Saturday, May 3, 2008

KEHIDUPAN : ISTANA NURUL IMAN

Pandangan istana dari udara.



Tidak pernah termimpi satu hari saya akan menjejakkan kaki didalam Istana Nurul Iman yang terbesar didunia. Ia merupakan kediaman rasmi Sultan Brunei dan ia mempunyai 1788 bilik dan tiga tingkat dibawah tanah hanya untuk menyimpan koleksi kereta-kereta mewah yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat pengeluar kereta ternama.






Sebaik sahaja sampai diAirport ,bas persiaran telah pun menunggu untuk membawa semua pelajar ITM keIstana untuk lawatan singkat sebelum memulakan tugas sebagai waiter Istana selama seminggu. Kami dibawa kedewan santapan diraja yang terdiri dari tiga bahagian . Dewan utama yang tertutup untuk VVIP dan para jemputan diRaja sahaja manakala Dua dewan yang dihadapan dibahagi dua dan ditengah-tengahnya terdapat satu padang untuk stageshow. Sebagaimana yang kita lihat gerbangnya dibuat dari Emas 24k dan begitu juga dengan lampu-lampu chandiliernya dari kristal bersalut emas.






Istana ini juga mempunyai bilik air VVIP dan diRaja yang berkilau dan gold plated. Cukup mewah dan dah tentu perbelanjaan untuk membinanya melebihi bilion brunei dollar. Walaupun lawatan yang singkat dan hanya tempat tempat yang tertentu sahaja yang dibenarkan melawat tetapi kemewahannya terserlah.






Selesai lawatan terus ke bilik tempahan pakaian untuk waiter yang dibuat disitu. Ukuran baju dibuat dan akan siap pada keesokan harinya. Kebanyakanya pekerjanya terdiri dari orang orang Filipina dan orang tempatan hanyalah tentera-tentera diRaja Brunei.





Jamuan yang akan diadakan selama tiga hari terbahagi kepada:



Hari pertama untuk semua anak anak yatim dari seluruh rumah anak yatim diBrunei yang dijemput dengan kereta mewah merc. diRaja.



Hari kedua untuk rakyaat jelata dari seluruh Brunei.



Hari ketiga untuk tetamu terhormat dari seluruh dunia yang terdiri dari Raja-Raja dan pembesar penbesar dunia yang dijemput khas.



Walaupun penat tetapi terasa kepuasan berkerja disana. Hari terakhir dibawa melawat Brunei dan Brunei bukanlah tempat membeli belah. Kebanyakannya masyarakat Brunei akan bershopping samada diMalaysia,Singapura dan London. Cukup mewah dan no incometax.





No comments: