Sunday, December 7, 2008

KEHIDUPAN : AIDIL ADHA

Esok, seluruh umat Islam diserata dunia akan merayakan Aidil Adha yang melambangkan pengorbanan yang dibuat oleh Nabi Allah Ibrahim a.s. Sebaik sahaja selepas sembahyang Aidil Adha seluruh umat Islam yang berkemampuan akan mengorban haiwan ternakan seperti kambing, lembu dan unta untuk menunjukan tanda kesyukuran terhadap Allah swt dan mengikuti sunnah yang diamalkan oleh Nabi Besar kita Muhammad saw. Apakah pengorbanan yang telah kita lakukan untuk Agama, bangsa dan negara?


Mengorbankan apa yang dicintai adalah satu pekara yang besar, dalam erti kata yang lain mengorbankan pekara yang menjadi satu kesayangan atau pekara yang susah untuk dipisahkan dari manusia itu sendiri. Contohnya apabila seruan azan berkummandang dan pada saat dan ketika itulah sedang melakukan satu pekerjaan yang mendatangkan keuntugan diri maka sanggupkah kita meninggalkan pekerjaan untuk menyahut seruan azan tersebut? Satu untuk keperluan diri dan satu perintah Allah swt. Itu hanyalah sebahagian sahaja pekara yang kita cinta dan masih banyak yang menjadi kecintaan kita harta, rumah, anak isteri dan pekerjaan yang sentiasa menjadi alasan kelalaian kita terhadap perintah Allah swt. Jawapannya terletak ditangan manusia itu sendiri. Kembali kepada kisah Nabi Ibrahim as pekara yang disayang saat dan ketika itu adalah anaknya Nabi Ismail as kerana memperolehi Nabi Ismail dalam usia yang sudah lanjut.


Apabila datang perintah Allah swt melalui mimpinya untuk menyembelih anak kesayangan lantas terjaga dan termenung memikirkannya tetapi iman dan cintakan Allah swt mengatasi segala-galanya. Apabila diacukan mimpi tersebut kepada Nabi Ismail as tentang penyembelihan tersebut terus dijawab oleh Nabi Ismail as bahawa ianya perintah Allah swt dan pasti Allah swt Maha mengetahui dan ada hikmah sebalik mimpi tersebut. Tanpa melengahkan perintah tersebut lalu dilaksanakannya dan sesungguhnya Allah swt amat Mengasihani dan suka atas pergorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim as kerana yakinnya kepada perintah tersebut lantas ditukarkan dengan seekor kibas. Maka terlaksanalah perintah korban. Oleh kerana Allah swt amat menyukai pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim as maka diperintahkannya menjadi satu amalan yang sangat disukai olehNya.


Hikmahnya dalam mentaati perintah Allah swt maka dua pekara diperolehi oleh Nabi Ibrahim as. Pertama mendapat kembali anak yang disayangi ,kedua mendapat kibas sebagai ganti pengorbanannya itu. Oleh itu taatlah perintah Allah swt kerana dalam segala keadaan. Ini adalah peringatan buat diri saya dan keluarga. Berkorban apa sahaja hatta nyawa dan harta sebagaimana lagu Tan sri P. Ramlee tetapi biarlah pengorbanan tersebut disukai oleh Allah swt untuk mencari keredhaanNya. Wassallam.



SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DAN BAGI MEREKA YANG MENUNAIKAN FARDU HAJI SEMOGA DITERIMA DAN MENDAPAT HAJI MAHBRUR.

No comments: