Saturday, December 20, 2008

KEHIDUPAN : PENANTIAN ITU SATU PENYEKSAAN


Hari ini pagi-pagi lagi dah bangun, sebaik sahaja selesai sembahyang subuh terus kePasar Awam Kepala Batas kerana ada special task untuk Maggi secukup rasa. Sampai di Pasar lebih kurang jam 6.30pagi Che Ani dan yusuf dah pun menunggu disana kerana mereka ditugaskan untuk menyediakan minuman panas Nescafe kemudian disusuli oleh Azura maggi untuk menyediakan cucur udang dan bihun goreng manakala saya dan rakan-rakan yang lain pula akan menjalankan aktiviti jualan Maggi Cukup Rasa. Walau bagaimana pun jualan tidaklah cukup memerangsangkan kerana mungkin tempat yang dipilih tidak cukup strategik agaknya. Apa yang penting sekurang-kurangnya pendedahan secara berterusan terhadap produk baru Nestle akan menjadi pilihan pengguna.

Tengahari hanya berehat sahaja dirumah selepas asar baru keluar bawa anak perempuan untuk haircut. Mula-mula kedai yang regular tetapi tutup hari ini dan terus kekomplek Kailan maka bermulalah satu penantian yang cukup menyeksakan kerana terpaksa menunggu lebih dari satu jam. Bab tunggu menunggu ni memang pekara yang cukup aku tak suka apatah lagi kalau dah nak masuk waktu maghrib, dalam hati ni rasa bengkak je. Masaalahnya kedai gunting rambut tu bukan ramai pelanggan tetapi tukang gunting tu lembab dan mulalah aku nak mengomel tetapi sabar dan diamkan sahaja. Isteri aku dah tahu perangai aku, kalau aku mula diam dan tak bercakap bila bersembang pun aku buat tak tahu maknanya aku dah geram terutama kalau waktu maghrib dah masuk. Lebih baik diam dan terus memandu untuk cepat sampai rumah dan tunaikan kewajipan terhadap tuntutan agama iaitu sembahyang.

Yang lawaknya dalam geram-geram tu sempat juga aku ambil gambar sunset di pekan Kepala Batas. Nanti aku post gambar tu. Hari ini aku jumpa dengan jiran lama aku di surau, Cikgu Md. Noh jiran semasa aku duduk di Taman Harapan di Parit Buntar. Beliau telah pun menyertai Jemaah Tabligh. Sempat berbual sampai pukul 10.00 malam. Balik rumah apa lagi duduk depan komputer aku ,sempat cit chat dengan Madia yang menerima menantu hari ini di Kuala Lumpur.

Oleh itu di kalangan xhotcat yang class aku, si Madialah orang yang pertama menerima menantu. Selamat menimang cucu tak lama lagi le.......

No comments: