasa dijual secara terus kepada pengguna. Pengerusi Pasar mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan beliau juga dilantik sebagai Ambasador untuk Cukup Rasa bagi kawasan Market Bagan Ajam. Semua pulang dengan senyuman selepas kenyang makan yang dibayar oleh my Exec.




Thursday, June 19, 2008

KEHIDUPAN : LET HEAR WHAT THEY SAYS

Prime Minister Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi say, President Datuk Yong Teck Lee latest action has been due to the fact that " I have not been able to satisty his personal greed."



When will BN party leaders up to the fact that the majority of Malaysian do not want Dato Seri Abdullah as Prime Minister? It was this inability to appreciate the feeling of the people that lead to disastrous 2008 election results by them.

Tahniah dan salut perjuangan kerana ketegasan dan keberanian Parti Progesif Sabah [SAPP] dan dua Ahli Parlimen mereka mempertahankan hak rakyat khususnya Sabah.









He accused the Federal Government of "delaying tactics" in dealing with issues raised by the party and other state leaders, including a demand for 20 per cent oil royalty and a return of the Labuan federal territory, the illegal immigrants problem, and alleged unfair laws and taxes.
Walaupun telah dinafikan sebelum ini ,nampaknya pokok yang bergoyang telah pun mengaku bahawa angin yang mengoncangkannya. Terjawab sudah persoalan yang dinafikan sebelum ini. Apakah akan ada komponen lain akan mengikuti langkah yang dibuat oleh SAPP? Adakah Pakatan Rakyat juga akan mengundi usul no confident toward Prime Minister?
Tunggu dan lihat isnin ini, apa yang berlaku di Parlimen nanti. Apakah terlakar satu lagi sejarah diMalaysia apabila no confident vote akan berlaku ? Banyak soalan belum terjawab.

Tuesday, June 17, 2008

KEHIDUPAN : RUMUSAN BERITA

Walaupun masih banyak lagi berita yang menarik perhatian saya, terutamanya berita tentang komponen BN dari Sabah yang dikatakan melompat parti tetapi di nafikan begitu juga tentang kenyataan penasihat Pakatan Rakyat yang mendakwa telah berjumpa dengan MCA dan keputusannya beberapa ahlinya berminat untuk melompat parti ini juga dinafikan, maka keluarlah kenyataan yang cabar mencabar tentang kesohihannya berita tersebut.


Manakala Pengerusi Petronas pula mengeluarkan kenyataan bahawa Petronas mengeluarkan penyata kewangannya tiap-tiap tahun selama 18 tahun, walau bagaimana pun penyata tersebut tidak pula menyatakan tentang cara ia dibelanjakan dan termasuk pembelian pesawat peribadi untuk kegunaan ahli Eksekutif Petronas. Ahli-ahli Politik mahukan ianya dibentangkan diParlimen agar ia lebih telus dan bertanggungjawab. Rakyat mahukan ketelusan.


MAS pula mengeluarkan kenyataan bahawa keistimewaan yang diberi kepada CEO Airasia ditarik balik kerana tidak berpuas hati dengan cara pesaingnya menjalankan promosi. Ini bermakna CEO Airasia terpaksa membayar tiket penerbangan secara penuh yang sebelum ini ia mendapat diskaun sebanyak 50% untuk antarabangsa dan 75% untuk dosmetik.
Walau bagaimana pun beliau masih mendapat diskaun dari Cathay dan Qantas manakala percuma dari Virgin Airline. Nampaknya bukan ahli politik sahaja bermusuh bahkan ahli perniagaan juga tikam menikan musuhnya untuk survival perniagaan.


Kenaikan harga petrol juga masih lagi menjadi topik perbincangan, walaupun kerajaan telah memperkenalkan begitu banyak insentif bagi meringankan beban pengguna akibat kenaikan kos sarahidup dan barang pengguna. Kerajaan juga cuba memperkenalkan Kad diskaun, ada yang setuju dan ada pula yang membantah kerana tidak praktikal. Yang pastinya rakyat beratur untuk mendapatkan rebet kewangan bagi kenderaan bermotor.


Beralih kepada blog pula bekas perdana menteri memberi komen tentang pencalonan presiden yang mana akan menyebelahi Pak lah walaupun akan dicabar oleh Ku Li . Manakala beliau merasa agak kecewa tentang kenyataan timbalan perdana menteri yang tidak bertanding untuk jawatan presiden. Kenyataan tersebut membuatkan beliau merasa sangsi tentang permulihan dalam UMNO yang dianggapnya dalam krisis. Beliau juga tidak yakin bahawa UMNO akan pulih dan akan mengalami kekalahan yang lebih teruk dalam pilihanraya yang akan datang.
Bahkan beliau juga merasa sangsi bahawa timbalan perdana menteri akan menjadi presiden dan akan mengetuai UMNO pada masa hadapan. Beliau menyatakan lagi, tidak nampak Pak Lah akan turun atau menyerahkan jawatan tersebut kepada timbalanya walaupun beliau telah membuat kenyataan untuk penyerahan tetapi tidak pula menyatakan tarikh penyerahan.


Walau apa terjadi yang pastinya barang-barang keperluan harian naik melambung, mengakibatkan ada yang terpaksa memberi gantian untuk susu anak mereka. Susu formula untuk bayi naik dengan mendadak dan luar diluar kemampuan untuk mereka yang berpendapatan RM1500.


Yang pastinya walaupun pergelutan dalam parti UMNO dan cita-cita Pakatan Rakyat untuk menguasai Kerajaan Persekutuan, mereka tidak merasa perit kehidupan sepertimana rakyat pertengahan dan bawahan yang bergelut untuk mendapatkan barangan yang harganya munasabah untuk meneruskan kehidupan ini.

Kehidupan ini harus diteruskan walaupun begitu banyak halangan yang terpaksa dilalui.

KEHIDUPAN : PRICEY INFANT FORMULA FORCES SUBTITUTE FEEDING.



BUTTERWORTH: Some poor parents are substituting pricey infant formula with diluted condensed milk, rock sugar water, black coffee and plain tea, to feed their infants and toddlers.
Malaysia Hindu Sangam (Penang) Social and Welfare Committee chairman P. Murugiah said parents with low income of under RM1,500 and with an average of three children, have reduced feeding infant formula from five times a day to only twice a day.
“They substitute the remaining feeding periods with other drinks,” he said.
He claimed that poor mothers could not produce breast milk as they were undernourished.
“The price of infant formula has gone up by about 80% in the last two years, with one brand rising from RM9 to RM16.50 per 650gm,” Murugiah said.
He said the sangam and a few other non-governmental organisations have been giving milk powder aid to at least 30 families since last year.
“We believe there are more families who need such aid,” he said.
Murugiah urged the Government to help set up a scheme to make infant milk more affordable to such families.
He said the plight of these families would worsen if the Government removed essential grocery items from its price control list.
“Basic items, such as rice, sugar and flour should be made affordable especially to this group of people.
“The Government should introduce a ration card system, such as is practised in India, to allow the lower income group to buy essential food items at reduced prices,” he said

Petikan dari The Star 17jun2008.











Sunday, June 15, 2008

KEHIDUPAN : NESCAFE ADS.

Nice Nescafe advertisement on the Aeroplane body. Will Malaysia Nestle Product Sdn. Bhd. do this to advertise his Nescafe on the local Aeroplane company?


KEHIDUPAN : DONG MUANG AIRPORT BANGKOK

Jumaat. Ogos, 1995. Saya telah menerima satu surat dari majikan saya untuk menghadiri satu mesyuarat di New Delhi India. Beliau telah pun berada disana lebih awal dan tugasan saya ialah untuk membawa Dokumen disamping itu mewakili Butterwort untuk perjumpaan tersebut. Sebaik sahaja menerima undangan tersebut terus membuat tempahan tiket di Thai Airway diPulau Pinang. Jika dibandingkan dengan harga penerbangan MAS, harga tambang Thai Airway lebih murah tetapi terpaksa transit di Bangkok untuk satu malam.

Saya bertolak ke Bangkok jam 4.00 petang dari Bayan lepas International Airport dan dijangkakan sampai pada pukul 5.oo petang waktu Bangkok. Penerbangan mengambil masa lebih kurang satu jam lebih.

Sebaik sahaja berlepas minuman dihidangkan dan Kapten memberitahu bahawa cuaca agak baik dan akan mendarat di Phuket untuk mengambil penumpang dan kerja-kerja pembersihan.



Sebaik sahaja sampai diPhuket International Airport, Kapten mengarahkan penumpang supaya turun untuk kerja-kerja pembersihan dan hidangan ringan disediakan diruang menunggu. Kerja-kerja pembersihan dijangka mengambil masa lebih kurang setengah jam kemudian apabila siap semua penumpang diarah naik kembali dan bersedia untuk berlepas ke Bangkok.

Pemandangan Pulau Phuket agak menawan kerana terdiri dari ratusan pulau-pulau kecil dan ada persamaan seperti pulau Langkawi. Hidangan makan malam akan dihidangkan. Saya telah pun membuat pesanan makanan halal diPulau Pinang. Hidangan makan malam hari ini ialah nasi briyani berlaukan ayam. Disebelah seat saya adalah seorang thai dan menerima hidangan yang serupa membuatkan saya merasa ragu-ragu tentang makanan tersebut.

walau bagaimana pun saya tidak menjamah makanan tersebut dan hanya meminta buah-buahan sahaja. Selepas satu jam kad mendarat diedarkan untuk diisi untuk memudahkan kerja-kerja imegresen di Bangkok Airport nanti. Sebaik sahaja mendarat di Bangkok terus menuju kepintu Transit. Sekarang saya mempunyai dua option satu terus menunggu di Transit room atau keluar terus , kerana penerbangan seterusnya pada waktu petang esok.


Rombongan saya terdiri dari 12 orang dan pemandu arah mengarahkan supaya keluar dari transit room . Kebetulan berjumpa dengan seorang Pengurus Airport yang beragama Islam dan membenarkan kami mengunakan Musollah ditingkat atas untuk kegunaan kami bermalam dan berihat sementara menunggu penerbangan seterusnya ke India. Perut terasa lapar dan saya keluar untuk malam malam di hadapan Airport. Agak susah juga untuk mencari gerai makan orang Islam tetapi Alhamdullillah jumpa juga dengan pertolongan orang tempatan disana.

Hidangannya ialah ayam panggang bersama nasi putih , boleh jugalah kerana dah lapar sangat. Selepas makan terus ke Airport untuk berehat dan tidor. Dong muang Airpot agak besar dan luas. Saya rasakan Airportnya agak sibuk dan ia merupakan tempat persinggahan untuk penerbangan antarabangsa. Boleh dikatakan semua negara menjadikan Bangkok sebagai tempat pendaratan untuk negara Asean.


Keesokan harinya selepas sahaja makan tengahari .saya bersiap sedia untuk penerbangan ke India. Oleh kerana saya telah keluar dari Airport transit room saya kena beratur pula untuk diperiksa kembali dan dicop pasport. Saya ada lebih kurang dua jam lagi. Tukar duit baht untuk membayar Airport tax sebanyak 300 bath. Orangramai beratur untuk pemeriksaan kastam dan imirgesen. Jam ditangan menunjukan saya kesuntukan masa kerana kapalterbang akan berlepas lebihkurang 45 minit lagi dan saya masih beratur untuk pemeriksaan.

Sebaik sahaja sampai giliran saya, pegawai imirgesen menyoal banyak soalan dan saya jawab," saya penerbangan ke New Delhi dan hanya tansit di Bangkok sahaja. Jawapan saya masih tidak memuaskan hati pegawai tersebut, lalu meminta IC saya. Saya merasa cemas kerana masa semakin suntuk. Saya diarahkan berdiri disatu sudut dan beliau meneruskan pemeriksaan penumpang yang lain. Dalam hati tertanya-tanya juga apa kesalahan saya. Rakan-rakan yang lain semuanya dah lepas.

Ketua rombongan menanti saya dan mengarahkan yang lain pergi dulu kerana takut kalau-kalau terlepas penerbangan ke India. Selepas beberapa penumpang lain diperiksaa, saya dipanggil lagi dan kali ini beliau menyoal saya kenapa tandatangan saya tak serupa dengan passport. Saya menjawab tandatangan tersebut tak serupa kerana passport saya dibuat semasa saya masih student lagi. Tidak puas hati dengan jawapan saya beliau mengarahkan saya membuat satu tandatangan serupa dan kali i ni baru beliau berpuas hati dan saya dibenarkan meneruskan perjalanan.

Rasa cemas makin terasa dan terpaksa berlari untuk ke gate pelepasan yang agak jauh. Tertera ditiket gate no.74. Kedengaran pengumuman tersiar beberapa kali mengingatkan penumpang ke New Delhi." Attention please. Malaysian passengers for New Delhi fight, please boarding now" dua ,tiga kali pengumuman dibuat. Saya dan ketua rombongan berlari menuju ke gate tanpa menggunakan walk escalator kerana lambat.

Sebaik sahaja sampai petugas gate mengarahkan cepat dan terus masuk lalu pintu kapalterbang ditutup. Seperti biasa penumpang telah menunggu dan Kapten memberitahu penerbangan ditangguh untuk beberapa minit kerana cuaca tidak mengizinkan. Rasa cemas dan penat berlari masih terasa lagi. Saya selamat sampai di New Delhi yang mengambil masa lebihkurang dua jam perjalanan dan mendarat di Indra Ganhdi International Airport pada waktu petang. Cuaca baik dan cerah.


Inilah pengalaman yang tidak mudah dilupakan setelah ditahan oleh pihak Imirgesen Thailand hanya kerana tandatangan tak serupa dengan passport. Gambar diatas menunjukan kesesakan yang biasa di kota Bangkok. Dari Bangkok ke Dong Muang Airport tidak jauh tetapi kena keluar tujuh atau enam jam lebih awal dari waktu penerbangan untuk mengelakan tersangkut di dalam kesesakan jalanraya disana.

Pengalaman menjadikan kita matang dan berhati-hati semasa untuk keluar negara. Jumpa lagi untuk pengalaman di New Delhi India dengan cerita yang lebih menarik. Yang pastinya senyuman dan layanan pegawai kastam dan Imirgesen serta petugas Airpot Malaysia jauh lebih baik dan profesional dalam mengendalikan penumpang.