Monday, April 21, 2008

KEHIDUPAN : SOALAN BODOH.

Satu blog yang saya baca dari Indonesia, penulis tersebut mempertikaikan samada Tuhan itu ujud atau tidak dan apa tandanya ujudnya Tuhan tersebut. Saya membawa satu kisah seorang Ulama dalam kapalterbang bertemu dengan seorang atheist.

Atheist itu telah menanyakan satu soalan kepada seorang ulama yang duduk disebelahnya mengenai adakah Tuhan itu ujud dan apakah tandanya ianya ujud?

Lalu ulama itu tersenyum dan menjawab dengan hikmahnya, sekiranya kamu berjalan didalam hutan tiba-tiba kamu ternampak sebuah rumah yang buruk. Adakah kamu yakin bahawa rumah tersebut telah dibina oleh seseorang walaupun kamu tidak nampak orang tersebut.

Siatheist lalu menjawab benar sudah pasti ada orang yang membinanya kerana rumah tidak boleh ujud dengan sendirinya.

Ulama- Maka kamu yakin dan percaya ianya dibina. Baik saya tanya satu soalan lagi dengan kamu. Sekiranya kamu berjalan disatu kawasan rumput yang sangat luas tiba-tiba kamu ternampak tahi lembu tetapi lembu tiada disitu, adakah kamu yakin bahawa lembu telah berada disini.

Siatheist- Saya yakin bahawa lembu pernah berada disini.

Ulama- Kalaulah tahi lembu tadi kamu boleh percaya, tidakkah kamu boleh berfikir bahawa dunia yang sebesar ini yang hebat boleh terbentuk dengan sendirinya. Sudah pasti ada satu kuasa yang besar menciptanya.

Maka terdiamlah siatheist tersebut.

1 comment:

Unknown said...

Kalau tak ada lembu, tak ada tahi, tak ada rumah, tak ada dunia,tak ada kuasa besar, tak ada ulama, tak ada si atheist, tak ada apa apa, tak ada kau dan tak ada aku, apa ada?

Cuba renungkan sebentar????

Apa nak renung? TAK ADA APAAAAAAAA!!!