Thursday, November 13, 2008

KEHIDUPAN : WEDDING ANNIVERSARY


Kadang-kadang mudahnya kita terlupa pada tarikh-tarikh yang penting seperti tarikh lahir anak-anak dan tarikh perkhawinan. Menerima satu sms dari kawan baik memberitahu bahawa beliau terlupa bahawa hari ini adalah ulang tahun perkhawinannya kerana terlalu sibuk sejak kebelakangan ini. Itu pun diberitahu oleh seorang kawan lain mengingatkan beliau tarikh tersebut. Walau bagaimana pun mungkin belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut ulang tahun perkhawinan beliau, yang keberapa aku tak tahu.

Padahal aku sendiri pun terlupa bila aku punya ulang tahun perkhawinan kerana tidak ambil kisah dan menang tak pernah ambil tahu pun. Kalau member-member lain siap call aku untuk special dinner lagi. Pagi tadi baru aku check dalam komputer biodata keluarga yang disimpan dalam satu folder dan rupa-rupanya tarikh ulang tahun perkhawinan aku dah terlepas pun iaitu 3Nov.

Lupa, buat-buat lupa, memang terlupa atau memang tidak ambil kisah sangat kerana ia bukan budaya keluarga aku. Maafkan aku sayang wahai isteri yang ku cintai...............

1 comment:

Unknown said...

not 30th ke? u got married earlier than me rupanya...