Thursday, April 17, 2008

KEHIDUPAN : TERCICIR

Sebagai manusia yang mudah lupa kadang-kadang perlu diperingatkan selalu, apatah lagi apabila perpisahan berlaku lebih kurang dua puloh tahun yang lalu. Ingin ku ucapkan ribuan terima kasih kerana masih ada lagi kawan-kawan lama yang perihatin untuk mengingatkan aku senarai nama member DHCM 86 yang tercicir dari senarai blog aku yang lalu.

NASH- Wajah kebudak-budakan, periang tetapi suka menyendiri. Tak pernah berjumpa selepas grad. Dengar khabarnya menjadi freelance tourist guide.


FIZZY- Duduk depan main Campus ITM Shah Alam. Kecil orangnya dan merupakan salah seorang tiga gadis pinggitan DHCM Madia dan Zia. Surirumah tangga sepenuh masa berkhawin dengan magisterit Shah Alam. Selalu menghadiri perjumpaan informal yang diadakan.


ZIA- Sering mengasingkan diri sejak grad dan tidak pernah menghadiri mana-mana perjumpaan yang diatur. Memiliki catering sendiri dan menjalankan internet cafe.


DAYANG JAMILAH- Orang Brunei Darulsaman terkaya dikalangan kami kerana kemewahan yang ditaja oleh kerajaannya. Kecil orangnya dan sering berbaju kurung semasa menghadiri kelas. Tiap-tiap tahun kerajaannya menawarkan dua pilihan samada melancung atau balik rumah diBrunei.


MARSIA-Bertudung dan sopan dalam tutur kata. Orang Johor Baharu dan pernah menghubungi
aku semasa beliau berkrusus di Penang. Malangnya tak dapat jumpa kerana ada pekara penting ketika itu. Walau bagaimana pun aku mengucapkan terima kasih kerana mendapatkan nombor talipon aku.


ROSLINA-Bercinta dengan Abu Zaireen sejak diITM lagi dan berkhawin. Buat masa ini menjadi surirumah tangga sepenuh masa. Tinggal didalam kampus ITM Melaka.


ZARINA ADAM-Orangnya tinggi dan fasih berbahasa Perancis. Berkhawin dengan mat saleh dan menetap diluar negara mengikut suaminya.

FAUZI-Saya minta maaf tak berapa pasti dan aku cuba recall kembali tetapi sampai aku menulis blog ini tak terjumpa-jumpa. Insyaallah aku akan hubungi member-member lama untuk mendapatkan informasi tentang beliau.

1 comment:

Unknown said...

you have forgotten lina jamaluddin.

btw nanti emailkan your story with hafiz tamaji.