Saturday, May 31, 2008

KEHIDUPAN : SEPETANG DI PANTAI MERDEKA SP

Gambar permandangan diwaktu senja diPantai Merdeka Kuala Muda Sungai Petani. Diambil sekitar jam 6.30 ptg hingga jam 7.15 ptg. Pada 31 may 2008. Photos taken by Zainal Dato Andika Hj. Talib.




KEHIDUPAN : BUAT LAWAK

Jumaat, bos telahpun membuat keputusan untuk close sale awal. Saya masih lagi short lebih kurang Rm7000 setelah rayuan supaya sale yang pending akibat late payment diinvoicekan gagal. walaubagaimana pun masih lagi ada sale yang tidak dikeyin yang boleh menyelamatkan saya.

Alhamdullillah, saya telahpun sampai sasaran 100% ,orang kata cukup-cukup makan tetapi kepuasan tetap ada kerana dalam keadaan kelembapan perniagaan akibat kenaikan kos barang-barang keperluan seharian.

Sebaik sahaja semuanya selesai tiba-tiba terima satu sms dari sahabat saya dari Kuala Lumpur yang berbunyi,

JGN SEDIH......Kita hanya kehilangan Batu Putih, kita ada bnyk lagi batu, Batu Pahat, Batu Gajah, Batu Buruk, Batu 3, Batu 6, Batu Kikir malahan rizab batu kita masih banyak spt batu blok, batu bata, batu nesan, batu ladung, batu sempadan, batu belah batu telangkup, selain dari itu ramai yang ada batu api, batu karang, kepala batu dan hati batu.

TAKKAN TAK BOLEH JAGA BATU MASING2!

Haru betul member aku ni.

KEHIDUPAN : MASUK VS KELUAR


Apabila kita merenungkan masaalah pergelutan didalam parti-parti politik, kita dapati tiada perkataan SETIA didalamnya. Manakan tidak. orang yang dahulunya mengatakan hidup dan matinya hanyalah untuk memperjuangkan parti yang didominasikan orang melayu berikrar akan mempertahankan maruah orang-orang melayu. Tetapi malangnya orang yang serupa juga mengistiharkan keluar parti setelah suaranya ditenggelamkan oleh orang yang dilantiknya sendiri untuk menerajui negara ini.

Yang lebih malangnya ada orang yang telah meludah kepada parti yang dibencinya itu dijilat kembali dengan niat untuk memulihkan apa yang diperjuangkan selama ini. Bagaimana orang yang pernah menyerang, mengutuk dan membuat laporan terhadap musuhnya tiba-tiba berubah haluan dan kembali kepada musuhnya.

Beginilah halnya dalam politik, perkataan SETIA tiada maknanya dan harus dihapuskan didalam perlembagaan parti. Mengapa jadi begitu, adakah setelah kehilangan kuasa dan pengaruh atau perut yang kosong harus diisikan ?

Manakala yang keluar itu apa pula motifnya dan yang masuk semula apakah agendanya tetapi yang menerimanya pula apakah rancangannya?

Bergantung dengan niat masing-masing dan Allah Swt jua yang Maha mengetahui.

Friday, May 30, 2008

KEHIDUPAN : HARD THING

WE NEED A HARDWORK TO BREAK A HARD PILE CONCRETE TO GET THE HARD IRON INSIDE TO EARN HARDMONEY BY DOING HARDJOB. FROM ABOVE.
TO THIS,

TO GET THIS. CAN YOU DO IT? BUT THIS STRONG OLDMAN CAN DO IT AND I SALUTE HIM.


HARDWORK + HARD PILE CONCRETE + HARD IRON + HARDMONEY + HARDJOB = IRON MAN.


I PREFER TO CALL THIS OLDMAN SUPER IRON MAN.



Wednesday, May 28, 2008

KEHIDUPAN : MAKANAN BARAT VS MAKANAN TIMUR

Kebiasannya apabila hari minggu anak-anak akan menyediakan rancangan mereka sendiri. Sudah pasti mereka akan merancang untuk window shopping sekitar Pulau Pinang dan tempat yang menjadi pilihan mereka ialah Queenbay shoppingmall di Bayan Baru.

Untuk mengelakan masaalah parking saya lebih suka ketempat tersebut lebih awal dan kurang kesesakan apabila dibandingkan dengan waktu selepas pukul 2.00 ptg. Menjadi adatnya apabila puas melihat-lihat disekitar shoppingmall akan diakhiri dengan makan di Kentucky Fried Chicken.

Melihatkan gelagat anak-anak mengingatkan saya dizaman kanak-kanak yang langsung tidak berpeluang berbelanja seperti yang ada sekarang. Yang pastinya tidak ada makanan segera pada masa itu. Tempat yang menjadi tumpuan ialah warung-warung mamak yang menjual mee goreng dan rojak.

Kadang-kadang terfikir juga apabila anak-anak makan burger dan ayam goreng yang disertai dengan kentang lenyek dan roti yang dipesan dari kedai makanan segera dengan harga sekitar RM50.00. Jika dibuat perbandingan makan diwarung-warung biasa,dengan RM50.00 tersebut saya dapat membayangkan berjenis-jenis makanan dapat dipesan dan yang pastinya perut kenyang. Sekiranya saya pesan 2 pinggan nasi ayam, 1 laksa ,1 mee kuah, 20 cucuk satay ayam dan 4 minuman serta burger ayam, saya hanya perlu membayar sekitar RM30.00 dan dapat menjimatkan RM20.00.

Tetapi apakan daya selera anak-anak zaman sekarang tidak sama dengan selera kita.

Sunday, May 25, 2008

KEHIDUPAN : MILO IN NEW ZEALAND & CANADA

MILO PACKING IN CANADA 400GM AND 1KG. MILO PACKING IN NEW ZEALAND 350GM AND 600GM. PRICE AT NZ$ 8.95 FOR 350GM AND NZ$ 16.95 FOR 600GM.
MILO RTD FOR CANADA 200ML.

KEHIDUPAN : MILO & MAGGI ROADSHOW AT AFRICA






KEHIDUPAN : FILEM KLASSIK 50 TO 60TIES.

FILEM SOUND OF MUSIC TAHUN 1965 .
FROM RUSSIA WITH LOVE TAHUN 1963.

BEN HUR TAHUN 1959
THE TEN COMMENDMENT 1956. KESEMUA FILEM-FILEM TERSEBUT TELAH DITAYANGKAN DI PAWAGAM DAN TELAH PUN DITONTONI OLEH SAYA DARI UMUR 6TAHUN KE 12 TAHUN.

Saturday, May 24, 2008

KEHIDUPAN : SATURDAY NIGHT FEVER (FILEM 1978)

Hari ini cukup memenatkan dengan aktiviti-aktiviti kerja dan peribadi. Selepas sarapan terus kepejabat Aso untuk menyelesaikan kerja kerja sale bagi hari jumaat tetapi tidak dapat disempurnakan kerana masaalah komputer dipejabat sale, jadi terpaksa ditangguhkan pada petang nanti.
Pandu kereta terus ke Toll Plaza sungai Dua dan kelihatan beberapa officemate telah pun berada di plaza untuk menjalankan aktivi pemberian minuman percuma kepada pengguna toll dari Nestle. Sebanyak 600 peti minuman Nescafe Energo Tongkat Ali perlu diagihkan kepada pengguna dan ia merupakan satu kerja yang memenatkan apatahlagi cuaca yang cukup panas.

Bagaimanapun ia dapat disempurnakan dalam masa tiga jam. Maklumlah minuman percuma tetapi peliknya ada juga yang menolak. Macam-macam kerenah pengguna yang menghiburkan. Setelah selesai tugas pergi keSunway Carnival untuk makan tengahari dengan officemate. Makan di Chicken Rice Shop boss belanja, masing-masing mencerita kerenah -kerenah pengguna toll yang melucukan. Selepas makan terpaksa bergegas semula ke office untuk menyempurnakan kerja-kerja yang tertangguh pada pagi tadi.

Masa pantas berlalu dan jam menunjukan pukul 3.30 ptg terasa cukup letih dan mengantuk. Sebaik saja sampai rumah terus masuk bilik dan tidur sedar-sedar dah pun pukul 6.00ptg. Ada jemputan makan malam dari kawan lama yang dahpun bersara dari Nestle Mr Pang.

Jamuan tersebut adalah meraikan perkhawinan anak perempuan beliau. Oleh kerana beliau menalipon saya terasa malu juga untuk menolak jemputan tersebut. Makan malam tersebut diadakan di Dewan Merdeka Parit Buntar lebih kurang 40 km dari Kepala Batas. Walaupun letih digagahi juga kerana kawan lama.

Saya terpaksa meminta izin untuk balik awal kerana cukup letih dan sampai dirumah lebih kurang pukul 10.00 malam. Niatnya nak lepak dengan member-member lama selepas makan malam tetapi tak larat jadi dibatalkan. Kalau jadi tadi tak tahu balik pukul berapa pulak.

Merujuk kepada poster diatas mengingatkan saya dialam persekolahan semasa tingkatan 4 di PD High School tahun 1978 zaman kegilaan disko stlye John Travolta dalam filem Saturday Night Fever. Menjadi adat sekolah hujung tahun diadakan class parti untuk cuti hujung tahun.
Perancangan awal dibuat dan setiap pelajar dikehendaki membawa makanan untuk disumbangkan pada hari tersebut.

