Sunday, April 27, 2008

KEHIDUPAN : BALIK KAMPUNG.




Sebaik sahaja saya selasaikan kerja-kerja diASO Office, saya bergegas pulang untuk mengambil anak dan isteri yang sedang menunggu dirumah untuk balik kekampung. Jam menunjukkan pukul 6.30 petang. Saya harus merancang perjalanan kerana ia akan mengambil masa lebih kurang 7jam perjalanan. Penat kerja masih terasa tetapi kuatkan semangat untuk pulang kenduri pertunangan anak abang yang sulong. He called me personally so tidak ada pilihan walaupun rancangan asal untuk pulang pada 1may.

Perjalanan yang panjang memerlukan saya berhenti dibeberapa tempat untuk untuk rehat dan sembahyang. Dua tempat yang sentiasa menjadi pilihan di R&R Tapah dan R&R Jejantas Sg Buloh. Jam menunjukan pukul 12.30 Pagi setelah berhenti rehat dan tidur sebentar, saya meneruskan perjalanan ke Port Dickson kerumah kakak saya yang no. 2.

Walaupun rumah abang saya bersebelahan dengan highway seremban tetapi saya lebih selesa menginap dirumah kakak saya di PD. Sampai diPD lebih kurang pukul 3.00 pagi, terasa berat benar mata ini terus tidur.

Keesokannya macam biasa makan nasi lemak selatan yang memang menjadi kegemaran saya. Bagi saya nasi lemak utara cukup berbeza seperti langit dengan bumi. Utara sambal macam kuah cerui tetapi selatan kau ,pekat dan terasa belacannya best........ Lepas sarapan dan tidur seround lagi untuk menghilangkan rasa mengangtuk. Tanya kakak acara pukul berapa, kakak saya menjawab tahlil pagi dan maljis pertunangan petang lebih kurang pukul 3.00 ptg. Saya suruh kakak saya pergi dulu dan saya dan keluarga akan menyusul kemudian.

10.00 pagi 26april bertolak dari rumah kakak keSeremban dan melalui sekolah lama PD High School batu dua dan sekolah rendah dibandar PD mengingatkan kesah lampau yang melucukan dan masih segar dalam ingatan saya.

At that time i was standard 6 dan setiap kali mata pelajaran PE my Indian teacher with her bondle hair would ask all the girls to surround her, so that she could change her dress. As usual budak lelaki akan terintai intai and suddenly she noticed lalu berkata , Apa yours mother tak ada benda ini ke. Semua gelak terkekeh- kekeh.

Since this lady Indian teacher was my class teacher and she would enggaged her class monitor to monitor us during rehat time to made sure nobody run dan play on the field. Beliau tak mahu studentnya berpeluh dan berbau busuk didalam kelas. Anyway those who got caught playing akan kena rotan. But the funny thing kami tidak report pun kat ibubapa. kalau ianya berlaku pada masa ini tentu that Indian lady dah kena serang dengan ibubapa dan tindakan disaplin dikenakan. Tetapi saya tak tahu samada ia masih hidup atau mati, apa yamg pastinya beliau tak berkahwin.

Sampai di rumah abang saya diSeremban , saya dapati majlis telah bermula dan diruang tamu terdapat banyak hantaran dari pihak lelaki. Jadi saya tanya my 1st and 2nd brother kata majlis tunang pukul 3.00 ptg. They just looked at me and asked my third brother. My uncle yang duduk sebelah saya suruh diam kerana maljis tahlil akan bermula.

Selepas tahlil saya call my younger sister Faridah kenapa tak sampai-sampai kerana majlis telah pun bermula. Than i called my brother yang Melaka dan dia kata dia kena ambil my father dikampung dulu . Beliau juga terperanjat kerana beliau sangkakan majlis bermula jam 3.00ptg. Nampaknya berlaku missed communication among our families regarding masa majlis.

Anyway Alhamdullillah majlis berjalan dengan lancar walaupun tanpa keluarga yang terdekat. Walau pun sampai dah lewat yang penting adik beradik dapat berkumpul, duduk dan bersembang. Saya rasa, ini sahajalah masanya yang kami dapat berkumpul kerana masing masing sibuk dengan tugas seharian. Kemesraan sentiasa terjalin dan alls my brothers kebanyakannya dah pun bersara.

Jam menunjukan pukul 5.00 ptg, masing-masing meminta diri untuk pulang begitu juga diri saya dan keluarga. Penat sampai belum pun hilang dah nak memulakan perjalanan kePulau pinang kembali. Berat juga rasanya tetapi terpaksa juga pulang kerana anak-anak nak kesekolah pada hari isnin.

Letih perjalanan masih terasa ditambah pula dengan letih melayan keluarga dirumah abang so saya ambil keputusan untuk berehat dan tidur di Highway Inn di Rawang. Sampai Rawang R&R jam 8.00 malam berhenti dan menginap disitu. Harga murah Rm 49.00 semalam. Bilik selesa dan bersih untuk kami sekeluarga.

27 April bertolak dari Highway Inn jam 10.30 pagi dan singgah beli buah diBidor. Sampai Ipoh jam 12.00 tgh, seperti biasa anak-anak dan isteri akan suruh singgah di Kinta City untuk window shopping. Kalau dah singgah di Jusco tentu duit kena keluar kerana mata jadi gelap terutama last day sales. Terkena juga saya nampaknya. Tiga helai baju di Reject Shop dan barang rumah diJusco. Anak -anak mengadu lapar terus nak ke Food Court tetapi tutup under renovation.

Saya ini agak konservatif dalam soal makan kerana saya akan pastikan, makan tempat yang sama setiap kali ke Taiping, tempat yang menjadi my favourite ialah Restoran Doli yang terkenal dengan Char Keu Teow yang digoreng dengan menggunakan kayu arang bakau. Asalnya bermula sebuah gerai sahaja di bandar Taiping kini terus maju sehinggakan dapat membuka sebuah restoran dua pintu dan berhawa dingin. Cara memasaknya masih lagi mengunakan cara lama iaitu dapur kayu arang dan yang mengoreng char kue teownya adalah tuan punya restoran itu sendiri untuk memastikan kualiti rasanya seperti ditempat asalnya.

Disamping makanan asal menu lain yang ditambah ialah. mee kari, mee rebus, sup dan nasi ayam. Perniagaan dibuka jam 3.00ptg hingga jam 11.00 mlm. Restoran sentiasa penuh dan tutup setiap hari khamis.

Seperti biasa saya akan order nasi ayam untuk anak-anak dan isteri manakala saya pula mee kari dan char kue teow. Service very good and you don't have to wait long to get yours food.Total RM 30.80. Untuk lima orang. Masih menjimatkan dan mengeyangkan jika dibandingkan dengan makan di MD dan KFC.

Lepas makan singgah di The Store Taiping untuk beli barang keperluan dapur kerana dah tak ada masa nak hantar isteri. Monday to Wednesday kena kerja lebih coz sale closing. Macam biasa saya tak masuk and let my wife does the shopping. I prefer tunggu dalam kereta.

Sebelum bertolak saya akan menanya pada anak -anak saya nak guna highway atau jalan lama. So my elder son suruh jalan lama dan saya ikut kehendak mereka. Jalan lama agak jauh dan akan menyusur pekan pekan kecil dan besar seperti Bagan serai dan Parit Buntar. Sampai di Nibong tebal saya menyusur ke Highway kembali dan sampai ditoll Juru pukul 8.00 mlm. Singgah di Shell Juru Highway untuk sembahyang jamak takdim supaya sampai dirumah boleh rehat.

Reach home about 8.45 mlm turun barang ,rehat, mandi dan seperti biasa kena dulu kopi kau satu cawan dan terus duduk depan PC untuk baca email. Sempat buat satu blog dan selesai menulis jam 12.00 tengah malam. Anak-anak dan isteri dah pun masuk tidor kerana keletihan. Saya masih didepan PC untuk selesaikan blog ini dan mata dah terasa berat dan mengangtuk.

Besok nak kerja dan mengadap boss pagi-pagi jam 8.45 sharp for morning briefing sebelum memulakan tugas. Sekian adanya.........

No comments: