Wednesday, November 26, 2008

KEHIDUPAN : CERMIN MATA

Semalam bersama keluarga membeli belah untuk keperluan dapur di Tesco Extra Seberang Jaya selepas maghrib. Walaupun terpaksa hadiri mesyuarat dipejabat tetapi Alhamdullillah mesyuarat dapat diselesaikan jam 6.30 ptg, seperti biasa lepas mesyuarat, makan dan terus bergegas pulang kerumah. Anak isteri dah pun mennunggu, sembahyang dan terus bertolak ke Tesco Extra yang terletak lebih kurang 16km dari rumah. Sebelum masuk keTesco singgah dulu di Focus Point dan dalam hati memang ada niat untuk tempah cermin mata tetapi harganya tidak berkenan dihati. Kalau boleh nak cari harga yang dalam sekitar seratus ringgit sahaja kerana dah serik buat cermin mata yang mahal.


Cermin mata yang pertama dulu apabila mencecah umur 40 tahun hanya bertahan untuk satu hari sahaja kerana salah letak lalu dicapai oleh anak kecil aku lalu dipatahkannya. Putih mata rasanya kerana harga yang dibuat mencecah RM600.00 dan berbingkaikan tantinium apatah lagi dibuat semasa bekerja di Teluk Intan. Semenjak itu tidak pernah buat cermin mata yang melebihi satu ratus ringgit kerana tidak berbaloi.


Memang stail aku buat cermin mata banyak kerana satu untuk kerja, satu untuk komputer dan rumah manakala satu lagi khusus untuk ditinggalkan dekat surau untuk kemudahan aku untuk membaca Al quran dan Kitab Taklim tiap-tiap subuh. Sekarang ini cermin mata yang dibeli untuk mengantikan yang dirumah untuk kegunaan komputer kerana dah patah tetapi masih lagi boleh digunakan dengan menggamkan pada bingkainya. Jadi yang dirumah akan diletak disurau kerana disurau juga bingkainya dah patah. Berbaloi pun kerana buat murah dan pakai lama.


Macam biasalah bila dikedai kita ambil yang paling murah di Focus Point tetapi sale rep akan pujuk kita ambil yang mahal dengan bermacam- macam alasan untuk sampaikan target tetapi tak makan pujuk kerana tetap beli cermin mata yang harga sekitar seratus ringgit SAHAJA. Maklumlah kalau dah murah tu tentulah fesyennya pun agak ketinggalan tetapi tak apa yang penting boleh pakai. Nak stail apa dah tua pun. Boleh tengok dan baca pun dah baik tetapi yang kedepan kedepan ni ingat nak beli yang baik sikitlah. Insyaallah kalau ada rezeki lebih sedikit.








No comments: