Monday, May 19, 2008

KEHIDUPAN : LAKONAN.

Hari ini merupakan public holiday, jadi kebanyakan masa dihabiskan dengan melayari internet untuk mencari bahan-bahan yang boleh diblogkan. Kebiasaannya saya akan membaca online paper seperti Star online,Strait time, Sun, Malay mail, Harakah dan Suara Keadilan. Dua akhbar berbahasa Melayu tidak disentuh kerana keraguan dalam meyampaikan beritanya.

Dr. Mahathir melucutkan keahliannya dalam umno, berita disemua akhbar dan menyeru semua ahli umno supaya mengikut langkah beliau. Beliau berkata ini adalah langkah untuk memberi tekanan kepada Abdullah Badawi untuk melepaskan jawatan beliau sebagai Presiden Umno. Ini membuatkan saya tertanya-tanya adakah ini satu lagi lakonan untuk menarik perhatian orang ramai untuk mendapatkan simpati selepas suara beliau tidak lagi dihiraukan.

Ternyatalah sekarang bahawa tiada musuh atau kawan kekal dalam politik. Maka kedengaran suara-suara yang mengutuk dan memuji tindakan beliau. Lantaran itu mereka mereka yang tidak disenaraikan semasa pru 12 akan menyokong dan tersenarai pula mendiamkan diri.

Apa akan terjadi selepas ini adakah umno akan bertahan atau berlakunya rombakan yang besar setelah mengalami tekanan demi tekanan dari ahli-ahli peringkat bawahan yang mahukan perubahan. Masa berdetik dan Pakatan Rakyaat membuat percaturan untuk memerintah. Sabah dan Sarawak mendesak. Apakah tindakan Abdullah Badawi selepas ini , meletak jawatan atau membiarkan takdir menentukannya.

Adakah teori Rahman akan kekal yang huruf N itu menandakan NAZAK nya umno atau N itu menandakan END nya umno ataupun yang lebih tepat sekali adakah NEW GOVERMENT. Suara Najib tidak kedengaran lagi kerana serba salah, Dr M penyokong kuat beliau dan Abdullah adalah bos besarnya.

ALLAH SWT jua yang maha mengetahui. Apa kesudahannya bangsa melayu yang bertelingkah sesama bangsa. Kerana kuasa manusia binasa.

No comments: