Tuesday, November 11, 2008

KEHIDUPAN : MY SWEET HEART TEDDYBEARS

Semasa buat fieldwork dengan my staff tadi ternampak satu bungkusan yang tergantung disebuah kedai runcit yang agak usang dan berabuk. Tergantung agak tinggi dan ia menarik perhatian saya. Lantas saya memfokaskan pandangan, rupa-rupanya satu Teddybear didalam bungkusan yang berabuk. Sudah pasti ianya tergantung disitu agak lama memandangkan keadaan bungkusan tersebut. " Lu mahu jual ka itu barang" tanya saya. " Iaya lu mahu ka, sudah lama lo" jawab tauke tadi. " Berapa?" tertera RM10.00. " Kalau lu mahu angkatlah cincai waa bagi lu discount lo. " ku lui " tanya saya. " Iaya cincai loo lak kor pua [RM 8.50] jawab tauke tadi. " OK waa bei la." jawab saya.
Bungkusan dibuka dan ia menarik perhatian saya dan sesuai untuk anak gadis saya yang memang mengumpul teddybear. Cantik dan murah. Rupa-rupanya masih baru dan bersih hanya bungkusan plastiknya sahaja yang agak berabuk. Good bargain.

Actually saya suka mengumpul yang kecil dan comel, kebanyaknya saya beli dengan harga yang murah terutamanya dari kedai-kedai runcit lama. Setiap kali ternampak teddybear yang menarik perhatian saya pasti saya beli untuk anak gadis saya.


Add to my little sweet heart collections.



2 comments:

Unknown said...

Reminds me of all my teddies.monkeys,lion,owl etc tapi tak boleh masuk bakul like that.latest i received that day,big brown fat monkey macam king kong from my clerk.btw where's her cute cat,tak nampakpun....

Anonymous said...

Sorry, cat and ziraffe is not included in the teddies segment. I will be posting it later under different categories.