Monday, November 24, 2008

KEHIDUPAN : KEKECEWAAN


Pagi tadi semasa dalam perjalanan kepejabat menerima satu panggilan talipon dari sahabat lama. Seperti biasa bertanya khabar dan terus bercerita kisah lama. Walau bagaimana pun kali ini agak berlainan sedikit kerana nadanya agak sedih dan lantas beliau bercerita tentang kekecewakan hidupnya kerana kerenah anak remajanya. Beliau begitu sedih dan terkejut apabila anak remajanya yang dijaga dengan baik dan diberi segala kesenangan tiba-tiba sanggup melakukan perkara yang cukup menyedihkan beliau. Aku hanya mampu menenangkan beliau kerana apa jua perkara yang berlaku adalah diluar kawalan kita. Kita hanya mampu untuk berdoa dan segala yang berlaku adalah takdir.


Inilah masanya untuk kita merenung dan bermuhasabah diri kerana yang berlaku itu adalah satu perkara yang berkaitan dengan kehidupan yang lampau, mungkin kita tidak ketahui tetapi itu mungkin satu musibah ataupun satu pengajaran untuk dihadapi dengan kehidupan hadapan. Agar kita lebih berhati-hati dalam membesarkan anak-anak. Kita sedia maklum bahawa dunia sudah pun hampir kepenghujungnya dimana satu-satu perkara yang agak mustahil untuk berlaku pada zaman remaja kita akan berlaku depan mata kita, bahkan terang-terangan dengan bangganya ia menyatakan perkara yang mustahil itu dengan terang dan jelas.


Dosa dan pahala diketepikan agar maksud yang tersirat dihati dapat ditunaikan, samada ia benar atau salah itu kemudian bicara. Nampaknya mungkin kita berjaya dalam hidup dan dikelilingi dengan kemewahan tetapi hakikatnya kesengsaraan dari segi perasaan. Dugaan demi dugaan diterima dan ianya mempunyai dua maksud satu adalah merupakan keampunan dan keduanya adalah merupakan satu azab sebelum kita menghembuskan nafas terakhir. Yang pertama tadi Allah swt mahu membersihkan dosa kita dan yang kedua pula Allah swt mahu agar azab diakhirat akan dikurangkan apabila kita kembali kepadaNya.


Aku hanya mampu memberi nasihat dan pandangan tetapi hakikatnya orang yang menanggungnya itu amat berat. Bak kata pepatah melayu "Betapa berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya" Aku akhiri panggilan tersebut dengan perkataan "bersabarlah dan selesaikan dengan baik kerana aku juga mempunyai anak remaja yang kian membesar" sekurang kurangnya ianya satu iktibar untuk diri ku bahawa jagalah anak-anak dengan sempurna.


Kesempurnaan berkeluarga dan dalam mendidik anak-anak resepi utamanya adalah kepentingan didikan agama yang menyeluruh. Anak-anak hanya boleh dibentuk semasa ianya bersama kita tetapi apabila ia mula berkenalan dengan dunia luar dan diluar kawalan kita maka disitulah cabaran hidup yang sebenarnya. Wahai remaja ku apa yang dilakukan hari ini akan terima akibatnya dihari tua nanti kerana sejarah sentiasa berulang. Hari ini kita mengecewakan kedua-dua ibubapa yang mendidik kita. sampai masanya nanti anak-anakmu pula akan mengecewakan hidup mu. Ingatlah...........................


No comments: