Monday, September 1, 2008

KEHIDUPAN : HADISTH 1 [FADHILAT AMAL]



Hazrat Salman r.a. berkata bahawa Rasulullah saw bersabda kepada kami pada hari terakhir bulan sya'aban,





" Wahai manusia ! telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati, satu bulan yang dalam bulan itu terdapat satu malam [ Lailatulqadar ] yang lebih baik daripada seribu bulan. Satu bulan yang Allah swt telah menjadikan puasa pada siang hari sebagai satu amalan fardu dan berdiri pada malam hari [ bertarawih ] sebagai satu amalan sunat. sesiapa yang cuba menghampiri Allah swt pada bulan itu dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seseorang yang telah menunaikan satu fardu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardu pada bulan itu adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardu pada bulan-bulan lain.




Bulan itu adalah satu bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. Bulan itu adalah simpati, bulan yang ditambah rezeki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya. para sahabat r.an. hum lalu berkata, " Bukanlah setiap daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuaka puasa." Maka Rasullullah saw bersabda ' Allah swt memberipahala itu kepada sesiapa saja memberi walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka."




Bulan itu adalah satu bulan yang pada bahagian awalnya merupakan rahmat, pada pertengahannya merupakan keampunan dan pada akhirnya merupakan kelepasan daripada neraka. Sesiapa yang meringankan bebanan hamba-hambanya [pekerja-pekerjanya] pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah swt dan akan dilepaskan dari azab api neraka.




perbanyakanlah pada bulan ini empat pekara. Dua pekara yang kamu dapat meredakan tuhan kamu dan dua pekara lagi yang tidak boleh tidak kamu perlukan. Ada pun dua pekara yang kamu dapat meredakan tuhan kamu dengannya adalahpenyaksian bahawa tiada tuhan selain daripada Allah swt dan kamu memohon istighfar daripadanya. Manakala dua pekara yang tidak boleh tidak kamu perlukan ialah memohon syurga daripada Allah swt dan meminta perlindungan daripada api neraka.




Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah swt akan memberinya minuman dari telagaku [pada hari kiamat], dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk kedalam surga."

Untuk keterangan hadisth rujuk kitab Fadhilat Amal.





1 comment:

Unknown said...

A good reminder for all