Thursday, September 18, 2008

KEHIDUPAN : HADISTH 18 [FADHILAT AMAL]


Daripada Hazrat Abu Said al-Khudri r.a. beliau berkata bahawa sesungguhnya Rasullullah saw telah beri'tikaf pada sepuluh hari malam pertama dari Ramadhan dan kemudian sepuluh hari pertengahan didalam satu khemah dari Turki, kemudian Baginda telah menghulurkan kepalanya keluar lalu berkata," sesungguhnya aku beri'tikaf sepuluh hari pertama untuk mencari malam tersebut, kemudian aku beri'tikaf sepuluh hari pertengahan, lalu aku didatangi dan dikatakan kepadaku bahawa Lailatulqadar ialah didalam sepuluh hari terakhir. Sesiapa yang telah beri'tikaf bersamaku hendaklah dia beri'tikaf lagi pada sepuluh akhir. Sesungguhnya aku telah diperlihatkan malam tersebut tetapi kemudian telah dilupakan. Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku telah bersujud didalam lecak pada pagi Lailatulqadar. Maka carilah kamu akan malam itu pada sepuluh malam yang terakhir dan carilah pada malam yang ganjil."


Hazrat Abu Said r.a berkata bahawa hujan telah turun pada malam tersebut dan masjid yang berbumbung daun tamar telah bocor. Kedua mataku telah nampak kesan lecak pada dahi Nabi saw.


untuk keterangan hadist rujuk kitab Fadhilat Amal bab Fadhilat Ramadhan bahagian I'tikaf.

No comments: