Thursday, December 25, 2008

KEHIDUPAN: PROTON MPV

Pandangan dari bahagian sisi, agak menarik.

Konsep cara pemasaran yang serupa intai mengintai.


Bahagian belakang







Pandangan dari depan.


Dulu aku dah pun post artikel mengenai Proton Mpv yang lebih mirip kepada Toyota Wish tetapi gambar terbaharu yang ku layari daripada internet menunjukan perubahan yang ketara mengenai Proton Mpv yang akan dilancarkan pada March .2009 Melihat kepada reka bentuknya aku yakin Mpv tersebut akan mendapat sambutan yang baik dari pengguna Malaysia. Seharusnya pihak Proton lebih pro aktif kerana kebanyakan cara promosinya agak ketinggalan yang lebih mirip kepada teka teki. Ini membuatkan pengguna banyak membuat andaian. Berbeza dengan pesaingnya Produa yang lebih kepada sifat terbuka. Tidak perlu kepada cara sorok-sorok atau tutup dan lihat pada lubang. Ini merugikan. Lihat sahaja apa terjadi kepada Savvy dan Gen2. Dalam Proton masih melihat dari lubang kecil pesaingnya dah pun melancarkan model barunya. Pengguna mahukan sifat yang lebih terbuka dan bukan dari mengitai intai lubang kecil. Pastikan kualitinya tinggi dan QC nya tepat . Belajar dari pengalaman yang lampau kerana banyak masaalah yang timbul kerana kejarkan kuantiti maka kualitinya diabaikan.

No comments: