Saturday, September 13, 2008

KEHIDUPAN : HADISTH 13 [FADHILAT AMAL]


Daripada Hazrat Anas r.a beliau berkata bahawa Rasullullah saw bersabda, " Apabila tiba Lailatulqadar, turunlah Jibrail a.s. bersama satu kumpulan malaikat memohon rahmat ke atas setiap hamba Allah yang sedang berdiri atau duduk mengingati Allah swt dan apabila tiba hari raya, iaitu Aidil Fitri maka Allah swt akan membangga-banggakan mereka kepada para malaikatnya. Dia akan berfirman, " Wahai malaikat Ku! Apakah balasan seorang pekerja yang telah menyempurnakan kerjanya?," Mereka berkata, " Wahai Tuhanku, balasanya ialah disempurnakan ganjarannya. " Allah berkata lagi, "Wahai malaikatku, hamba-hambaku lelaki dan perempuan yang telah menyempurnakan perintahku keatas mereka, kemudian mereka keluar sambil melaungkan doa, demi kemulian dan kehebatanku pasti Aku menerima doa-doa mereka, kemudian Allah berfirman, "Pulanglah kamu, sesungguhnya Aku telah mengampunkan kamu dan telah ku tukarkan segala keburukan kamu kepada kebaikan," Nabi saw bersabda, "Lalu mereka pun pulang dalam keadaan terampun."
Untuk keterangan hadisth rujuk kitab Fadhilat Amal bab Fadhilat Ramadhan bahagian Lailatulqadar.

No comments: