Saturday, May 17, 2008

KEHIDUPAN : ASOBIAH DALAM ISLAM

Kuliah subuh disurau Muttaqqin Bandar Putra Bertam yang sepatutnya disampaikan oleh Ust. Johari tidak hadir, lantas para jemaah menyuruh Prof. Madya Dr. Roslan selaku pengerusi surau untuk menyampaikan taskirah beliau yang menarik perhatian saya. Beliau membincangkan bagaimana kemunduran orang Islam apabila mereka ini mempunyai sifat absobiah dalam menjalani urusan agama.


Sebagaimana yang kita tahu bahawa Allah SWT telah menghantar utusan beliau iaitu Nabi Muhammad SAW untuk rahmat seluruh alam. Kalau kita mengkaji semula sejarah Islam dizaman Nabi SAW kita dapati para sahabat itu adalah dikalangan berbilang bangsa dan kaum dari berbagai negara disekitar negara Arab.


Oleh itu sesiapa juga ,apa jua bangsanya atau keturunannya apabila ia memegang panji-panji Islam sebagaimana yang dibawa oleh Nabi SAW maka kita akan mengikutinya. Tetapi malangnya hari ini apabila Islam itu diabsobiahkan mengikut bangsa maka disitulah berlakunya kemunduran orang Islam itu sendiri. Padahal Islam itu adalah untuk semua bangsa dan kaum.


Apabila sistem Islam itu diikuti sebagaimana yang dibawa oleh Nabi SAW kita maka semua kaum atau bangsa mempunyai hak dibawah undang-undang Islam. Walaupun sesuatu kaum atau bangsa itu tidak memeluk agama Islam tetapi dia akan dilindungi. Bersesuaian dengan Islam itu adalah untuk rahmat seluruh alam.


Masaalahnya sekarang apabila Islam itu dimelayukan dan pandangan kaum lain melihat bahawa melayu itulah Islam kerana akhlak dan tingkah laku Melayu itu sendiri menyebabkan terhalangnya kaum lain untuk mendalami Islam.


Oleh itu jalan keluar kepada permasaalahan tersebut adalah kita kembali kepada ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW kita dimana sesiapapun yang memegang panji-panji Islam samada ia dari kaum Arab ataupun dari kaum Ajam wajib taat.


Tidak mustahil satu masa nanti pemimpin kita akan datang dari kaum selain Melayu mungkin kaum Cina atau India yang mempunyai kefahaman Ilmu Islamnya yang lebih hebat dan membawa kepada Rahmat untuk Malaysia ini. Pada hari ini pun telah lahir Ilmuan Islam dari kaum India dan cina yang asalnya mereka ini bukanlah Islam tetapi mendapat hidayah dan petunjuk dari ALLAH SWT .

2 comments:

Unknown said...

for me, siapa yang memimpin is secondary but what is important ialah apa yang di pimpin tu betul or salah....

Anonymous said...

Terpulanglah kepada kita yang menentukannya. Plihian dibuat setiap empat tahun. Biak buruknya terletak kepada siapa yang kita pilih. Untuk kesenangan didunia pilahlah orang yang bercakaran untuk merebut dunia tetapi untuk keselamatan didunia dan akhirat pilihlah orang yang mempunyai kekuatan pegangan agama.