Saturday, December 13, 2008

KEHIDUPAN : KEBERKATAN TETAMU.

Dalam minggu ini rumah aku tak putus-putus dikunjungi oleh sanak saudara yang datang dari selatan. Kakak aku yang dimanjung tu datang dengan keluarga serta anak menantunya. Beliau datang bermalam dirumah dan keesokan harinya berhari raya bersama keluarga aku disini. Selepas sembahyang raya kita orang bertolak untuk menziarahi kakak aku yang duduk di Sik. Kita orang jalan sakan dan sempat ke border Thailand lagi di Pengkalan Hulu Perak. Niat tu nak shopping le tetapi malangnya kebanyakan gerai yang menjual barangan Thailand tutup kerana Hari raya Korban, hanya dutyfree shop sahaja yang buka. Kesudahnya hanya beli beg sekolah anak dan satu beg sekolah untuk anak buah yang akan ke Tadika tahun ini. Harga tu boleh tahan je, taklah murah sangat.

Selepas shopping kakak aku dan keluarganya terus balik ikut jalan Grik manakala aku terus balik ke Butterwort. Hari selasa aku sempat pula pergi Cameron Hghland bersama keluarga, saja nak bercuti tempat sejuk. Ke esokan harinya sebaik sahaja aku nak turun ke Ipoh terima panggilan dari Kak Yong panggilan manja untuk anak buah aku dari Kuala Lumpur anak abang aku yang duduk Melaka kata nak pergi rumah.Kelam kabut juga aku dibuatnya tetapi aku dan sampai dirumah jam 9.00 malam dan Kak Yong bersama suaminya Zairul sampai jam 10.00 malam sempat juga le aku dan isteri kemas rumah.
Hari ini sabtu pula abang aku yang Seremban pula nak datang kerana beliau dah pun berada di Penang sejak hari khamis lagi bercuti bersama keluarga dan menantunya yang baru berkhawin dua minggu lepas. Kebetulan aku bekerja hari ini ada special function kat Bukit Mertajam. Beli lauk sahaja untuk jamu tetamu kerana isteri tak sempat nak masak kerana anak kecil aku tak sihat, sentiasa meragam dan tak mahu berenggang dengan emaknya. Beli ikan masak kari, ayam goreng, terung masak patri dan sedikit ikan kering goreng.
Sebaik sahaja aku nak sampai rumah aku talipon abang aku nak tahu beliau ada kat mana dan aku akan tunggu le, rupanya dah ada kat tol Kepala Batas jadi aku suruh dia tunggulah di simpang nak kerumah aku tu. Sampai ditol abang aku dah tunggu dan terus bawa kerumah.
Abang aku dan keluarga makan tengahari di rumah aku tetapi tak sempatlah nak merasa masakan isteri aku. Walau bagaimana pun sempat jugalah isteri aku buat sambal belacan dan ulam-ulam ynag menjadi kegemaran keluarga abang aku padahal aku bukannya makan sambal belacan. Kalau tak ada tetamu memang sambal belacan tak naik le kat rumah aku ini. selepas makan dan berehat mereka bertolak ke Seremban.
Minggu depan ada lagi tetamu yang nak datang. Abang aku yang duduk kat Melaka pula nak datang. Macam biasalah mereka tu, kalau datang akan bermalam dirumah aku kemudian akan ke Pulau Langkawi pula untuk bercuti rehat kemudian singgah satu malam kemudian akan mengakhiri cutinya ke Cameron Highland yang menjadi satu kemestian untuk kelurga abang aku yang Melaka ini. Tak ada plan nak jamu mereka dengan masakan apa . Keluarga kakak yang Manjung aku jamu dengan Steam Boat, yang seremban lauk kedai je, yang Melaka ini nak jamu mereka dengan apa pula. Tunggu dan lihat cerita seterusnya. Aku terima dengan besar hati kerana lebih banyak tetamu datang lebih banyak keberkatan yang dibawanya.

3 comments:

Unknown said...

a very busy month for you this time around i guess...

bukan orang pinkish said...

kakyong berdue je ke dgn abg zairul pegi rumah pak tam?ingtkan pegi dgn pak lang sekali..

Anonymous said...

yes ct, Kakyong n her husband. Pak lang will come next week on 20th. Insyaalah.