Tuesday, April 29, 2008

KEHIDUPAN :UNIK


Pekerjaan sebagai Sale Rep membawa saya bertemu dengan bermacam ragam dan kerenah pelanggan saya, terutamanya mereka yang berbangsa tionghua yang berniaga didalam kawasan kampung. Kebanyakan pelanggan mereka terdiri dari kaum melayu. Pergaulan mereka tidak terbatas didalam kedai saja bahkan melibatkan soal sosial dan budaya orang melayu.

Taukeh-taukeh ini kebanyakannya fasih berbahasa melayu utara. Kelebihan ini memyebabkan orang orang kampung menganggap mereka ini sebahagian dari kelompok masyarakat melayu dan menjemput mereka ini untuk bersama sama dalam kenduri kendara dalam masyarakat .

Yang paling uniknya golongan peniaga ini dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat dan kenal mengenali diantara satu sama lain , bahkan mereka juga kenal keseluruh masyarakat dengan nama, anak siapa dan duduk mana serta asal usul masyarakat tersebut.

Selain dari itu mereka juga menggunakan perkataan-perkataan yang sering disebut oleh masyarakat melayu Islam seperti Insyaallah, Alhamdulillah, syukur dan rezeki. Pernah sekali saya bertemu dengan pelanggan saya dikawasan Sg Kob karangan. Talipon pun berdering dan panggilan dari orang melayu yang memesan setong gas memasak. Taukeh tersebut menjawab Insyaallah sat lagi aku hangtaq kat rumah hang.

Insiden yang lain saya bertemu dengan Mr. Tan pemilik rangkaian pasaraya Appolo di kawasan Taman Sg. Kob. Beliau bukan sahaja fasih berbahasa melayu bahkan bahasa melayu banjar. Tidak menghairankanlah kebanyakan pekerja beliau terdiri dari orang-orang kampungnya dari Bgn Serai Perak yang berbangsa melayu banjar. Mereka ini diberi kepercayaan sepenuhnya untuk menjaga pasaraya dan mengambil stok untuk perniagaan pasaraya beliau.

Pernah sekali Mr Tan menanya saya tentang bill-bill yang mesti dijelaskan. Jawab saya you tidak ada apa-apa outstanding, dengan pantasnya beliau menjawab Alhamdullilah lega rasanya dan rezeki aku.

Banyak lagi insiden seumpama ini berlaku ditempat-tempat lain yang mana masyarakat tionghua dapat menyerapkan nilai budaya melayu Islam dalam kehidupan mereka.

Saya tidak nampak adanya krisis perkauman disini yang nyatanya soal soal perkauman ini hanya dibangkitkan oleh parti parti politik yang mahukan sokongan sokongan satu satu bangsa itu.

Saya berpendapat tidaklah elok diulang-ulangkan pekara -pekara yang sensitif seperti 13may yang tidak membawa sebarang keuntungan kepada raakyat. Apa yang penting dapat faham memahami budaya masyarakat yang majmuk seperti di Malaysia ini. Saya juga berharap semoga bangsa-bangsa ini yang sering menggunakan kalimah-kalimah yang tersebut akan mendapat petunjuk dan hidayah dari Tuhan yang Maha Esa.

No comments: