Tuesday, September 16, 2008

KEHIDUPAN : HADISTH 16 [FADHILAT AMAL]


Hazrat ubadah Bin Samit r.a. telah bertanya kepada Nabi saw tentang Lailatulqadar, lalu Baginda bersabda, " Lailatulqadar berlaku pada bulan Ramadhan pada sepuloh malam yang akhir. Sesungguhnya Lailatulqadar berlaku pada malam -malam yang ganjil. Pada malam ke21,23,25,27 atau 29 ataupun pada malam terakhir dari bulan Ramadhan. Sesiapa yang bangun pada malam-malam itu dengan iman dan niat untuk mendapat ganjaran, semua dosanya yang terdahulu akan diampunkan. Antara tanda-tanda Lailatulqadar ialah keadaan terang dengan langit yang bersih, tenang lagi sunyi, tidaklah terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Seolah-olah bulan sedang bermancar [kerana banyak nur kerohanian]. Bintang-bintang tidak digunakan untuk melontar syaitan pada malam itu sehingga kepagi. Antara tanda-tanda Lailatulqadar lagi ialah sesungguhnya matahari akan terbit dalam bentuk yang bersinar kuat. Matahari terbit dalam bentuk satu bulatan yang rata seperti bulan purnama. Allah swt telah mengharamkan syaitan keluar bersama matahari pada hari itu [sebaliknya pada hari-hari lain syaitan akan muncul ditempat matahari terbit].


Untuk keterangan hadisth rujuk kitab Fadhilat Amal bab Fadhilat Ramadhan bahagian Lailatulqadar.

No comments: