Friday, November 7, 2008

KEHIDUPAN : TERKENANG


Semasa disurau tadi kebetulan berada disebelah student pra medik yang masih berumur belasan tahun. Apabila terpandang wajah mereka terkenangkan semasa jadi student dulu. Kalau dibandingkan kehidupan mereka dengan aku agak jauh bezanya, yang mana zaman yang tidak begitu canggih. Tiap kali selepas sahaja sembahyang mereka akan terus kekedai makan berhampiran dan ini mengingatkan aku dengan kawan baik ku Badrul. Selalu aku dan bad akan berkongsi makan, satu pinggan makan dua orang apatah lagi kalau tengah-tengah bulan. Dari semester pertama hingga akhir semua perbelanjaan ditanggung sendiri. Soal makan selalunya tidak menjadi masaalah kerana pihak ITM telah pun menyediakannya diasrama tetapi kadang-kadang cukup menjemukan makan diasrama kerana menu yang serupa. Sehinggakan boleh tahu hari ini makan apa.


Dari ayam masak merah yang tawar, ikan jacket yang kulitnya keras dimasak kicap, ayam goreng yang kadang-kadang tak masak didalamnya dan yang cukup menyakitkan hati apabila terpaksa makan bihun sup yang kuahnya seperti air sejuk yang tak rasa apa-apa pun. Apa yang nak dicomplainkan kerana makanan percuma. Itu untuk menu makan tengahari dan malam.


Untuk sarapan yang pastinya roti putih bersama jam dan planta kosong berserta dengan air kopi yang ceroi dan teh o yang cukup manis kerana tender kerajaan. Kalau makan sarapan lewat boleh ambil bawa balik dua ,tiga buku roti putih bukan untuk makan, disimpan untuk diberi makan ikan ditasik Shah Alam. Kalau bernasib baik dapat makan roti canai yang keras bersama kuah parpu. Selepas dewan makan diswastakan, makanannya agak baik tetapi terhad.


Kalau cukup bulan terutamanya baru balik dari kutip duit belanja dari rumah abang-abang disekitar Kuala Lumpur, agak mewahlah sedikit dan makan minum di Coalmine Coffee House di Hotcat School. Makan set lunch dan kalau hari tersebut hari kitchen Training makan best le sikit kerana selepas masak makan ramai-ramai satu coursemate.


Buat satu perjanjian dengan bad kalau minggu pertama aku dapat duit aku belanja makan dan begitulah juga dengan bad apabila mak dia hantar duit. Nak cari duit lebih kadang-kadang yang untungnya course aku ini boleh buat partime waiter dihotel apabila ada function. Yang kerap panggil buat partime ialah Holiday Inn Kuala Lumpur. Pernah juga buat partime di Istana Negara, masa itu Agongnya ialah Sultan Pahang. Ada masanya membantu Zul tolong catering emaknya disekitar Shah Alam. Lepaslah duit poket dan makan malam.


Liku-liku hidup ada yang mengembirakan tetapi banyak juga yang menyedihkan apabila kekeringan duit tetapi tidak pula sampai meminjam. Aku sentiasa pastikan duit cukup untuk tambang balik kerumah abang samada di Ulu Kelang Taman Malawati ataupun Taman Batu Cave. Betul-betul tawakal. Kalau dibuatnya abang-abang tak ada dirumah, pernah tunggu sampai malam kerana tambang nak balik keShah Alam dah tak ada duit. Menangis dalam hati dan kadang-kadang nak giveup study.


Adakah student sekarang macam aku dulu, yang pastinya tidak dengan kemewahan hidup yang rata-rata mama dan papa bekerja disertainya pinjaman PTPTN malah mampu berkereta dengan duit tersebut. Malangnya berhutang tak habis sampai ke tua kerana nak bayar balik duit PTPTN. Zaman aku semuanya free education dan tidak membebankan ibubapa.




5 comments:

bukan orang pinkish said...

pak tam, ct pakai ptptn pun tak cukup pak tam..bukannye belanja ape pun, tup tup akhir sem, tinggal brape ratus je..nak2 lagi course ct mmg pakai byk duit..travel la, printing la...mmg tak boleh nak dielakkan..tapi, ct jarang mintak duit kat mak n abah..bila betul2 kering x de duit utk printing, baru ct mtk..ct pnh try x mkn nasi semgu, ikat perut makan roti je sebab x nak mtk duit kat mak n abah..x nak susahkan diorg..selagi ct boleh berjimat, ct jimat la mana yang boleh...

Unknown said...

nampak happy aje,tak tahu pulak i adakalanya u rasa nak give up study...

coalmine...tempat breakfast i pagi-pagi,i suka mi hailam dia.

praktikal class memasak reminds me off your nasi paella yang u masak dulu,i suka tp kalau praktikal class waiting sensitive...nostalgic,Hotel Sri Impian dan kenanganya....

Anonymous said...

bukan apa, pak tam kerap juga pergi uitm penang dan kebanyaknya student semuanya ada kereta dan mengikut member paktam mereka guna duit ptptn untuk beli kereta kancil dan kemudian buat sewa untuk dapat duit. Ct tak perlu ikat perut kalau nak belajar. Zaman pak tam dulu berbeza. Ptptn paktam ialah mak cu, pak lang ,pak angah, mak cik ani dan mak ct. Pak long masa tu ada kat Itali dan pak abu ada di Korea.

Yang banyak bantu paktam adalah mak ct,makcu dan pak lang.

Pak tam hanya minta duit dari atok apabila semester nak buka sahaja. itupun tak banyak sekitar satu ratus lebih sahaja.

bukan orang pinkish said...

no wonder lapak tam pandai masak..sedap pulak tu..

Unknown said...

my parent gave me 150 per month,so with that i kena survive for a month to buy everthing,makan,buku etc.to be frank i tak makan makanan hostel,jarang sangat-sangat coz after 5 years kat mrsm tak boleh telan nasi kawah dah,rela tak makan...but i have no sedar kat kl like u all masa tu,sebatang kara di perantauan.anyway now i tak lupa bto give my mum money monthly to pay back susah dia dulu malangnya ayah dah lama tak untuk di balas jasa.hanya doa saja mengiringinya sentiasa....