Saturday, May 31, 2008

KEHIDUPAN : BUAT LAWAK

Jumaat, bos telahpun membuat keputusan untuk close sale awal. Saya masih lagi short lebih kurang Rm7000 setelah rayuan supaya sale yang pending akibat late payment diinvoicekan gagal. walaubagaimana pun masih lagi ada sale yang tidak dikeyin yang boleh menyelamatkan saya.

Alhamdullillah, saya telahpun sampai sasaran 100% ,orang kata cukup-cukup makan tetapi kepuasan tetap ada kerana dalam keadaan kelembapan perniagaan akibat kenaikan kos barang-barang keperluan seharian.

Sebaik sahaja semuanya selesai tiba-tiba terima satu sms dari sahabat saya dari Kuala Lumpur yang berbunyi,

JGN SEDIH......Kita hanya kehilangan Batu Putih, kita ada bnyk lagi batu, Batu Pahat, Batu Gajah, Batu Buruk, Batu 3, Batu 6, Batu Kikir malahan rizab batu kita masih banyak spt batu blok, batu bata, batu nesan, batu ladung, batu sempadan, batu belah batu telangkup, selain dari itu ramai yang ada batu api, batu karang, kepala batu dan hati batu.

TAKKAN TAK BOLEH JAGA BATU MASING2!

Haru betul member aku ni.

No comments: