Tuesday, November 11, 2008

KEHIDUPAN : KEHEBATAN WANITA ISLAM DIZAMAN RASULLULLAH SAW.

Sememangnya menjadi kegemaran kaum lelaki pada zaman Rasullullah saw untuk mengambil bahagian dalam jihad. Kisah-kisah mereka telah diriwayatkan dengan begitu banyak. Wanita-wanita juga tidak ketinggalan dalam pekara ini. Mereka hanya menuggu-nunggu peluang berjihad, apabila ada sahaja peluang maka mereka akan turut hadir.

Hazrat Ummu Ziad r.anha berkata, " Kami enam orang wanita telah pergi untuk mengambil bahagian dalam jihad semasa peperangan Khaibar. Apabila Rasullullah saw mendapat berita mengenai kehadiran kami, Baginda saw telah memanggil kami. Wajah Baginda saw didapati dalam keadaan marah. Baginda saw bertanya, " dengan keizinan siapakah kamu datang kemari dan dengan siapakah kamu datang kemari?"

Kami berkata, " Wahai Rasullullah, kami pandai menenun dan kebolehan ini ialah satu keperluan jihad. Kami juga ada bekalan ubat-ubatan untuk luka-luka. Jika tidak pun kami dapat membantu mujahidin dengan membekalkan anak-anak panah. Kami dapat merawat orang-orang sakit serta dapat menyediakan sagun[ tepung gandum atau barli yang digoreng] dan makanan serta minuman yang lain kepada mereka." Lalu Rasullullah saw membenarkan kami untuk berada disitu." [ABU DAUD]

Kita sering diperdengarkan kehebatan Florence nightanlge tetapi kita lupa bahawa kehebatan wanita-wanita dizaman Rasullullah saw yang telah pun mendahului mereka dalam menyediakan keperluan merawat dan memberi makan kepada orang yang dalam peperangan. Begitu mudah sekali kita tertipu dengan fakta sejarah yang dikuasai oleh orang-orang barat. Rujukan dari kitab Fadhilat Amal bahagian kisah-kisah para sahabat.




No comments: