Sunday, September 21, 2008

KEHIDUPAN : HADISTH 21 [FADHILAT AMAL]


Hazrat Ibnu Abbas r.anhuma berkata bahawa beliau telah mendengar Rasullullah saw bersabda," Sesungguhnya syurga diharumkan dan dihiasi dari tahun ketahun untuk menyambut kedatangan Ramadhan. Apabila tiba malam pertama dari bulan Ramadhan, sejenis angin akan bertiup dari bawah 'Arasy yang dinamakan 'MUTHIRAH'. Lalu bergeseranlah daun-daun pokok surga dan juga gagang pintu-pintu syurga, maka kedengarlah satu bunyian yang begitu merdu dari itu sebelumnya. Kemudian muncullah bidadari-bidadari bermata jeli sehingga mereka berhenti dianjung syurga. Mereka menyeru, "Adakah sesiapa yang ingin meminang kami supaya Allah swt mengahwinkannya dengan kami?". Kemudian mereka berkata lagi," Wahai Ridhwan penjaga syurga! Malam apakah ini?" Beliau akan menjawab kepada mereka dengan berkata, " Ya! Malam ini adalah malam pertama dari bulan Ramadhan,[hari ini] pintu-pnitu syurga dibuka bagi orang yang berpuasa dikalangan umat Muhammad saw." Nabi bersabda lagi, Allahswt akan berfirman, ' Wahai Ridhwan! bukakan lah pintu-pintu syurga dan wahai Malik [penjaga neraka] tutuplah pintu-pintu neraka bagi mereka yang berpuasa daripada kalangan umat Ahmad. Wahai Jibrail! Turunlah kebumi dan tangkaplah syaitan yang sangat-sangat degil lalu ikatlah mereka dengan rantai kemudian lontarkanlah mereka kedalam laut supaya mereka tidak dapat merosakan puasa umat Muhammad kekasihKu."








Baginda bersabda lagi, " Allah swt akan memerintahkan seorang penyeru pada setiap malam dari Ramadhan supaya dia menyeru tiga kali, "Adakah sesiapa yang ingin memohon supaya Aku mengurniakannya?" Adakah sesiapa yang ingin bertaubat supaya Aku menerima taubatnya? Adakah sesiapa yang inginkan memohon keampunan supaya Aku mengampuninya? Siapakah yang sanggup memberi hutang sepenuh-penuhnya tanpa sebarang kekurangan."






Baginda saw bersabda lagi, " Setiap hari pada waktu berbuka puasa dari bulan Ramadhan Allah saw akan membebaskan sejuta manusia yang kesemuanya telah ditentukan untuk masuk neraka. Apabila tiba hari terakhir bulan Ramadhan, Allah saw akan membebaskan pada hari itu sebanyak bilangan manusia yang telah Dia bebaskan dari awal sehingga ke akhir bulan.






Apabila tiba lailatulqadar Allah saw akan memerintahkan Jibrail a.s. supaya turun bersama satu kumpulan besar malaikat. Bersama mereka terdapat bendera hijau. Beliau akan memacakan bendera itu di atas ka'bah. Jibrail a.s. mempunyai seratus sayap. Dua daripada sayap tersebut tidak pernah dibuka kecuali pada malam itu sahaja. Lalu beliau membuka kedua-dua sayapnya sehingga menutupi timur dan barat. Kemudian pada malam tersebut Jibrail a.s. akan mendorongkan para malaikat lain supaya mereka pergi memberi salam kepada setiap orang yang sedang beridi atau duduk, bersolah atau berzikir. Maka para malaikat itu akan berjabat tangan dengan mereka dan akan mengaminkan doa-doa mereka sehingga terbit fajar. Apabila terbit fajar Jibrail a.s. akan menyeru segala malaikat " sekarang pulanglah!" para malaikat itu pun akan bertanya, " wahai Jibrail apa yang Allah swt telah lakukan terhadap keperluan-keperluan orang beriman di kalangan umat Ahmad saw?" Beliau akan menjawab, Allah swt telah memerhatikan mereka pada malam itu lalu mengampunkan mereka semua kecuali empat jenis manusia." Maka kami pun bertanya. "Siapakah mereka ya Rasullullah?" Baginda saw bersabda," Lelaki yang berterusan meminum arak, seseorang yang menderhakai kedua-dua ibubapanya, seseorang yang memutuskan silatulrahim [ memutuskan hubungan sesama keluarga ] dan musyahin." Kami bertanya, " Ya Rasullullah, siapakah musyahin itu?" Baginda saw menjawab, Dia ialah musorin [ orang yang berhasad dengki dan memutuskan hubungan ]"






Apabila tiba malam hari raya aidil-fitri maka malam itu disebut [dilangit] sebagai lailatul Jaizah [malam pengurniaan hadiah ]. Pada pagi hari raya itu Allah swt menghantar para malaikat kesetiap tempat. Lalu ,mereka turun kebumi dan berdiri dimuka muka jalan dan lorong. Mereka akan menyeru dengan suara yang boleh didengari oleh semua makhluk Allah swt selain jin dan manusia. Mereka berkata" wahai umat Muhammad! keluarlah kepada Tuhan yang Maha Pemurah yang mengurniakan dengan banyaknya dan yang mengampuni dosa-dosa besar." Apabila mereka tiba di tempat sembahyang raya, Allah swt akan bertanya kepada para malaikat,"Apakah balasan bagi seorang pekerja yang telah menyempurnakan kerjanya?" Para malaikat akan berkata, "Wahai Tuhan dan pemilik kami, balasannya ialah disempurnakan ganjarannya." lalu Allah swt berfirman, "Sesungguhnya Aku menjadikan kamu sebagai saksi, wahai malaikatku, sesungguhnya Aku menjadikan keredaan dan keampunanku sebagai pahala bulan Ramadhan dan ibadat malam mereka." Allah swt akan berkata lagi, "wahai hamba-hambaKu pohonlah daripadaKu. Demi kemuliaan dan keagunganKu, kamu tidak memohon sesuatu daripadaKu pada hari ini iaitu dalam perhimpunan kamu ini untuk kepentingan akhirat, melainkan Aku pasti akan menunaikannya dan begitu juga untuk kepentingan dunia yang kamu pohon nescaya Aku akan mengurniakan yang baik bagimu. Demi KemulianKu, Aku akan tutupkan keaiban-keaiban selama engkau mengingatiKu. Demi kemulianKu dan KeagunganKu, tidaklah Aku akan menghinakan kamu dan tidak juga Aku akan memalukan kamu dikalangan orang-orang yang berdosa [ dan orang-orang kafir]. Bersurailah dalam keadaan kamu telah diampunkan. Sesungguhnya kamu telah meredakan daku dan aku juga telah reda dengan kamu. " Maka, bergembiralah para malaikat dan bersuka rialah mereka dengan segala yang dikurniakan Allah swt kepada umat ini apabila mereka telah selesai berpuasa pada bulan Ramadhan.




" Ya Allah, jadikan kami dikalangan mereka"






Untuk keterangan hadisth rujuk kitab Fadhilat Amal bab Fadhilat Ramadhan bahagian I'tikaf.

No comments: