Wednesday, May 28, 2008

KEHIDUPAN : MAKANAN BARAT VS MAKANAN TIMUR

Kebiasannya apabila hari minggu anak-anak akan menyediakan rancangan mereka sendiri. Sudah pasti mereka akan merancang untuk window shopping sekitar Pulau Pinang dan tempat yang menjadi pilihan mereka ialah Queenbay shoppingmall di Bayan Baru.

Untuk mengelakan masaalah parking saya lebih suka ketempat tersebut lebih awal dan kurang kesesakan apabila dibandingkan dengan waktu selepas pukul 2.00 ptg. Menjadi adatnya apabila puas melihat-lihat disekitar shoppingmall akan diakhiri dengan makan di Kentucky Fried Chicken.

Melihatkan gelagat anak-anak mengingatkan saya dizaman kanak-kanak yang langsung tidak berpeluang berbelanja seperti yang ada sekarang. Yang pastinya tidak ada makanan segera pada masa itu. Tempat yang menjadi tumpuan ialah warung-warung mamak yang menjual mee goreng dan rojak.

Kadang-kadang terfikir juga apabila anak-anak makan burger dan ayam goreng yang disertai dengan kentang lenyek dan roti yang dipesan dari kedai makanan segera dengan harga sekitar RM50.00. Jika dibuat perbandingan makan diwarung-warung biasa,dengan RM50.00 tersebut saya dapat membayangkan berjenis-jenis makanan dapat dipesan dan yang pastinya perut kenyang. Sekiranya saya pesan 2 pinggan nasi ayam, 1 laksa ,1 mee kuah, 20 cucuk satay ayam dan 4 minuman serta burger ayam, saya hanya perlu membayar sekitar RM30.00 dan dapat menjimatkan RM20.00.

Tetapi apakan daya selera anak-anak zaman sekarang tidak sama dengan selera kita.

1 comment:

Unknown said...

teringat aku masa kat ITM. Ada duit Pak Tam belanja aku. Bila aku ada duit pulak aku belanja dia makan....

Rasa rasanya walaupun susah masa tu tak rasa susah langsung. Tetap happy je macam anak anak kita hari ini.