Wednesday, September 3, 2008

KEHIDUPAN : HADISTH 3 [FADHILAT AMAL]


Daripada Hazrat Ka'ab bin Ujrah r.a. beliau berkata bahawa Rasullullah saw telah bersabda," Hadirlah ke mimbar!" Maka kami pun telah hadir. Apabila Baginda naik satu anak tangga mimbar, Baginda berkata " Amin" dan apabila Baginda naik tangga kedua Baginda berkata ' Amin" dan apabila naik ketangga yang ketiga Baginda berkata ' Amin". Apabila Baginda turun, kami telah bertanya, " Ya Rasullullah! Hari ini sesungguhnya kami telah mendengar daripada Tuan sesuatu yang belum pernah kami dengar." Baginda bersabda " Sesungguhnya Jibrail a.s. telah muncul kepada ku dan berkata,' binasalah seseorang yang didatangi Ramadhan tetapi belum juga diampunkan," Maka aku berkata 'Amin'. Apabila aku naik anak tangga yang kedua dia berkata' binasalah seseorang yang apabila nama engkau disebut kepadanya, tidak pula dia menselawatimu.' Aku juga berkata 'Amin' dan apabila aku naik anak tangga yang ketiga dia berkata ' binasalah seseorang yang mendapati kedua-dua ibubapanya atau salah seorang daripadanya telah tua tetapi mereka tidak menjadi sebab untuk dia masuk kedalam syurga.' Aku berkata 'Amin'.
Untuk keterangan hadisth rujuk kitab Fadhilat Amal.

No comments: