Monday, May 5, 2008

KEHIDUPAN : SIBU SARAWAK



Sebaik sahaja sampai diKucing terus menaiki penerbangan keSibu yang telahpun menunggu di landasan kapalterbang Kucing International Airport. Dari Boeing 737 tukar ke Fokker bergegar semasa takeoff ,banyakan berdoa semoga selamat sampai. Hanya sarapan ringkas sahaja yang disediakan. Penerbangan mengambil masa lebih kurang satu jam. Kelihatan permandangan bandar Sibu dari udara.



Sebuah perkampungan di bandar Sibu. Salah satu perkampungan yang dilawati semasa disana. Bandar kecil yang dilawati termasuklah seratok dan pusa. Dari Seratok kami menaiki sampan berengin yang paras airnya sama dengan sampan. Dari anak sungai yang kecil sampai kesungai yang besar. Kena banyak tawakal. Banyak buaya. Semasa naik sampan semuanya senyap dan banyak berzikir kerana seriau.........kata orang penang.Destinasi kami ke Pusa.


Pintu gerbang dibandar Sibu. Kebanyakan lawatan saya meliputi kawasan penduduk melayu Sarawak yang banyak dipinggir sungai. Ramah dan suka melayan tetamu yang datang dari jauh. Makanan istimewa adalah ummai yang diperbuat dari ikan mentah yang digaul dengan asam limau. Ikan salai terutamanya terubuk dan ikan bulu banyak disini. Tak beli apa pun yang dibawa balik hanyalah sirap delima yang susah didapati disemenanjung Malaysia.



Permandangan dari udara sungai Rejang di Sibu Sarawak. Ia merupakan salah satu perhubungan yang penting disarawak. Kebanyakan masyarakat melayu Sarawak duduk dipinggir sungai. Maka bot bot laju merupakan pengangkutan yang penting untuk menghubungkan bandar bandar disepanjang sungai Rejang. Manakala masyarakat Iban kebanyakanya mendiami kawasan perdalaman dan ada yang tidak dapat dihubungi melalui sungai dan jalanraya. Pengangkutan utama adalah kapalterbang kecil dan helikopter. Pernah terjun dalam sungai ini semasa melawat salah sebuah kampung dipinggir sungai rejang. Takut juga kalau kalau bertembung dengan sang buaya. Buat selamba je kerana orang kampung pun mandi disitu juga. Airnya masaallah keruh macam teh tarik.




Roundabout yang berhampiran dengan Lapangan terbang Sibu yang diambil melalui tingkap Fokker. Lega rasanya apabila kapten memberitahu kita akan mendarat sekarang. Kata orang semasa landing lagi bahaya. Duduk diam dan bacalah apa apa ayat yang ingat.





Permandangan diluar ruang utama Lapangan Terbang Sibu.






Gambar Fokker. Bunyi kipas yang kuat dan agak bergegar semasa takeoff dan landing. Tetapi ia merupakan satu pengalaman yang tidak mudah dilupakan. Balik keKucing menaiki Boeing 737.



Airbriged di Lapangan Terbang Sibu. Kelihatan ground crew siap sedia dengan pendaratan fokker untuk kerja kerja pemunggahan beg dan barang-barang.







No comments: