Sunday, April 13, 2008

KEHIDUPAN : MIMPI

Catatan ini adalah khusus buat sahabat ku yang bernama Madia yang suka bermimpi disiang hari mahupun dimalam hari. Semoga berbahagia dengan mimpi-mimpinya yang dikatakan sentiasa menjadi kenyataan.

Apa itu mimpi? Mimpi adalah satu kejadian yang muncul dalam minda seseorang ketika dia sedang tidur. Ia menjelma dalam bentuk peristiwa tentang perjalanan,perjumpaan dan pertemuan, penglibatannya dengan kejadiaan aneh dan sebagainya.

Namun kebanyakannya orang percaya mimpi muncul sebagai pertanda jiwa seseorang mangsa kekecewaan sering berada dalam kekecewaan akan membawa rasa kekecewaannya itu didalam mimpinya.

Mimpi dibahagikan kepada beberapa jenis.

1. mimpi yang membawa tanda atau alamat yang konvensional yakni mimpi yang membawa tanda, alamat, takbir yang sudah dimaklumi oleh masyarakat secara umum.
contohnya- gigi sebelah atas tercabut alamat ada keluarga sebelah bapa akan meninggal dunia. Kalau bawah keluarga sebelah ibu.
jatuh dalam lubang yang dalam dan gelap membawa makna mengalami kegagalan yang teruk dalam kerjaannya.

2. Mimpi yang membawa makna terbalik seperti bermimpi salah seorang teman rapat mati alamatnya umur panjang. Kalau mimpikan kegagalan membawa maksub satu kejayaan.

3. Mimpi peribadi seseorang yang tidak serupa taksirnya dengan orang lain. Umpamanya seseorang watak yang akan mengalami kedukaan dia sering bermimpi mengharung sungai ataupun air laut. Sedangkan mimpi sebegini bagi orang lain bermakna nasib baik. Begitu juga bermimpi api makna akan datang kecelakaan sedangkan bagi orang lain bererti satu kejayaan kerana api adalah satu sumber cahaya.

4. Mimpi ngeri iaitu mimpi yang luar biasa yang menakutkan seperti bermimpi berjalan didalam hutan yang gelap dan sunyi tiba-tiba anda dikepung oleh mahluk-mahluk ngeri hingga berlakunya meronta-ronta, maknanya akan berlaku pekara yang mengejutkan.

Oleh itu terpulanglah kepada individu untuk mengambil secara serius akan mimpinya itu atau membiarkan ia berlalu dengan beranggapan bahawa ia adalah satu permainan tidur semata-mata.

2 comments:

Unknown said...

apa pulak topik mimpi tu dengan Madia. Aku rasa kau ni mimpi la Pak Tam!

Unknown said...

Bad,
he didn't believed when i told him about dreams..yang i dah dapat alamatnya terlebih dulu.that's y he said that i suka bermimpi....