Thursday, April 10, 2008

KEHIDUPAN : ERTI SEBUAH KEHIDUPAN.


Apa itu kehidupan? Adakah ia bersifat sementara menanti hari pengadilan untuk bertemu dengan maha pencita manusia itu sendiri. kehidupan yang sebenarnya adalah dialam akhirat dimana kemuncak segala kehidupan. Kehidupan dibumi ini adalah satu perjalanan untuk menuju kepada alam yang kekal abadi yang tiada penghujungnya. Persoalannya sekarang adakah bekalan kita mencukupi?
Mari kita renungkan kiasan kehidupan ini. Kehidupan ini merupakan satu pelayaran untuk menuju kesatu destinasi. Sebuah kapal telah disediakan dengan nahkoda yang berpengalaman didalam perlayaran ini. Kita telah diperintahkan untuk naik kekapal kerana perlayaran akan dimulakan. Nahkoda kapal memberi peringatan persinggahan pertama kita adalah sebuah pulau untuk mengambil bekalan untuk perjalanan destinasi yang telah ditetapkan. sesampai sahaja destinasi yang pertama iaitu satu pulau untuk mencari bekalan dan peringatan telah dikeluarkan olih nahkoda. Nahkoda memberi peringatan bahawa persingahan ini adalah sementara selama satu minggu bagi membolihkan penumpang kapal mencari bekalan untuk perjalanan seterusnya.
Maka turunlah penumpang kapal mencari bekalan seperti mana yang dipesankan olih nahkoda tadi
. Sebaik sahaja turun kepulau tersebut ada dikalangan penumpang kapal terpegun melihat keindahan pulau tersebut dan lupa maksud singahan pertama ini. Mereka lupa dan terpedaya lalu lupa untuk mencari bekalan. Ada sebahagian lagi mencari bekalan seberapa yang ada lalu berihat menikmati keindahan pulau. Sebahagian lagi mencari bekalan sebanyak banyaknya kerana faham maksud persingahan ini dan tidak terpesona dengan keindahan pulau. Mereka berusaha untuk mengumpul bekalan yang mencukupi untuk perjalanan yang masih jauh. Apabila sudah cukup seminggu nahkoda telah memanggil semua penumpang supaya naik kekapal untuk menuju destinasi yang kekal
. pada ketika itu maka tersedarlah orang yang pertama tadi bahawa mereka telah membuang masa sehingga lupa untuk mencari bekalan. Penyesalan tidak berguna kerana tempoh telah diberi tetapi kerana terlalu asyik dengan keindahan pulau lalu terlupa pesanan nahkoda tersebut. Maka naiklah mereka dengan penuh penyesalan. Golongan kedua tadi juga menyesal kerana tidak membawa bekalan yang secukupnya. Golongan yang ketiga tadi naik dengan membawa bekalan yang banyak dan mengunakan tempoh yang ditetapan untuk mencari bekalan yang secukupnya untu perlayaran yang seterusnya untuk destinasi yang kekal. Beginilah kesimpulan kehidupan manusia. Insyaallah kita akan sambung lagi untuk mendapatkan maksud kiasan tersebut.

2 comments:

Unknown said...

hey Zai...nice to read your blog about life in the other point of view. Trying to understand what u have written is that one must work towards preparation for the remaining of your life but one will also miss the beauty of why we live the life.

One should live life to the fullest and never regret it. At least those who enjoy the view will end their jpurney with nice memories but for those who only work for the food will not understand what is the meaning of beauty.

Just my 2cent point of view.

Unknown said...

agreed wt joachim, life shld be enjoyed to the fullest and without beauty can be meaningless but one shld never forget what is expected out of them.a good reminder for us to me.