Saturday, May 24, 2008

KEHIDUPAN : SATURDAY NIGHT FEVER (FILEM 1978)

Hari ini cukup memenatkan dengan aktiviti-aktiviti kerja dan peribadi. Selepas sarapan terus kepejabat Aso untuk menyelesaikan kerja kerja sale bagi hari jumaat tetapi tidak dapat disempurnakan kerana masaalah komputer dipejabat sale, jadi terpaksa ditangguhkan pada petang nanti.
Pandu kereta terus ke Toll Plaza sungai Dua dan kelihatan beberapa officemate telah pun berada di plaza untuk menjalankan aktivi pemberian minuman percuma kepada pengguna toll dari Nestle. Sebanyak 600 peti minuman Nescafe Energo Tongkat Ali perlu diagihkan kepada pengguna dan ia merupakan satu kerja yang memenatkan apatahlagi cuaca yang cukup panas.

Bagaimanapun ia dapat disempurnakan dalam masa tiga jam. Maklumlah minuman percuma tetapi peliknya ada juga yang menolak. Macam-macam kerenah pengguna yang menghiburkan. Setelah selesai tugas pergi keSunway Carnival untuk makan tengahari dengan officemate. Makan di Chicken Rice Shop boss belanja, masing-masing mencerita kerenah -kerenah pengguna toll yang melucukan. Selepas makan terpaksa bergegas semula ke office untuk menyempurnakan kerja-kerja yang tertangguh pada pagi tadi.

Masa pantas berlalu dan jam menunjukan pukul 3.30 ptg terasa cukup letih dan mengantuk. Sebaik saja sampai rumah terus masuk bilik dan tidur sedar-sedar dah pun pukul 6.00ptg. Ada jemputan makan malam dari kawan lama yang dahpun bersara dari Nestle Mr Pang.

Jamuan tersebut adalah meraikan perkhawinan anak perempuan beliau. Oleh kerana beliau menalipon saya terasa malu juga untuk menolak jemputan tersebut. Makan malam tersebut diadakan di Dewan Merdeka Parit Buntar lebih kurang 40 km dari Kepala Batas. Walaupun letih digagahi juga kerana kawan lama.

Saya terpaksa meminta izin untuk balik awal kerana cukup letih dan sampai dirumah lebih kurang pukul 10.00 malam. Niatnya nak lepak dengan member-member lama selepas makan malam tetapi tak larat jadi dibatalkan. Kalau jadi tadi tak tahu balik pukul berapa pulak.

Merujuk kepada poster diatas mengingatkan saya dialam persekolahan semasa tingkatan 4 di PD High School tahun 1978 zaman kegilaan disko stlye John Travolta dalam filem Saturday Night Fever. Menjadi adat sekolah hujung tahun diadakan class parti untuk cuti hujung tahun.
Perancangan awal dibuat dan setiap pelajar dikehendaki membawa makanan untuk disumbangkan pada hari tersebut.

Macam biasa yang pastinya karipap dan bihun goreng menjadi hidangan utama disamping kacang dan minuman berkarbonat. Pergaulan agak bebas dan percampuran lelaki dan perempuan tidak menjadi satu masaalah. Acara kemuncakannya ialah disko dan masing-masing bebas mencari pasangan untuk menari. Apa lagi masing-masing akan meniru gaya John Travolta lah, terhinggut-hinggut sambil menunjukan jari keatas.

Dalam kelas saya ada satu pasangan India yang bercinta dan beliau mahir dalam meniru gaya John Travolta step by step cukup memukaukan serta kehebatan beliau menari. Masing-masing akan mengelilingi pasangan tersebut sambil bersorak-sorak keseronokan.

Tapi masa telah berubah dan kebanyak sekolah hari ini terikat dengan peraturan peraturan yang cukup ketat. Walaupun begitu masaalah sosial dikalangan pelajar lelaki dan perempuan amat ketara sejak kebelakangan ini. Apakah puncanya ? Adakah kerana terdedah dengan teknologi canggih yang mana dunia hanya diujung jari.

1 comment:

Unknown said...

tell lah the story which u half way told me before (the secret yang u tak pernah tell to anyone dulu) i'm still waiting for your continuation of the story....