Sunday, November 30, 2008

KEHIDUPAN: MELAKA

Pagi ini ada rancangan nak keMelaka kerana isteri nak ajak aku pergi ronda-ronda disana. Beliau kata selalu pergi Melaka tapi tak pernah bawanya ronda-ronda, malu alah rasanya kerana betul cakapnya juga. Setiap kali kesana terus kerumah abang ditaman Merdeka kemudian keesokan harinya pulang kepenang. Jadi mahu tak mahu kena bawa jugalah nampaknya.

Aku bukan apa yang paling aku malas nak ronda-ronda tu masaalah jam dibandar Melaka specially kalau hari cuti sekolah macam ini. Penat nak cari parking. Bukan apa itu mungkin satu alasan sahaja yang sebenarnya aku malas nak bawa kerana dah letih long distancekan tetapi hari ini nampaknya aku kena mengalahlah sedikit. Sekali-sekali kena bawa mereka ronda jugalah. Anak sulong aku ada diMelaka dengan pak langnya, ikut semalam selepas hadiri majlis perkhawinan anak abang diSeremban kemudian kakak aku yang ikut aku dari Sik pula keJohor Bahru ikut adik aku jadi aku kena ambil mereka kat Melaka sebelum pulang kePenang.
Nak siap-siap keMelaka ni so niat nak bawa mereka kat Zoo Melaka, Mini Malaysia dan bandar Melaka kemudian baru kerumah rumah abang aku kat Taman Merdeka. All photos i will post it in my blog once i reach Penang. Need lots of work to do cos all my photo need to edit before post it. See you later with alots of photos.

Saturday, November 29, 2008

KEHIDUPAN : PORT DICKSON

Alhamdulillah dapat juga aku update, aku punya blogs walaupun berada diPD. Sebenarnya banyak cerita yang nak diberitahu tetapi sayangnya tak dapat lampirkan gambar-gambar yang aku snap dimajlis perkhawinan anak abang aku diSeremban. Walaubagaimana pun aku akan load gambar tersebut sebaik sahaja kembali keButterworth. Untuk maklumat pembaca aku sampai diPD jam 2.00 pagi setelah bertolak dari Butterwort jam 6.30ptg. Semuanya selamat.Sepanjang perjalanan hujan turun dengan lebatnya.
Terima kasih kat anak buah aku kerana beri pinjam laptop untuk aku update blog aku. Jumpa lagi.

Friday, November 28, 2008

KEHIDUPAN: CERMIN MATA BARU

Cermin mata terbaru aku untuk kegunaan dirumah dan komputer. Harga RM99.00 sahaja. Old fashion sedikit le kerana murah.


khusus untuk buat blog sahaja...........................

Thursday, November 27, 2008

KEHIDUPAN : PISANG BERBUAH DUA KALI!

Pokok pisang ini dah lama aku perhatikan dibelakang office, yang istimewanya ianya berbuah ditempat bahagian yang dicantas. Cuba perhatikan betul-betul kedudukan buah pisang tersebut.

Pisang ini dikenali dengan nama pisang seratus hari. Rasanya macam pisang berangan tetapi tidak tahan lama. Sebaik sahaja masak kekuningan baik terus makan kerana kalau dibiarkan semalaman akan berair dan lembek.


Ajaib tak, begitulah kehendak Allah swt.

Wednesday, November 26, 2008

KEHIDUPAN : CERMIN MATA

Semalam bersama keluarga membeli belah untuk keperluan dapur di Tesco Extra Seberang Jaya selepas maghrib. Walaupun terpaksa hadiri mesyuarat dipejabat tetapi Alhamdullillah mesyuarat dapat diselesaikan jam 6.30 ptg, seperti biasa lepas mesyuarat, makan dan terus bergegas pulang kerumah. Anak isteri dah pun mennunggu, sembahyang dan terus bertolak ke Tesco Extra yang terletak lebih kurang 16km dari rumah. Sebelum masuk keTesco singgah dulu di Focus Point dan dalam hati memang ada niat untuk tempah cermin mata tetapi harganya tidak berkenan dihati. Kalau boleh nak cari harga yang dalam sekitar seratus ringgit sahaja kerana dah serik buat cermin mata yang mahal.


Cermin mata yang pertama dulu apabila mencecah umur 40 tahun hanya bertahan untuk satu hari sahaja kerana salah letak lalu dicapai oleh anak kecil aku lalu dipatahkannya. Putih mata rasanya kerana harga yang dibuat mencecah RM600.00 dan berbingkaikan tantinium apatah lagi dibuat semasa bekerja di Teluk Intan. Semenjak itu tidak pernah buat cermin mata yang melebihi satu ratus ringgit kerana tidak berbaloi.


Memang stail aku buat cermin mata banyak kerana satu untuk kerja, satu untuk komputer dan rumah manakala satu lagi khusus untuk ditinggalkan dekat surau untuk kemudahan aku untuk membaca Al quran dan Kitab Taklim tiap-tiap subuh. Sekarang ini cermin mata yang dibeli untuk mengantikan yang dirumah untuk kegunaan komputer kerana dah patah tetapi masih lagi boleh digunakan dengan menggamkan pada bingkainya. Jadi yang dirumah akan diletak disurau kerana disurau juga bingkainya dah patah. Berbaloi pun kerana buat murah dan pakai lama.


Macam biasalah bila dikedai kita ambil yang paling murah di Focus Point tetapi sale rep akan pujuk kita ambil yang mahal dengan bermacam- macam alasan untuk sampaikan target tetapi tak makan pujuk kerana tetap beli cermin mata yang harga sekitar seratus ringgit SAHAJA. Maklumlah kalau dah murah tu tentulah fesyennya pun agak ketinggalan tetapi tak apa yang penting boleh pakai. Nak stail apa dah tua pun. Boleh tengok dan baca pun dah baik tetapi yang kedepan kedepan ni ingat nak beli yang baik sikitlah. Insyaallah kalau ada rezeki lebih sedikit.








Monday, November 24, 2008

KEHIDUPAN : KEKECEWAAN


Pagi tadi semasa dalam perjalanan kepejabat menerima satu panggilan talipon dari sahabat lama. Seperti biasa bertanya khabar dan terus bercerita kisah lama. Walau bagaimana pun kali ini agak berlainan sedikit kerana nadanya agak sedih dan lantas beliau bercerita tentang kekecewakan hidupnya kerana kerenah anak remajanya. Beliau begitu sedih dan terkejut apabila anak remajanya yang dijaga dengan baik dan diberi segala kesenangan tiba-tiba sanggup melakukan perkara yang cukup menyedihkan beliau. Aku hanya mampu menenangkan beliau kerana apa jua perkara yang berlaku adalah diluar kawalan kita. Kita hanya mampu untuk berdoa dan segala yang berlaku adalah takdir.


Inilah masanya untuk kita merenung dan bermuhasabah diri kerana yang berlaku itu adalah satu perkara yang berkaitan dengan kehidupan yang lampau, mungkin kita tidak ketahui tetapi itu mungkin satu musibah ataupun satu pengajaran untuk dihadapi dengan kehidupan hadapan. Agar kita lebih berhati-hati dalam membesarkan anak-anak. Kita sedia maklum bahawa dunia sudah pun hampir kepenghujungnya dimana satu-satu perkara yang agak mustahil untuk berlaku pada zaman remaja kita akan berlaku depan mata kita, bahkan terang-terangan dengan bangganya ia menyatakan perkara yang mustahil itu dengan terang dan jelas.


Dosa dan pahala diketepikan agar maksud yang tersirat dihati dapat ditunaikan, samada ia benar atau salah itu kemudian bicara. Nampaknya mungkin kita berjaya dalam hidup dan dikelilingi dengan kemewahan tetapi hakikatnya kesengsaraan dari segi perasaan. Dugaan demi dugaan diterima dan ianya mempunyai dua maksud satu adalah merupakan keampunan dan keduanya adalah merupakan satu azab sebelum kita menghembuskan nafas terakhir. Yang pertama tadi Allah swt mahu membersihkan dosa kita dan yang kedua pula Allah swt mahu agar azab diakhirat akan dikurangkan apabila kita kembali kepadaNya.


Aku hanya mampu memberi nasihat dan pandangan tetapi hakikatnya orang yang menanggungnya itu amat berat. Bak kata pepatah melayu "Betapa berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya" Aku akhiri panggilan tersebut dengan perkataan "bersabarlah dan selesaikan dengan baik kerana aku juga mempunyai anak remaja yang kian membesar" sekurang kurangnya ianya satu iktibar untuk diri ku bahawa jagalah anak-anak dengan sempurna.


Kesempurnaan berkeluarga dan dalam mendidik anak-anak resepi utamanya adalah kepentingan didikan agama yang menyeluruh. Anak-anak hanya boleh dibentuk semasa ianya bersama kita tetapi apabila ia mula berkenalan dengan dunia luar dan diluar kawalan kita maka disitulah cabaran hidup yang sebenarnya. Wahai remaja ku apa yang dilakukan hari ini akan terima akibatnya dihari tua nanti kerana sejarah sentiasa berulang. Hari ini kita mengecewakan kedua-dua ibubapa yang mendidik kita. sampai masanya nanti anak-anakmu pula akan mengecewakan hidup mu. Ingatlah...........................


Sunday, November 23, 2008

KEHIDUPAN : MY HOTEL ROOM BAYVIEW RESORT

A view from my room balcony.

A view from 10th floor.



A view from 10th floor inside the hotel.



Main lobby.



My family room suite.




Inside the bedroom.






Nice and big kingsize bed.





Comfortable at the living room.






KEHIDUPAN : MY LITTLE SWEETHEART
























































KEHIDUPAN: MY NESTLE FAMILY DAY

Dinner at Ballroom in Bayview Resort, Batu Ferringhi,Penang.

Game time.

Catching Egg.



A lots of fun



Everybody partcipate in the family game.




Play as a team.






One of my colleague.






Teatime at the hotel garden.






Saturday, November 22, 2008

KEHIDUPAN : YUSUF ESTES


Baru balik dari kuliah subuh yang disampaikan oleh Dr. Md. Roslan .Kuliahnya agak menarik, menceritakan seorang paderi yang memeluk agama Islam. Untuk keterangan lanjut berhubung Yusuf Estes boleh dilayari dengan lawam web http://www.islamtomorrow.com/. Banyak pengajaran yang boleh diperolehi dari laman web tersebut.

Friday, November 21, 2008

KEHIDUPAN : BLOOD TEST


Hari selasa yang lalu menjalani ujian darah dipejabat. Alhamdulillah semuanya ok bacaan dalam kadar 4.8. Normal. Tujuan ujian darah adalah untuk memastikan setiap pekerja dalam keadaan sihat. Sekiranya sesiapa yang didapati dalam bacaan yang bahaya iaitu melebihi 8.00 ,akan diberi kaunseling untuk menjaga kesihatan oleh syarikat. Hargailah kesihatan kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubatinya.

Setiap pekerja diwajibkan menjalani ujian darah tersebut termasuk dari pekerja dealer.

Wednesday, November 19, 2008

KEHIDUPAN : OSHIN


Kisah drama yang cukup meyayat hati, kisah sekitar disebuah perkampungan diJepun dimana seorang wanita bernama Oshin dilahirkan dalam satu keluarga yang miskin. Akibat kehidupan yang miskin memaksa bapa beliau menghantarnya kesebuah rumah orang kaya untuk berkerja sebagai orang gaji. Kehidupan beliau penuh dengan liku-liku suka dan duka, Ia memaparkan kegigihan, kekecewaan dan kejayaan dalam hidup Oshin. Sejak kecil lagi beliau berkerja untuk menyara ibubapanya. Setelah meningkat dewasa beliau berhijrah kebandar dan bekerja dengan kakaknya sebagai pendandan rambut dan bertemu dengan seorang lelaki yang kaya. Beliau berkhawin tetapi malangnya perkhawinannya tidak disukai oleh ibu mertuanya. Berbagai halangan yang beliau hadapi semata-mata untuk menawan hati mertuanya. Berbagai deraan diterima sepanjang kehidupannya bersama ibu mertuanya yang gagal dihalangi oleh suami dan bapa mertuanya. Namun begitu suami dan bapa mertuanya sangat menyayangi beliau tetapi tidak mampu berbuat apa kerana takutkan ibu mertuanya. Akhirnya beliau berjaya juga keluar hidup sendiri bersama suaminya dan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Dari situ beliau membangunkan perniagaannya sehingga berjaya dan memiliki rangkaian pasaraya. Beliau menceritakan kisah hidupnya kepada cucunya. Banyak pengajaran yang boleh diambil dari kisah tersebut. Drama ini adalah drama bersiri dan semestinya saya memastikan supaya berada dirumah jam 6.00 ptg untuk menontonnya. Saya telah mengikuti siri drama ini dari mula hingga akhir. Jikalau tidak dapat menontonnya, saya akan pastikan untuk menontonnya pada ulangan racangan tersebut. Muzik temanya masih segar dalam ingatan saya. Selamat mendengar.




Tuesday, November 18, 2008

KEHIDUPAN : LITTLE HOUSE ON THE PRAIRIE


Satu siri TV yang popular pada tahun 70an dan disiarkan diTV Malaysia pada tahun 80an dalam gambar berwarna. Ketika itu saya masih dalam tingkatan. Pernah menulis surat kepada Fan Club Melissa Gilbert dan menerima balasan berserta poskad. Ia merupakan satu siri keluarga yang berhijrah kekawasan prairie untuk memulakan kehidupan baru. Ia lebih kepada suka duka penghijrahan dan keeratan tali persaudaraan sesama keluarga. Menempuh hidup suka dan duka. Ia juga merupakan salah satu siri TV yang dibenarkan ditonton oleh bapa saya seisi keluarga. Ayah saya merupa orang yang cukup tegas hanya membenarkan menonton setelah selesai kerja sekolah dan tidak sekali-kali berpeluang untuk menonton sehingga lewat malam. Ada beberapa rancangan sahaja yang dibenarkan seperti Hiburan malam ini, kartun, drama dan tayangan gambar melayu. Waktu untuk menonton juga dihadkan untuk beberapa jam sahaja sehari.

Monday, November 17, 2008

KEHIDUPAN : GETARAN JIWA BY TAN SRI P.RAMLEE


Setiap kali mendengar nyayian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee terutamanya Getaran Jiwa mengingatkan saya lima tahun dahulu dimana saya pernah mendapat tempat yang ketiga dalam satu pertandingan karaoke. Pertanding tersebut diadakan sempena jamuan makan malam yang ditaja oleh Dealer Nestle bagi kawasan Manjung disebuah hotel diLumut. Lagu Getaran Jiwalah yang membolehkan saya mendapat tempat yang ketiga walaupun peserta yang lain lebih hebat-hebat lagi. Bagi saya bukan lah mudah untuk membawa lagu tersebut tetapi cuba jugalah tanpa membuat latihan terlebih dahulu. Walau bagaimana pun lagu tersebut tak jemu didengar bak kata pepatah melayu " Tak lapuk dek panas dan tak lekang dek hujan."
Sila nikmati lagu tersebut diVideo Clip dibawah. Selamat Mendengar.

Saturday, November 15, 2008

KEHIDUPAN : MINI TEDDIES



MY LITTLE SWEET HEART ROOM AND HER MINI TEDDIES COLLECTION.

KEHIDUPAN : MATCH MAKING

Semasa dalam perjalanan untuk makan tenghari bersama Eric dan JT terserempak dengan iklan yang agak menarik berhampiran dengan pintu masuk utama Carefour. Tertera sunday buffer for unmarried, menurut Eric ianya adalah satu iklan match making dimana satu pertemuan akan diadakan dan disitu akan dicari pasangan yang sesuai untuk dimatchkan. Menurut Eric lagi jangan terperanjat terdapat juga auntie-auntie dan uncle-uncle yang berumur juga ingin mencari pasangan hidup. Oleh itu sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi no. talipon yang tertera dipapan iklan tersebut. Selamat mencuba.

Friday, November 14, 2008

KEHIDUPAN : FAREWELL PARTY FOR JT


























































WISHING YOU ALL THE BEST AND GOOD LUCK. CONGRATULATION FOR YOUR NEW POST AT HOU KUALA LUMPUR.