Saturday, September 20, 2008

KEHIDUPAN : HADISTH 20 [FADHILAT AMAL]


Hazrat Ibnu Abbas r.anhuma berkata bahawa sesungguhnya sekali beliau sedang beri'tikaf didalam masjid Nabi saw, Seorang lelaki telah datang kepadanya lalu memberi salam kemudian dia telah duduk. Hazrat Ibnu Abbas r.anhuma telah berkata kepadanya, "Wahai polan! Aku nampak kamu berada dalam keadaan dukacita dan sedih," Dia menjawab, " Ya, wahai saudara sepupu Rasullullah. Aku ada hak yang wajib ditunaikan kepada si polan dan demi kehormatan penghuni kubur ini, aku tidak mampu menunaikan hak tersebut," Hazrat Ibnu Abbas r. anhuma pun berkata, " Adakah patut aku bercakap dengannya bagi pihakmu?" Lelaki itu menjawab, " Persilakanlah sekiranya engkau sudi," Perawi berkata bahawa Hazrat Ibnu Abbas r. anhuma pun memakai kasut lalu keluar dari Masjid. Lelaki itu pun berkata kepadanya, "Apakah engkau lupa apa yang sedang engkau lakukan?" Hazrat Ibnu Abbas r. anhuma menjawab, sedang kedua matanya digenangi air mata, " Tidak, tetapi sesungguhnya aku telah mendengar penghuni kubur ini, padahal masa zamannya baru sahaja berlalu, telah bersabda," Sesiapa yang berjalan untuk menunaikan hajat saudaranya dan dapat menyempurnakan hajat tersebut adalah lebih baik baginya beri'tikaf sepuluh tahun. Sesiapa beri'tikaf sehari kerana mencari keredaan Allah maka Allah akan menjadikan antaranya dengan neraka tiga parit dan satu parit lebih lebar dari jarak antara bumi dan langit."



Untuk keterangan hadisth rujuk kitab Fadhilat Amal bab Fadhilat Ramadhan bahagian I'tikaf.


No comments: