Monday, November 10, 2008

KEHIDUPAN : NILAI SEORANG WANITA


Suatu ketika seorang telah bertanya kepada ulama kenapa wanita Islam berpurdah. Ulama tersebut tidak terus menjawab soalan tersebut bahkan bertanya kembali kepada sipenanya, dimanakah kamu meletakan kad kredit kamu? Lantas dijawabnya didalam dompet. Kenapa tidak diletakkan diluar atau didedahkannya? Maka dijawab oleh sipenanya tadi kad tersebut berharga dan bernilai maka harus dijaga dengan baik dan tidak didedahkan dikuatiri akan hilang. Begitulah nilai seorang wanita didalam Islam, dimana kehormatannya harus dipelihara dan dijaga dengan baik kerana wanita mempunyai kedudukan yang tinggi didalam Islam.


Sebelum datangnya Islam ditanah Arab, wanita dipandang dengan hina dan merupakan objek bahan nafsu oleh lelaki dizaman jahilliah. Wanita dianggap sebagai satu pekara yang boleh mendatangkan sial dan memalukan keluarga pada ketika itu. Maka tidak menghairankanlah pada zaman tersebut apabila lahirnya anak perempuan akan ditanam hidup-hidup oleh bapa-bapa mereka untuk mengelakan rasa malu. Wanita pada zaman tersebut tidak diberi apa-apa peluang pun sehinggalah kedatangan Islam yang dibawa oleh seorang insan yang bernama Muhammad Rasullullah saw.


Begitu juga kedudukan dalam bangsa cina yang mana anak perempuan dianggap tidak membawa tuah dan mudah memalukan keluarga maka apabila lahirnya anak-anak perempuan kebanyakannya akan diserahkan kepada orang-orang melayu untuk dipelihara. Kita telah banyak mendengar cerita-cerita seumpana itu apatah lagi zaman pemerintahan Jepun dimalaya. Keadaan telah berubah kini yang mana orang-orang cina telah mengubah pemandangan mereka terhadap anak perempuan. Kalau dahulu mereka lebih suka kepada anak lelaki kerana mereka membawa nama keluarga mereka apabila berkhawin dan anak-anak lelaki akan bertanggungjawab untuk memelihara ibubapa mereka apabila dihari tua.


Kini mereka telah berubah kerana bagi mereka anak perempuan sekarang lebih bertanggungjawab dari anak lelaki. Rata-rata mereka memuji anak-anak perempuan mereka. Zaman telah berubah dunia semakin maju dan peratusan wanita dalam akedamik melebihi 0rang-orang lelaki. Tidak menghairankanlah wanita hari ini medominasikan disetiap pusat-pusat pengajian tinggi hari ini. Wanita lebih rajin berbanding dengan lelaki. Ini satu fakta yang jelas.


Bagaimana pula kedudukan wanita didalam masyarakat melayu pula? Kalau sebelah utara orang lelaki lebih diutamakan kerana selepas berkhawin maka wanita akan mengikuti suaminya dan hubungan keluarganya sendiri akan berubah kerana keluarga suami lebih diutamakan. Senario ini tidak serupa apabila kita berada di Negeri Sembilan dalam adat perpatih dimana wanita dipelihara dengan baik dan mendapat kedudukan yang tinggi. Mereka memiliki harta pusaka yang turun kemurun yang sememangnya dimiliki oleh wanita. Mereka dimanjakan didalam keluarga kerana apabila berkhawin maka wanita tetap bersama keluarganya. Oleh kerana mereka berharta walaupun sebidang tanah tidak kedengaran lansung wanita-wanita Negeri Sembilan merempat atau susah apabila kematian suami ataupun berlakunya penceraian.


Apabila kita menoleh kepada belah pantai timur pula kita dapati bahawa wanita-wanita disana pula memiliki sifat yang kental dalam mengharungi kehidupan. Rata-rata mereka ini mempunyai otak bisnes. Kalau kita keKelantan contohnya kita akan dapati kebanyaknya perniagaan didominasikan oleh kaum hawa. Mereka menjalankan aktivi perniagaan samada perniaga kecil ataupun besar-besaran digedung-gedung , dipasar-pasar dan bahkan dirumah-rumah mereka.


Banyak pekara yang boleh diambil dari kisah-kisah wanita yang berjaya dalam hidup mereka tetapi yang pastinya kedudukan mereka dimuliakan dalam Islam. Orang yang pertama memeluk Islam adalah Wanita iaitu isteri Nabi Khadijah r.anha dan orang yang pertama mati syahid juga adalah wanita yang bernama Sumaiyah r.anha. Banyak kisah-kisah keberanian wanita dizaman Rasullullah saw. Tangan-tangan yang menghayun buaian boleh mengegarkan dunia. Bahkan Syurga dibawah telapak kaki ibu begitu ungkapan yang biasa kita dengar.




No comments: