Tuesday, November 18, 2008

KEHIDUPAN : LITTLE HOUSE ON THE PRAIRIE


Satu siri TV yang popular pada tahun 70an dan disiarkan diTV Malaysia pada tahun 80an dalam gambar berwarna. Ketika itu saya masih dalam tingkatan. Pernah menulis surat kepada Fan Club Melissa Gilbert dan menerima balasan berserta poskad. Ia merupakan satu siri keluarga yang berhijrah kekawasan prairie untuk memulakan kehidupan baru. Ia lebih kepada suka duka penghijrahan dan keeratan tali persaudaraan sesama keluarga. Menempuh hidup suka dan duka. Ia juga merupakan salah satu siri TV yang dibenarkan ditonton oleh bapa saya seisi keluarga. Ayah saya merupa orang yang cukup tegas hanya membenarkan menonton setelah selesai kerja sekolah dan tidak sekali-kali berpeluang untuk menonton sehingga lewat malam. Ada beberapa rancangan sahaja yang dibenarkan seperti Hiburan malam ini, kartun, drama dan tayangan gambar melayu. Waktu untuk menonton juga dihadkan untuk beberapa jam sahaja sehari.

1 comment:

Unknown said...

a fan of melissa gilbert rupanya...