Saturday, May 3, 2008

KEHIDUPAN : PENERBANGAN PERTAMA.

Semester kedua tahun 1984 tidak ada rancangan lansung nak ke Brunei tetapi kalau dah rezeki manakan boleh ditolak. Asalnya saya ke ITM hanyalah untuk menyemak English Paper tetapi bertemu dengan saudara Badrul kawan baik saya disana.

Zainal nak ke Brunei tak? Tanya Bad.

gurau ke ni, tak jawab Bad.

U ada RM10. Saya jawab ada dan nak buat apa? Engkau ikut je aku ke office school dan daftar nama kau disana. Mereka sedang mencari semua student punya house phone number untuk contact ke Brunei. Selepas mendaftar saya diarahkan mengikut saudara Bad ke pejabat Immigration untuk membuat passport terhad untuk satu perjalanan ke Brunei Darul Salam.

Macam tak percaya hakikatnya saya akan bertolak ke Brunei lagi dua hari. Sebagaimana yang dijanjikan kami berkumpul di Hotcat School dan dibawa dengan bas ke Lapangan Terbang AntaraBangsa Subang.

Sebaik saja sampai diAirport kami diberi boarding pass dan seat no. untuk penerbangan Royal Brunei ke Sri Begawan Brunei Darulassalam

Dalam penerbangan sebaik saja kapten memberi arahan boleh menanggalkan seat belt punyalah jakun maklumlah pertama kali naik flight berjalan keulu kehilir didalam kapalterbang sambil menunggu paramugari menghidangkan makanan.

Kapal terbang boeing 737 tu dipenuhi oleh student Hot Cat seramai seratus orang kesemuanya.Jadi perasaan malu tu tak le terasa. Kemungkinan paramugari pening kepala melihat kelagat student ITM.

Merokok ketika itu dibenarkan didalam penerbangan dan kebetulan rokok disediakan percuma dengan jenama Rothman King Size. Apa lagi berasap satu kapal terbang.

Bergambar didalam penerbangan pekara biasa tapi malangnya tidak ada satu gambar pun dalam simpanan saya pada masa ini.

Perjalanan mengambil masa selama hampir dua jam dan selamat tiba di Sri Begawan Airport. Sampai disana setelah selesai urusan kastam dan lain-lain ,beberapa buah bas telah menunggu dihadapan Airport untuk dihantar ke Istana Nurul Iman sultan Brunei sebagai Waiter sempena menyambut Hari Kemerdekaan Brunei dari jajahan British pada tahun 1984.

Macam tak percaya dengan RM 10 saya dah pun menjejakan kaki keoversea yang pertama. Lain lain keperluan makanan dan tempat penginapan disediakan dengan percuma oleh pihak penganjur iaitu Shereton Hotel Group.

2 comments:

Unknown said...

how come i didn't know abouit this trip ye? sounds fun..

Unknown said...

Teringat aku. Punya lah bising mamat mamat ni semua dalam kapalterbang. Maklumlah first time. Balik ramai yang curi fork & spoon, gold plated dari istana. Immigresen pulak boleh scan. Muka selamba je........
A very nice trip. Thank you Zainal for reminding us the great experience!