Monday, May 19, 2008

KEHIDUPAN : NARNIA

Ada masa-masanya kita terasa bosan dengan kehidupan ini apatah lagi tidak ada program yang tertentu untuk dibuat. Hari sabtu sepanjang hari berada di Sitiawan melawat kakak disana.

Hari Ahad selepas sarapan isteri terus tanya tak ada progam nak keluar ke hari ini? Lantas saya menjawab ada tetapi tak tahu nak kemana dulu. Kebiasaanya ada dua option keperpustakaan atau ronda-ronda shopping mall disekitar Seberang jaya.

Isteri menanya begitu kerana dia nak mengajar my kids. Semua my kids ni kalau saya ada dirumah mereka tak boleh concentrate so dalam erti kata lain force to go anywhere. So hidupkan injin kereta terus keluar.

Dalam kepala otak tak tahu nak kemana dulu just drive dan fikirkan kemudian. Kebetulan ikut jalan lama dan terus membelok ke Highway Seberang Jaya. Rasa-rasa dah lama tak tengok wayang, jadi belok kiri terus ke Carnival Mall. Kebetulan Ahad tentu ramai orang dan parking pun susah tetapi dah masuk kesitu terus je ketingkat atas cari parking, jumpa just a nice place dekat pintu masuk mall. Ah........ leganya.

Sampai di GSC terpampang poster besar NARNIA PRINCE CASPIAN walaupun cerita budak-budak tetapi lebih baik dari cerita yang bukan -bukan. Cerita boleh tahan dan menghiburkan tetapi tak sebaik dari Narnia yang dulu lebih adventure dan penuh dengan pengembaraan yang mencabar serta pemandangan yang cukup menarik.

Selepas lebih kurang dua jam menontun terus sembahyang zuhor di surau Perpustakaan Seberang Jaya. Masih awal lagi jam menunjukan pukul 3.30 ptg ,nak balik awal lagi so terus ke Carrefour ronda-ronda dengan niat nak beli digital camera tapi tak jadi kerana harga tak berkenan. Lupakan dan next month budget.

Perut dah mula berkeriut baik sembahyang asar dulu dan baru makan. Singgah di Sungai Dua gerai makan yang menjual Char Kue Teow yang terkenal, rasanya taklah sedap sangat tetapi menjadi tumpuan orangramai jadi cuba je. Selepas makan jumpa member digerai buah terus tanya seorang je ke? Saya hanya mengangguk dan terus member menjawab senangnya awak boleh keluar sorang-sorang bebas rasanya.

Tapi dalam hati saya menjawab bebas, dia tak tahu saya ni dipaksa keluar rumah. Kalau boleh nak duduk rumah je kerana dah bosan keluar hari-hari kena jumpa bermacam-macam ragam manusia dalam urusan kerja seharian.

Sebaik saja beli buah pisang terus balik dan nak buat rancangan nak keluar mana hari Isnin ni kerana cuti umum wesak day.

1 comment:

Unknown said...

wished i have time like you,unfortunately schedule too tight.even forgotten when was the last time i entered a cineplex.