Macam biasa yang pastinya karipap dan bihun goreng menjadi hidangan utama disamping kacang dan minuman berkarbonat. Pergaulan agak bebas dan percampuran lelaki dan perempuan tidak menjadi satu masaalah. Acara kemuncakannya ialah disko dan masing-masing bebas mencari pasangan untuk menari. Apa lagi masing-masing akan meniru gaya John Travolta lah, terhinggut-hinggut sambil menunjukan jari keatas.

Dalam kelas saya ada satu pasangan India yang bercinta dan beliau mahir dalam meniru gaya John Travolta step by step cukup memukaukan serta kehebatan beliau menari. Masing-masing akan mengelilingi pasangan tersebut sambil bersorak-sorak keseronokan.

Tapi masa telah berubah dan kebanyak sekolah hari ini terikat dengan peraturan peraturan yang cukup ketat. Walaupun begitu masaalah sosial dikalangan pelajar lelaki dan perempuan amat ketara sejak kebelakangan ini. Apakah puncanya ? Adakah kerana terdedah dengan teknologi canggih yang mana dunia hanya diujung jari.

Wednesday, May 21, 2008

KEHIDUPAN : WAG THE DOG (FILEM 1997)


Merujuk kepada tajuk diatas mengingatkan saya kepada sebuah drama yang menceritakan kisah white house mengupah seorang pengarah filem untuk membuat propaganda . Beberapa orang banduan yang diupah untuk melakonkan sesuatu kesah yang dibuat didalam studio dengan menggunakan teknik teknik yang canggih bagi mengalihkan perhatian orang ramai daripada scandal Presiden yang mengoncangkan white house.



Saya cuba mencari balik VCD tersebut gagal berkemungkinan tersalah letak atau dipinjam oleh sahabat saya. Ia mengesahkan bagaimana peperangan di Albinia dilakonkan didalam studio dan banduan-banduan yang dipilih dijanjikan kebebasan sebenarnya digunakan untuk dibunuh didalam adegan peperangan Desert Storm.



Kemudian adegan-adegan tersebut disiarkan keseluruh dunia dan Amerika melalui media-media elektronik yang dikuasai oleh pihak-pihak kerajaan Amerika. Adegan-adegan tersebut dibuat begitu teliti dan ia kelihatan seolah-oleh peperangan sedang berlaku. Ia mengambarkan kesungguhan pihak Amerika membantu Albinia



Hakikatnya ia hanya propaganda untuk mengalih pandangan rakyaat tentang sesuatu isu yang melanda. Apakah yang berlaku hari ini juga merupakan satu lakonan untuk menutup kesilapan yang dilakukan oleh pihak pihak tertentu untuk mengalihkan pandangan rakyaat tentang kemelut didalam parti pemerintah sekarang.



Dulu dipuji-puji kini dikeji-keji. Dulu berpeluk-peluk kini dilaga-laga dan dulu disanjung-sanjung kini dikutuk-kutuk.



Ingatlah semasa berkuasa kita lupa kerana ada orang yang memerhatikan tindak tanduk kita agar dijadikan senjata untuk menikam kita dikala tak berkuasa lagi.



Dulu kita mengaibkan orang dan sebelum kita mati kita juga akan diaibkan oleh orang lain pula. Ingatlah dunia sentiasa berpusing.

Monday, May 19, 2008

KEHIDUPAN : LAKONAN.

Hari ini merupakan public holiday, jadi kebanyakan masa dihabiskan dengan melayari internet untuk mencari bahan-bahan yang boleh diblogkan. Kebiasaannya saya akan membaca online paper seperti Star online,Strait time, Sun, Malay mail, Harakah dan Suara Keadilan. Dua akhbar berbahasa Melayu tidak disentuh kerana keraguan dalam meyampaikan beritanya.

Dr. Mahathir melucutkan keahliannya dalam umno, berita disemua akhbar dan menyeru semua ahli umno supaya mengikut langkah beliau. Beliau berkata ini adalah langkah untuk memberi tekanan kepada Abdullah Badawi untuk melepaskan jawatan beliau sebagai Presiden Umno. Ini membuatkan saya tertanya-tanya adakah ini satu lagi lakonan untuk menarik perhatian orang ramai untuk mendapatkan simpati selepas suara beliau tidak lagi dihiraukan.

Ternyatalah sekarang bahawa tiada musuh atau kawan kekal dalam politik. Maka kedengaran suara-suara yang mengutuk dan memuji tindakan beliau. Lantaran itu mereka mereka yang tidak disenaraikan semasa pru 12 akan menyokong dan tersenarai pula mendiamkan diri.

Apa akan terjadi selepas ini adakah umno akan bertahan atau berlakunya rombakan yang besar setelah mengalami tekanan demi tekanan dari ahli-ahli peringkat bawahan yang mahukan perubahan. Masa berdetik dan Pakatan Rakyaat membuat percaturan untuk memerintah. Sabah dan Sarawak mendesak. Apakah tindakan Abdullah Badawi selepas ini , meletak jawatan atau membiarkan takdir menentukannya.

Adakah teori Rahman akan kekal yang huruf N itu menandakan NAZAK nya umno atau N itu menandakan END nya umno ataupun yang lebih tepat sekali adakah NEW GOVERMENT. Suara Najib tidak kedengaran lagi kerana serba salah, Dr M penyokong kuat beliau dan Abdullah adalah bos besarnya.

ALLAH SWT jua yang maha mengetahui. Apa kesudahannya bangsa melayu yang bertelingkah sesama bangsa. Kerana kuasa manusia binasa.

KEHIDUPAN : NARNIA

Ada masa-masanya kita terasa bosan dengan kehidupan ini apatah lagi tidak ada program yang tertentu untuk dibuat. Hari sabtu sepanjang hari berada di Sitiawan melawat kakak disana.

Hari Ahad selepas sarapan isteri terus tanya tak ada progam nak keluar ke hari ini? Lantas saya menjawab ada tetapi tak tahu nak kemana dulu. Kebiasaanya ada dua option keperpustakaan atau ronda-ronda shopping mall disekitar Seberang jaya.

Isteri menanya begitu kerana dia nak mengajar my kids. Semua my kids ni kalau saya ada dirumah mereka tak boleh concentrate so dalam erti kata lain force to go anywhere. So hidupkan injin kereta terus keluar.

Dalam kepala otak tak tahu nak kemana dulu just drive dan fikirkan kemudian. Kebetulan ikut jalan lama dan terus membelok ke Highway Seberang Jaya. Rasa-rasa dah lama tak tengok wayang, jadi belok kiri terus ke Carnival Mall. Kebetulan Ahad tentu ramai orang dan parking pun susah tetapi dah masuk kesitu terus je ketingkat atas cari parking, jumpa just a nice place dekat pintu masuk mall. Ah........ leganya.

Sampai di GSC terpampang poster besar NARNIA PRINCE CASPIAN walaupun cerita budak-budak tetapi lebih baik dari cerita yang bukan -bukan. Cerita boleh tahan dan menghiburkan tetapi tak sebaik dari Narnia yang dulu lebih adventure dan penuh dengan pengembaraan yang mencabar serta pemandangan yang cukup menarik.

Selepas lebih kurang dua jam menontun terus sembahyang zuhor di surau Perpustakaan Seberang Jaya. Masih awal lagi jam menunjukan pukul 3.30 ptg ,nak balik awal lagi so terus ke Carrefour ronda-ronda dengan niat nak beli digital camera tapi tak jadi kerana harga tak berkenan. Lupakan dan next month budget.

Perut dah mula berkeriut baik sembahyang asar dulu dan baru makan. Singgah di Sungai Dua gerai makan yang menjual Char Kue Teow yang terkenal, rasanya taklah sedap sangat tetapi menjadi tumpuan orangramai jadi cuba je. Selepas makan jumpa member digerai buah terus tanya seorang je ke? Saya hanya mengangguk dan terus member menjawab senangnya awak boleh keluar sorang-sorang bebas rasanya.

Tapi dalam hati saya menjawab bebas, dia tak tahu saya ni dipaksa keluar rumah. Kalau boleh nak duduk rumah je kerana dah bosan keluar hari-hari kena jumpa bermacam-macam ragam manusia dalam urusan kerja seharian.

Sebaik saja beli buah pisang terus balik dan nak buat rancangan nak keluar mana hari Isnin ni kerana cuti umum wesak day.

Sunday, May 18, 2008

KEHIDUPAN : IKLAN DULU-DULU.

Sebagai peminat barang antik apa jua bahan yang saya rasa boleh mengembalikan kenangan lama yang didapati dari laman web akan dikongsi bersama. Walaupun saya ini bukanlah perokok yang kekal tetapi pernah merokok dengan jenama ini tanpa filter.



Salah satu minuman yang menjadi kegemaran saya satu masa dahulu. Botolnya kecil sahaja.
harga dalam 30 cent sebotol. Sekitar tahun 60ties to 70ties.




Coke dahulu ada dua version. Satu botol kecil dan besar. Botol kecil $0.15cent dan besar $ 0.30. Semasa darjah dua dan tiga simpan 0.15cent just to buy this small bottle of coke. Satu hari emak bagi 0.20 cent. 0.05cent makan mee goreng dan 0.15cent to buy coke.

Consider barang minuman mewah. Setiap kali ada school sport minuman berkarbonat akan disediakan untuk tetamu yang hadir especially vvip. Orange F&N. Botol kecil dalam peti kayu.