Saturday, April 12, 2008

KEHIDUPAN : TRAFFIC LIGHT


Seperti biasa selepas sembahyang subuh dan taklim saya bergegas pulang untuk menghantar anak-anak saya kesekolah. Memandangkan jarak diantara dua sekolah anak-anak saya agak jauh membuatkan saya terfikir untuk menghurai apa yang ada pada tiang hitam bermata tiga.

Semua orang akan patuh dan taat apabila berhadapan dengan tiang hitam bermata tiga. Semua faham apabila lampu merah menyala semua kenderaan akan berhenti samada kereta besar ,kereta kecil mahupun kereta buruk.

kadang-kadang ada juga yang agak degil dan nakal terus memandu tanpa menghiraukan amaran tersebut tetapi sebagai manusia akan terdetik juga didalam hatinya takut-takut juga kalau-kalau ia diperhatikan olih pihak yang berkuasa diatas batang hitam tersebut.

Sebenarnya tiada apa-apa pun disitu tetapi dibelakang batang hitam bermata tiga tersebut ada bermacam-macam pekara yang bolih menyusahkan manusia. Ada balai polis, saman, makhamah,denda dan penjara. Semua ini akan terbayang apabila dia ditahan olih polis atas kesalahannya melanggar batang hitam bermata tiga .

Ini menunjukkan kita faham akan nilai sebuah batang hitam bermata tiga. Mari kita kaitkan batang hitam tersebut dengan kubur apa yang kita nampak. Terpulanglah pada kita untuk melihatnya samada dengan mata kasar dunia ataupun dengan mata hati akhirat. Kubur tiada apa-apa tetapi dibelakang kubur tersebut. Renung-renungkanlah.

2 comments:

Unknown said...

not that they didn't realised but cldn't be bothered coz they can see it yet the conditions in the other world where as summons,penalty or compound levied to them for the mistakes done in this world,they hv seen or faced personally before . of course by all means they will try to avoid it.Once beaten twice shy they said! But then if they wld have a dream or any kind of reminders of how's their life wld be in other world,they might see the similiarity of our life and traffic lights and how to prepared for it.i'm pretty sure they avoid any mistakes too,even the finest that they can.

Manfaat said...

Berapa traficlight anda berjumpa dalam perjalanan itu? Adakah kita ini gila apabila terpaksa berhenti di sana pada hal tiada kenderaan apa pun. Cabut sajalah. Tunggu apa. Buang masa aje. TQ