Wednesday, November 19, 2008

KEHIDUPAN : OSHIN


Kisah drama yang cukup meyayat hati, kisah sekitar disebuah perkampungan diJepun dimana seorang wanita bernama Oshin dilahirkan dalam satu keluarga yang miskin. Akibat kehidupan yang miskin memaksa bapa beliau menghantarnya kesebuah rumah orang kaya untuk berkerja sebagai orang gaji. Kehidupan beliau penuh dengan liku-liku suka dan duka, Ia memaparkan kegigihan, kekecewaan dan kejayaan dalam hidup Oshin. Sejak kecil lagi beliau berkerja untuk menyara ibubapanya. Setelah meningkat dewasa beliau berhijrah kebandar dan bekerja dengan kakaknya sebagai pendandan rambut dan bertemu dengan seorang lelaki yang kaya. Beliau berkhawin tetapi malangnya perkhawinannya tidak disukai oleh ibu mertuanya. Berbagai halangan yang beliau hadapi semata-mata untuk menawan hati mertuanya. Berbagai deraan diterima sepanjang kehidupannya bersama ibu mertuanya yang gagal dihalangi oleh suami dan bapa mertuanya. Namun begitu suami dan bapa mertuanya sangat menyayangi beliau tetapi tidak mampu berbuat apa kerana takutkan ibu mertuanya. Akhirnya beliau berjaya juga keluar hidup sendiri bersama suaminya dan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Dari situ beliau membangunkan perniagaannya sehingga berjaya dan memiliki rangkaian pasaraya. Beliau menceritakan kisah hidupnya kepada cucunya. Banyak pengajaran yang boleh diambil dari kisah tersebut. Drama ini adalah drama bersiri dan semestinya saya memastikan supaya berada dirumah jam 6.00 ptg untuk menontonnya. Saya telah mengikuti siri drama ini dari mula hingga akhir. Jikalau tidak dapat menontonnya, saya akan pastikan untuk menontonnya pada ulangan racangan tersebut. Muzik temanya masih segar dalam ingatan saya. Selamat mendengar.




1 comment:

Unknown said...

i knew it's a famous story,remember the name but can't reall recall what the story was all about...