Saturday, April 19, 2008

KEHIDUPAN : MELAYU@ISLAM

Kerap kali saya ditanya oleh rakan-rakan yang bukan Islam mengenai Melayu dan Islam. Kekeliruan berlaku apabila ada diantara rakan-rakan mereka memeluk agama Islam yang dikaitkan dengan Melayu. Maksud saya masuk Melayu.

Saya menerangkan kepada mereka ia adalah dua pekara yang berbeza. Melayu adalah bangsa sebagaimana Cina dan India. Islam adalah agama. Melayu adalah dari keturunan dan ini bermakna satu-satu bangsa tidak boleh menjadi bangsa lain. Melayu tetap Melayu sampai hari kiamat.

Tidak mehairankanlah apabila bangsa lain melihat melayu itu Islam dan Islam itu adalah melayu. Ini adalah kerana hanya Melayu diTanah Melayu terutamanya diMalaysia ini satu-satunya bangsa yang seratus peratus memeluk agama Islam.

Ini berlainan dari negara-negara gugusan Tanah Melayu seperti Indonesia. Tidak semestinya apabila ia berketurunan Melayu ianya adalah Islam. Berkemungkinan ia beragama selain Islam.
DiIndonesia bersongkok adalah merupakan budaya Melayu tetapi belum tentu yang bersongkok itu seorang Islam.

Kerap juga saya diajukan soalan seperti ini , kenapa Melayu itu tidak puasa, main judi dan minum arak. Saya menjawab Melayu tak apa kalau Islam dia kena tinggalkan pekara-pekara tersebut. Sama juga kalau awak berbangsa Cina atau India kalau beragama Islam awak kena buat apa yang Islam suruh dan tinggalkan pekara yang Islam cegah.

Barulah mereka nampak dan mereka tidak lagi masuk Melayu tetapi masuk Islam.

1 comment:

Unknown said...

kadang kadang aku pun tak nampak Melayu dan tak nampak Islam.....