Wednesday, May 21, 2008

KEHIDUPAN : WAG THE DOG (FILEM 1997)


Merujuk kepada tajuk diatas mengingatkan saya kepada sebuah drama yang menceritakan kisah white house mengupah seorang pengarah filem untuk membuat propaganda . Beberapa orang banduan yang diupah untuk melakonkan sesuatu kesah yang dibuat didalam studio dengan menggunakan teknik teknik yang canggih bagi mengalihkan perhatian orang ramai daripada scandal Presiden yang mengoncangkan white house.



Saya cuba mencari balik VCD tersebut gagal berkemungkinan tersalah letak atau dipinjam oleh sahabat saya. Ia mengesahkan bagaimana peperangan di Albinia dilakonkan didalam studio dan banduan-banduan yang dipilih dijanjikan kebebasan sebenarnya digunakan untuk dibunuh didalam adegan peperangan Desert Storm.



Kemudian adegan-adegan tersebut disiarkan keseluruh dunia dan Amerika melalui media-media elektronik yang dikuasai oleh pihak-pihak kerajaan Amerika. Adegan-adegan tersebut dibuat begitu teliti dan ia kelihatan seolah-oleh peperangan sedang berlaku. Ia mengambarkan kesungguhan pihak Amerika membantu Albinia



Hakikatnya ia hanya propaganda untuk mengalih pandangan rakyaat tentang sesuatu isu yang melanda. Apakah yang berlaku hari ini juga merupakan satu lakonan untuk menutup kesilapan yang dilakukan oleh pihak pihak tertentu untuk mengalihkan pandangan rakyaat tentang kemelut didalam parti pemerintah sekarang.



Dulu dipuji-puji kini dikeji-keji. Dulu berpeluk-peluk kini dilaga-laga dan dulu disanjung-sanjung kini dikutuk-kutuk.



Ingatlah semasa berkuasa kita lupa kerana ada orang yang memerhatikan tindak tanduk kita agar dijadikan senjata untuk menikam kita dikala tak berkuasa lagi.



Dulu kita mengaibkan orang dan sebelum kita mati kita juga akan diaibkan oleh orang lain pula. Ingatlah dunia sentiasa berpusing.

No comments: