Sunday, November 9, 2008

KEHIDUPAN : KOMENTAR FILEM QUANTUM OF SOLACE


Hari sabtu yang lalu ambil kesempatan untuk menonton movie terbaru keluaran Eon Production,penerbit filem James Bond. filem ini agak berbeza dari filem sebelumnya kerana ia lebih memaparkan sifat dendam dan tidak menampilkan peralatan yang canggih-canggih . Adegan-adegan gairah tidak dipaparkan seperti mana filem-filem yang terdahulu yang merupakan salah satu adegan yang wajib dan menjadi satu kepastian didalam setiap filem keluarannya.


Adegan dimulakan dengan kejar mengejar dengan mengunakan kereta Alfa Romeo disekitar kawasan bandar diItali. Macam biasa hero tentu hebat dilanggar pun tak mati, kadang-kadang filem orang putih pun tak masuk akal macam cerita tamil juga. Kereta orang lain dah habis hancur tetapi kereta hero walaupun kemek sana sini , heronya keluar dengan mendapat cedera ringan je.


Tiga jenis set pengambaran, pertama adegan kejar mengejar dengan kereta kemudian adegan kejar mengejar dengan speedboat dan diakhirnya adegan kejar mengejar dengan kapalterbang. Yang membezakan kali ini adalah pihak musuh mengunakan kenderaan yang canggih manakala hero hanya mengunakan kenderaan yang biasa untuk menunjukan bahawa hero itu hebat walaupun menggunakan kenderaan lama dan biasa.


Kalau dulu agen Bond diarahkan oleh bossnya untuk membuat satu misi tetapi kali ini ia bertindak sendirian hingga dipecat dan melakukan pembunuhan satu demi satu hanya untuk membalas dendam begitu juga heroin yang bersama Bond. Motif membunuh hanya kerana dendam. Kalau dulu kereta Bond akan dibekalkan dengan bermacam-macam peralatan yang disediakan didalam keretanya seperti mesin gun, radar dan peralatan untuk menyelamatkan diri yang serba canggih tetapi kali ini hanya mengunakan tiga jenis kenderaan berjenama Ford. Alfa Romeo dan Rover.


Kalau filem sebelumnya lebih kepada fantasi atau jualan bom nuklear atau kartel untuk menguasai dunia tetapi kali ini hanyalah mesejnya untuk mengawal bekalan air yang semakin sedikit dan cubaan untuk menguasai kawasan Amerika Selatan dengan mengunakan seorang jeneral yang korupsi.


Pada pandangan saya, tiada istimewanya filem ini dan secara jujur saya kata agak membosankan dan tidak faham dari mula hingga akhir. Mesejnya Air itu lebih penting dari Minyak, apatah lagi dikawasan pergunungan yang kering kontang seperti Bolivia. Diakhir filem sijahat tidak dibunuh tetapi ditinggalkan dikawasan gurun dan dibekalkan dengan minyak pelincir. Mati kehausan dan didapati terlalu dahaga minum minyak pelincir tadi. Walau pun adegan ini tidak dipaparkan tetapi diberitahu oleh boss agen bond.




3 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Air dan MinyaK?

Hope dapat tengok cerita ni lepas exam, bukannya sebab suka sangat Bond, just for fun, perhaps.

Anonymous said...

wa cakap sama lu lebih baik lu orang tengok cerita madagasca 2 dah tentu cerita katun. Tak masuk akal pun takpe sebab dah cerita katun. Lebih hebat dari cerita mat cebon.

PakciQue said...

Babak awal lumba kereta di dalam terowong adalah menarik dan sangat cantik. Kalau berdasarkan temubual Daniel Craig di sebuah rancangan, beliau kata 6 buah Aston Martin telah diranapkan. Memanglah, habis semua kereta kau cabut pintu bahagian pemandu. Dan teknologi dan kelengkapan semasa membuat pengambaran tersebut, memang sangat tinggi. [Berdasarkan tontonan di belakang tabir].

Bacaan Lanjut DI SINI